Tuesday, April 07, 2009

Berapa lama viper nie tahan?

Hampir 3 hari hujan lebat. Pernah satu malam, aku memandu sangat perlahan kerana kereta kat depan pun perlahan. Aku nak memotong, tapi apa kan daya, hujan yang renyai-renyai membuat aku tak dapat mengagak jarak kereta di depan di tambah pula oleh viper kereta yang macam gampang!! Cuba bayangkan memandu sambil tunduk melihat di celah cermin paling bawah dekat dengan dashboad, kerana tempat itu sahaja jelas  nampak lebih jelas.

Hari ini aku ke kedai Yeow, tempat aku selalu beli spare part kereta. Aku tanya viper paling mahal. Katanya kalau nak yang 50 pun ada. He he he he! dah melampau sangat soalan rupanya. Aku rendahkan tawaran tanya soalan lain pulak. Ada tak viper yang lasak sikit! 

katanya, kalau yang 30 ringgit satu pun dah lasak dah. Tambahan pulak buatan jerman. Aku pun angkatlah sepasang. hangus jugak lah 60 ringgit. Tapi katanya, lepas nie, boleh jer beli refill. 

Semasa stafnya sedang pasang viper tu, aku tanya lah tip yang patut untuk menjaga viper supaya lebih lama. Kata beliau, kalau parking angkat je lah viper jangan kasi sentuh cermin. Alas!! kalau tips tu aku pun tahu!

Tapi tak pe lah, at least aku nak tengok berapa lama viper mahal nie tahan bermula dari hari ini.


Rumah Bapaku - Episod 2

Rumah baru bapaku tersegam indah. Terwarnakan dengan warna asli kayu pada semua binaan. Rumah lama masih tidak dirobohkan. Sebuah jejantas dibina untuk menghubungkan kedua-dua binaan tersebut. Rumah lama dijadikan dapur sementara. seingat aku 'sementara' itu mungkin dalam tempoh hampir 3 tahun agaknya. Mungkin budget tiada dan kami makan semakin banyak kerana keperluan zat kami makin meningkat dan perut kami semakin banyak ruang!! 

Dari tepi,  rumah itu sudah seperti keretapi, sangat panjang dan lebarnya tidak sepadan. Gabungan yang memang tidak serasi. Rumah baru berwarna coklat kayu, rumah lama berwarna hitam legam. Tapi mungkin rumah lama itu sangat nostalgic pada padangan ayahandaku. Peneroka yang membuka tanah dengan kudrat sendiri, dalam hutan yang amat jauh dari pekan, mungkin lebih ramai komunis mati disitu dibaham harimau berbanding mati dalam perang. Ahh Mungkin disitu, kasihnya tumpah!

Akhirnya sambungan itu dibubarkan dan 'sementara itu'  di sahkan sebagai sementara setelah hampir 3 tahun, kerana ada permintaan untuk disewakan. 2 beranak berkelana mencari rezeki halal memohon tinggal di situ. Kata emak, jika bukan kerana haji itu seorang yang warak, pasti rumah itu tidak diberikan. Argh!! desakan hidup waktu itu, memaksa orang yang tidak pernah kenal  kelapa sawit, menurut gelombang kapitalis, tetapi berpatah arang berkerat rotan tidak sama sekali. Atau! desakan hidup jugak yang membenarkan rumah lama yang menyimpan kenangan itu disewakan, walau pun perlu mengecilkan ruang yang sedia ada!

Justeru itu, dapur kami dipindahkan ke sebuah bilik di satu sudut hujung di dalam rumah baru. Aku bernafas lega, kerana tidak perlu lagi merempuh angin malam yang sejuk ketika melintas jejantas untuk ke dapur. Tambah-tambah lagi ketika aku kelaparan di tengah malam dan angin itu semakin sejuk dan mendebarkan hati. 

2 tahun disitu, mereka berpindah balik kampung. Anak itu kini sudah bergelar usahawan barang letrik di batu 6. Akhirnya rumah lama itu dibiarkan kosong. Kenangan lama bersama rumah lama itu mungkin sudah jadi usang seusang rumah lama itu. Ia tidak lagi dihiraukan. Senget dan menunggu masa untuk runtuh. Tidak berbaloi untuk membetulkan yang  senget itu.  

