Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Wednesday, November 19, 2014
Wednesday, October 29, 2014
Proton Iriz
Proton Preeve sudah lama aku reject kerana rekabentuknya bukan kesukaan hati. Tambahan pula ia kelihatan "fesyen lama". Jadi aku tidak terus kepada perincian, kerana pandang pertama tidak memberikan cinta padaku. Kini aku cuba mencari kelebihan terperinci yang ada pada supreme setelah aku sukai ia pada pandangan pertama.
Aku berulangkali membaca spesifikasi proton supreme dan semakin lama ia semakin menusuk ke dalam hati. Walaupun lebih mahal dari vios dan city, aku masih belum punyai alasan untuk menolak piihan hati ini. Namun, satu ketika aku terpandang pandangan depan sebelah menyebelah dengan prevee. Aku terkasima. Ia serupa dan cinta ini aku campakkan pula kepada Iriz.
Saturday, October 18, 2014
Kue Tradisional
Budok-budok lening, koho dog kenal makanang tradisi,
soh beng kate kue, nasik pung tuko bimbo lagi,
nok wat guaner, makanang lening modeng belake,
orang mude tak boh belajo, nok ngarak ke orang tue sokmo,
yer gi paso malang , kheling-kheling kue datah meje,
nok tanye malu, pahtu hok jual tanye nok pebende,
wat wat mikir, tunjuk tunjuk koleh kacang,
pah tu parok, die gi kabo, ambe nok tok aji serbang,
tukang jual senyum khissing, pah tu yer kabo,
bukang hok ning, tok aji serbang tak dop sining, hoh
ce mung gi ita tepat laing,
ambe jual koleh kacang, beke ubi, belebak pisang,
kue baik, tepung gomok nasik kapik sambal ade gok,
hok tepi ambe jual nganam, kue bako, bubur pulut itang,
hoh ade gok putu bambu, rojok kateh, bronok sagu,
ahhh tengok tengok kot ade kennang,
maner tau ork, hooo kenal kue dak pe doh,
ke waner, mek, awang.
Thursday, October 16, 2014
Geolocation
You are at:
lokasi ketika dibuka di kuala lumpur: Latitude: 3.1322149, Longitude: 101.687702
Ini
lokasi ketika dibuka di kuala lumpur: Latitude: 3.1322149, Longitude: 101.687702
Wednesday, October 15, 2014
HTML5 - Android
Kat dalam ni ada satu gambar android warna hijau sebesar penumbuk, tapi ia dibuat dengan menggunakan konsep canvas yang diperkenalkan dalam html5. Kalau korang tak nampak maknanya browser korang tak support html5 canvas. cuba buka guna google chrome, insyaAllah nampak.
Monday, October 13, 2014
Hujan , Sesat dan Seorang Amoi Yang Merokok
Cuaca tidak begitu baik, semua penumpang diminta berada di tempat duduk masing-masing dan memasang tali pinggang keledar , bunyi suara dari speaker kapal terbang yamg aku naiki, aku memandang ke tingkap, sekali sekala bila lampu sayab kapal terbang berkelip, aku lihat titik hujan berkabus berebut untuk jatuh. Aku dapat membayangkan, hujan diluar sana sangat lebat. Sekali sekala kapal terbang bergegar kuat. Kadang-kadang ia turun mendadak membuat perut terasa geli tanpa raja lawak.
Aku terus memejamkan mata kerana aku memang rasa mengantuk, malam tadi aku tidur sedikit lewat kerana melakukan explorasi linuu. Jadi peluang ini, aku ambil untuk melayan mata yang mengamtuk. Setiba di KLIA 2, aku rasa ia sedikit lewat, Ini kali pertama aku tiba ke KLIA 2, jadi aku sedikit lambat mengatur langkah kerana berjalan sambil melihat sekeling serta membaca arahan/papan tanda mencari arah ke tempat pengambilan bagasi. Akhirnya, dalam kessusahan yang senang itu, akhirnya aku sudah berada di dalam perut bas menuju ke KL Central.
ahhhhhhhhh ngantuk ah.. lain kali aku sambung....

Wednesday, September 10, 2014
Emel kepada Pomen
Salam Tuan Ramadhan, Tahniah diatas belog yang bermaklumat dan banyak membantu.
Saya ada satu masalah yang memeningkan kepala.
selepas distart. keadaan kembali normal. Saya balik rumah kerana bimbang lain-lain perkara yang mungkin berlaku.
Dalam masa 3 hari saya asyik start kereta tu, tapi tak de pulak gegaran yang berlaku.
Tapi saya masih tidak konfident dan cuba memandunya dikawasan yang berhampiran. tetapi tiada masalah berlaku.
Pada
harti yang lain, selepas memandu hampir sejam, kereta saya bergegar
lagi dan kehilangan kuasa seperti sebelumnya dan lampu engin pun
menyala, nasib baik dah dekat rumah, jadi saya teruskan ke garage dalam
keadaan bergegar dan amt perlahan itu, dan terus matikan enjin.
setengah jam kemudian, saya cuba start engine tu, dan alhamdulillah, ia kembali normal.
saya
hantar ke pomen dan tinggal kereta tersebut untuk di ligam oleh pomen
debgan izin, tapi pomen memaklumkan tiada gegaran berkenaan berlaku dan
dia tak dapat memberikan jawapan. Tapi pomen menemui kipas aircond tidak
berfungsi dengan baik, dan motornya ditukar.
Dari pengalaman encik, apakah masalah sebenarnya?
Terimakasih saya dahulukan.
terimakasihupdate====
Jawapan Pomen ( http://serbamaneka.blogspot.com/2014/09/periksa-vacum-perodua-alza-cara-koman.html)
Wsalam.Berdasarkan pengalaman saya keadaan tersebut disebabkan ignition coil yang hampir rosak. Kereta Waja ada 2 ignition coil. Persoalannya yang mana satu bermasaalah? Dalam blog ini ada 2 teknik yang boleh digunakan untuk periksa ignition system. 1) Periksa ignition sistem cara koman, 2)Periksa ignition coil Proton Waja Cara Koman. Cuba buat yang itu dulu.Pastikan ignition sistem tidak bermasaalah,
update====
Lanjutan dari penerangan tuan pomen yang baik hati itu, aku membawa waja ini ke sebuah bengkel. kerana kaedah (1) dan (2) memang aku tak reti. Tapi bengkel ini yang dimiliki oleh seorang melayu mempunyai alat komputer untuk membaca maklumat dalam computer board.
Alat berkenaan yang sebesar telepon di sambungkan ke komputer board. selepas 10 minit, beliau memperolehi 'error code" iaitu 44 dan memeriksanya melalui internet. Seketika beliau memberitahu, berdasarkan kepada diagnosis, ignition coil 1 dan 4 mungkin bermasalah.
CSI seterusnya menunjukkan ada sedikit air di dalam coil 1, jadi beliau mencadangkan supaya di cuci bahagian tersebut.
....................
aku memandu kereta ini dengan senang hati ke parit raja dan berkelana di sana selama 3 hari. Tiada masalah gegaran wujud walaupun sedikit.
-------------
pagi tadi ia kembali bergegar, dan tiada nyalaan lampu enjin, aku kembali bingung!
update -- 9 10 2014
hari nie aku beli satu ignition coil jenama denso dan di gatkan di posisi 4. setaakt ni tiada gegaran berlaku lagi.
inilah ignition coil jenama proton yang dimaksudkan kalau belum kenal
Thursday, September 04, 2014
Pening
dua tiga hari n, kepala asyk merasa sakit di tepi kiri, kanan dan belakang leher. Kadang-kadangkala hdung tersumbat dengan tiba-tiba, bahkan bahu uga terasa berat seperti ada sesuatu yang mengnjak-injak disitu. Bila bahu terasa berdenyut dan sakit, bahangnya akan menular ke belakang leher dan terus ke kepala.
Ari ne nak g jumpa doktor.
Ari ne nak g jumpa doktor.
Thursday, August 21, 2014
Recall - Canon D Rock Kampung
Bila rasa dop rok, aku sokmo cari lagu-lagu hok sedak dengo dang bui perasaan nok keje kuat. Tapi banyok banyok lagu selaindari lagu klasik original, aku suka canon rock. Tapi x dop ah hok lebih suka dan bersemangat bila tengok budok budok kg nin main canon. buat aku bersemangat dan gitu gitu ah
Monday, August 04, 2014
Huh.
Ketika aku mulai mengambil tempat duduk, aku melihat sepasang perempuan berambut lelaki, menghisap rokok, terhembus-hembus sedang bersembang kencang.
Aku melihat mereka dengan perasaan yang jengkel sekali, aku tidak pernah melihat perempuan yang tiada sedikit pun keindahan sebegitu. Yang terlintas difikiran ialah betapa jahilnya mereka, dan apakah yang selalu ada di minda ibu-bapa mereka sehingga memperolehi anak perempuan yang sebegitu.
Selalunya inilah, colateral-damage dari hari raya yang telah berlalu, mereka yang balik kampung dengan gaya bandar yang rangi, tapi orang kampung seperti aku sudah pasti menolak kehadiran mereka mentah-mentah. Tambahan pula aku bukan pendakwah atau iman muda atau pencetus umat. Jadi penglihatan aku hanyalah cemuhan semata-mata!

Monday, July 21, 2014
Cerita Raya - AKu pernah Punyai Abang
Aku pernah punyai seorang abang. Setiap kali hari terakhir puasa, beliau aku tiba dirumah ayahku untuk berbuka puasa, solat maghrib dan isyak bersama-sama. Tetapi beliau tetap akan balik ke rumah beliau sebelum solat raya. Kadang-kadang sesudah isyak, kadang-kadang tengah malam. Aku kenangi saat indah ini kerana setiap kali beliau datang, pasti ada habuan untuk aku dan adik beradik lain, tidak sedikit dan tidak banyak, namum cukup banyak untuk seorang budak seperti aku. Dan isteri dan anak-anaknya akur dengan rutin ini.
Dan di dalam ingatanku, beliau tidak pernah lupa untuk mengulangi perkara yang sama. Walaupun ketika ayahku sudah tiada beliau masih mengulangi perkara yang sama. Sekarang beliau sudah tiada. Sudah hampir sepuluh tahun mungkin!
Walaupun, tidak raya bersama, tetapi, kebolehadaan (avalability) di malam raya adalah satu keseronokkan buat ibu bapa. Apakah tugas seorang anak selain menghiburkan ibu dan bapa, memberikan mereka kesenangan, samada senang hati atau senang material.
Aku terpanggil untuk melakukan perkara yang sama. Alfatehah untuk beliau Abdul Hamed Mamat..

Tuesday, July 01, 2014
Tersasar Tapi Masih Belum Jauh!
Pagi ini aku temui sesuatu yang sedikit lari dari perancangan dalam hidup ku. Seolah-olah macam cerita "Back to the Future", dia nak kembali ke tahun 1985, dan dia berjaya kembali ke tahun 1985, tapi bukan tahun 1985 yang sebenar (Eh, macam-macam idea mat salleh nie!). So gitulah yang aku rasakan.
Aku berazam untuk sentiasa berjemaah di surau/masjid, aku berazam puasa sunat isnin/khamis, aku berazam membantu seramai org mungkin, aku berazam macam-macam, tapi susur kehidupan masih macam dulu jugak!
Pernah berlaku sedikit perubahan, tapi tak lama, aku kembali kepada aku yang asal.
Puasa-puasa nie buat aku terfikir untuk kembali kepada perancangan asal!
Sunday, June 01, 2014
Saturday, May 31, 2014
Baik
orang selalu berkata " buat baik akan di balas baik, buat jahat akan di balas jahat". Apa maksudnya? Aku selalu terbaca tulisan-tulisan kayawang-kayawang dari barat yang lahir dari kelompok bawahan dan akhinya mati menjadi bangsawan. Mereka selalu berkata "kunci kepada kejayaan mereka adalah hasil dari perbuatan baik yang mereka lakukan. Jadi mereka tidak segan silu mengagihkan apa yang mereka ada kepada mereka yang memerlukan. Contohnya, Bill Gates sendiri mempunyai yayasan sendiri untuk mengagihkan kekayaan beliau, sama seperti arwah Steve Jobs, memberikan pendapatan beliau kepada badan-badan derma.
Ada seorang professor muda di hull universiti yang aku dengari sangat suka membantu orang ramai. Seorang pelajar malaysia yang kebetulan dibawah penyelian berkata, professor ini selalu didatangi oleh pelajar-pelajar dari penyelia lain, bahkan dari fakulti lain untuk bertanyakan soalan. Tetapi beliau membantu mereka semua dengan sepatutnya dan beliau tidak pernah menolak! Juga diceritakan, beliau suka belanja orang makan ketika tengah hari. Tetapi yang paling best, beliau juga turut membelanjakan gaji beliau untuk membantu rakyat palestin!!
Aku ingat-ingat lupa sebuah hadis rasullullah yang membawa maksud satu sedekah yang diberikan akan dikembalikan sebanyak 10 kali ganda. Sebagaimana kisah seorang hamba Allah di waktu itu yang meyedekahkan sebutir jambu ( aku tak ingat apa sebenarnya yang disedekahkan) ketika petang dia didatangi sahabat yang lain dengan membawa 9 biji jambu dihadiahkan kepada beliau. lantas beliau bertanyakan mana sebiji lagi. Lantas sahabat tadi mengeluarkan sebiji yang telah disembunyikan lalu bertanya kenapa dia tahu jambu tersebt tak cukup? Sahabat ini lalu menyebut hadis tadi.
Dan sekarang aku amat berbangga dengan sahabat-sahabat di sekeliling yang selalu berbuat baik sesama manusia. Siapa yang sanggup mengambil baju-baju serta kain-kain pelikat yang diwakafkan disurau lalu membasuhnya dan memulangkan kembali kesurau tersebut supaya musafir yang singgah dapat mengunakan baju atau kain pelikat yang wangi. Sahabat-sahabat yang sedaya upaya membersihkan karpet masjid sebelum jumaat supaya nanti kita sujud di tempat yang bersih tidak hapak, sahabat-sahabat yang mengutip sampah di jalanan lantas membuangnya kerana tidak mau org lain sakit mata kerannya. Juga sahabat-sahabat yang membantu membetulkan tulisan orang lain dengan niat kerana Allah.
Aku respek sekali kerana aku masih tidak mampu melakukan perkara sebegitu.

Sunday, May 04, 2014
this is me!
ENLIGHTENED
You are in love with happiness and nature. You want every one to have a joyful and fulfilling life. You enjoy peace and serenity but are also exceptionally adventurous and overall jazzed about life!
Tuesday, March 25, 2014
MH370
Ku cuba mencari cari mana pergimu
, Di celah kebiruan awan nan biru
, Ku cuba cuba lagi mungkin kan bertemu, Tapi apalah dayaku, Kepada Yang Maha Esa
, Ku cuba memohonkan....
(Lirik Hilang by BPR)
****REST IN PEACE****
(Lirik Hilang by BPR)
****REST IN PEACE****
Wednesday, March 05, 2014
Ilham Dari tuhan
Di satu jalan, aku diberitahu supaya membuat pusingan disatu susur keluar. Aku terus mengikuti arahan itu. dan kini aku berada di persimpangan tanpa henti, dikiri dan kanan ku kenderaan berat dan besar bertali arus, sekali-sekali, ada kenderaan kecil melintas. Lama aku disitu, berfikir bagaimana untuk mencelah masuk.
Sebuah kereta di belakang, menyusur ke tepi dan memandangku. Dia pun meluru masuk di tengah-tengah kesibukan itu. Aku pun menurut dengan kaedah yang ditunjukkan!
Aku teringat cerita Qobil dengan burung gagak!

VIVA!
Tiga hari sudah berlalu. Hentaman masih terdengar-dengar di corong telinga, kritikan masih terbayang-bayang di ruang mata. Ketika jaga, ketika tidur. Ketika makan, ketika itu!.
Kini hingus mencurah keluar, badan seram sejuk, aku keletihan, urat saraf berdenyut, kepala terasa senak, perut tidak selesa, mata sedikit pedih, telinga juga berdengung, Demam ini kerana VIVA atau perjalanan yang jauh?
Ah, aku hanya insan kerdil yang mencari MU dengan jalan lain!

Tuesday, March 04, 2014
SMS kepada Kanjee
* diolah semula dari sms kepada kanjee
Salam Kanjee, Aku sampai rumah jam 12++ malam tadi, First aku mintak maaf sebab kensel program hari isnin (maaf juga untuk shidah). Lepas bertolak dari parit raja aku hubungi wan shafei, kerana arah tujuan aku pada hari itu, aku menuju ke rumah wan di pulau indah. (Bayangkan sudah 23 tahun aku tidak menemui beliau).
Kebetulan pula aku tiba hampir sama dengan waktu wan balik kerja, dan kebetulan GPS yang aku pakai buatkan aku tersesat, aku dijemput oleh wan di depan sekolah menengah pulau indah.
Berdasarkan nombor yang ko beri, selepas beberapa kali mencuba akhirnya kami dapat alamat wak latif. Wak Latif kini tinggal di puncak alam fasa 3. Malam tersebut kami terus ke sana dibantu oleh pakcik papago.
Keadaan kaki Wak Latif kini lebih baik dari gambar dalam FB, cuma ada sedikit yang belum kering. Tetapi Latif masuk hospital baru nie kerana jangkitan baru di sebelah tangan kanan, kerana tercucuk kayu penyapu ketika jatuh di bilik air. Aku cuma boleh gambarkan, keadaan tangan itu membengkak seperti bisul yang nak pecah, kemerahan dan sesetengah tempat sudah ada tanda kekuningan . Aku rasa derita yang latif tanggung lebih teruk daripada yang aku ceritakan ini. Tapi aku tak mampu nak ambil gambar, kerana aku rasa tidak sesuai. Sekarang aku menyesal kerana tak ambil gambar.Bengkak itu bermula dari atas pergelangan sehngga ke pangkal ketiak.
So misi aku untuk beri dia ubat yang diberikan oleh supervisor aku sudah berjaya, cuma aku tidak pasti akan makan atau tidak. Kalau ko boleh suruh dia makan, kerana ko juga mendengar cerita dari supervisor aku tu kan?
Latif menyebut dia mendapat banyak lawatan dari kawan-kawan sekolah, tetapi tidak dari rakan-rakan sediploma. Sehinggakan isteri beliau bertanya, kami berdua dari rakan yang mana?
Bagaimana pun, latif seorang yang tabah, masih ceria melayan kami berdua. Masih buat joke seperti orang yang sihat. Tapi hati di dalam siapa yang tahu? Kami berbual-bual sehingga hampir jam 12+- malam.
So malam itu aku bermalam di rumah Wan yang sentiasa honey moon. Semua anak anak beliau tinggal di asrama, 2 di mrsm dan satu di unimap.
Keesokan selepas breakfast, aku bergerak mencari lagi seorang rakan TNB (aku memanggilnya Pakcik) yang sudah pencen di Sungai Buluh.
Sekian.

Tuesday, February 18, 2014
Sejenak..
Sejenak aku pernah menginsafi diri dan menghitung detik-detik kematian. Sememangnya kematian itu pasti, dan semua akan mati melainkan Allah.
Sejenak aku terfikir, antara kami, siapa akan pergi dulu? Aku tidak pernah membayangkan sesiapa kecuali diriku sendiri yang bertelinga kecik! Orang kata telinga kecik tanda mati awal.
Sejenak aku berfikir, aku masih mengira-ngira akan kematian yang akan datang.
Dan... Jawapan sudah ku perolehi, antara kami, dia yang pergi dahulu. Bukan yang paling tua, bukan yang paling muda, tapi yang tengah!
Innalillahi wa inna ila hi ro jiun, Alfatihah untuk mu, Rahmat Osman Mamat (1974-2014).
Selamat jalan adikku!

Friday, February 14, 2014
Experimen Tani
Ekperimen on benih sawi, anak-anak sawi sedang dijaga sehingga sedikit besar untuk dipindah ke rumah panjang |
Anak tomato kini sudah lebih sejengkal, aku dapati, mengekalkan kelembapan tanah menyebabkan ia lebih cepat membesar |
Pokok timun sudah mengeluarkan buah, dimana yang paling besar ialah sebesar ibu jari kaki |
Kelihatan disini ialah cebisan kain untuk mengekalkan frequensi titisan air |
Sunday, February 09, 2014
Ubat Hati
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: "Sesungguhnya ubat hati itu
ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.
Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua,
mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun
(beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah
(beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama
di dalam majlis orang-orang yang soleh."
Di Satu Pagi Minggu
Anak: Bukan ke harga Telefon baru mak harganya lebih dari dua ribu?
Ayah: tak de lah, dalam seribu lima ratus je
Anak: Hambek!
Apakah maksud "hambek" itu?
Ayah: tak de lah, dalam seribu lima ratus je
Anak: Hambek!
Apakah maksud "hambek" itu?
Monday, February 03, 2014
Dari Aras Tertinggi
Wednesday, January 29, 2014
Ku Lihat Hijau
Apabila berdiri di sampingnya merenung seni yang terukir di atas daunnya, melihat perbezaan dari hari ke hari, aku tidak pernah bosan, dan setiap hari aku menunggu untuk menatap lagi keindahan ciptaan Allah ini.
Anak Timun sedang membesar, 2 sudah punyai sulur paut dan makin membesar. Aku jadi bingung bagaimana harus dipindahkan kerana aku tidak punyai ruang dan aku mahu guna seminimum tanah mungkin. |
Kerana semua orang sedang berbicara tentang cuaca sejuk yang sedang melanda, aku mengambil peluang ini untuk mencuba tomato. Mungkin aku patut cuba potato jugak |
Anak-anak kailan (kalian?), menunggu sedikit besar untuk punyai rumah sendiri. |
Walaupun dikatakan murah, aku cuba menanamnya kerana dikatakan orang jenis ini memang tidak perlu jagaan rapi. Tabur dan biarkan. |
Wednesday, January 08, 2014
Ce Fikir Kejap!
Aku balik kampung. Aku selongkar buku-buku lama yang aku beli sejak aku mula pandai membaca. Antara banyak-banyak tersebut, aku temui sebuah buku teka-teki tahap gaban! Rupa-rupanya aku ini jenis suka cabaran, terutamanya cabaran yang melibatkan otak, lagi berbelit lagi mencabar rasanya!
Antara soalan yang aku suka ialah:
1. Abu berusia 12 tahun. Dua tahun yang lepas usianya ialah 2 kali ganda lebih tua dari adiknya, Ali.
a. Berapakah usia Ali sekarang?
b. Berapa Usia Abu ketika Ali dilahirkan?
c. Berapakah usia Abu, apabila usia Ali adalah 2 kali ganda usia Aminah Sekarang?
d. Bilakah kedua-dua usia mempunyai usia yang sama?
2. Proton Saga = 10, Honda Accord = 11, Nissan Sunny = 11, Perodua Viva=?
3. PErkataan bahasa malaysia yang mengandungi semua abjad berikut ==> A A A A K M R S T Y
Ce jawab, Ce Jawab!

Subscribe to:
Posts (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...