Aku tidak ingat tempoh sebenar penggunaan dapur baru tersebut. Tapi aku pernah jatuh dari tingkap dapur tersebut ke dalam air "chor" ketika "terjunga-junga" bermain air hujan yang menitis dari atap dapur itu. Ah budak nakal, alah bisa tegal biasa. Kesakitan jatuh hampir 0%, malah keseronokkan berganda berkubang dalam air "chor" yang bercampur air hujan yang ada sedikit jernih pada hari itu. Kalau hari-hari biasa takkan ku terjun ke situ. :D

Akhirnya, sampai waktunya, tukang baru pun diupah, membina tambahan dapur baru menjadi sasaran. Kali ini, bukan orang jauh yang di upah, hanya abang ipar ku sendiri. Aku pun ketika itu sedang menunggu result satu peperiksaan besar. Jadi aku pun turut menjadi buruh paksa rela kepada projek baru ini.  Akhirnya, nak kata siap, nampak macam tak siap, nak kata tak siap, nampak cam siap. Tapi begitulah kalau dah suruh saudara mara buat kerja. nak suruh lebih-lebih, dia kan sedara!! Tapi bolehlah start makan besar kat situ. Ruang dapur baru yang amat besar!!    

Sunday, April 05, 2009

Rumah Bapa Ku - Episod 1

Sedalam ingatan ku, hanya rumah inilah yang menjadi tinggalan bapaku. Rumah asalnya tiada dalam memoriku. Kalau pun ada, hanya sedikit-sedikit kehitaman tanpa bentuk, Agh lupakan rumah asal itu walaupun aku dilahirkan di situ kata ibu ku.

Sedalam ingatan ku, untuk menjadi seperti bentuk sekarang, rumah bapaku ini telah menjalani beberapa perubahan. Tapi sebetulnya, tiada perubahan dari yang asal kerana bapaku membina sebuah binaan baru tidak sama sekali mengubah yang asal itu. Ringkasnya, merombak rumah asal itu dan membina yang baru. Atau lebih tepat lagi, dia tidak terlebih dulu merombak yang lama, tetapi terlebih dahulu membina yang baru. Sehinggalah sampai waktunya, barulah yang lama itu dirombak.

Kalau aku tidak silap, rumah baru dibina ketika aku sudah bersekolah rendah. Mungkin kerana saiz keluarga kami yang semakin ramai dan saiz badan kami yang semakin besar. Rumah lama tidak cukup luas untuk menampung kami semua. Itulah wawasan bapaku. 

Seingat aku, 2 orang tukang diupah untuk membina rumah baru ini, kerana makan dan tido mereka ditanggung oleh bapaku. Mereka makan apa yang kami makan dan tidak banyak songel. Tapi menghormati tetamu budaya kita, aku pun turut merasai tempias penghormatan itu apabila turut sama makan makanan yang luar dari kebiasaan dan mewah itu!

Seingat aku, pembinaan rumah baru bermula dengan membina ibu rumah. Aku tak tau apakah bentuk rumah itu sepatutnya. Kerana aku tidak pernah melihat tukang-tukang ini membuka blueprint atau apa-apa drawing yang berkaitan. Cuma, kadang-kadang aku melihat mereka, melakar-lakar di tanah sambil menganguk-anguk kepala.  Apabila aku meninjau lakaran tersebut, tiada bentuk apa-apa pun melainkan cakar ayam sahaja. Dan aku tidak dapat sedikit pun mengaitkan lakaran tadi dengan apa-apa sudut pandangan dalam ilmu geometri ketika itu. Ah lakaran pandangan dari angkasa agaknya!

Apabila ibu rumah siap dipasang, rekabentuknya mulai kelihatan, aku mulai tahu rumah baru ini hanyalah berbentuk empat segi dengan bumbung biasa rakyat marhaen. Resmi tukang dahulu ialah memasang atap apabila kerangka siap berbeza sama sekali dengan binaan rumah batu sekarang, siapkan dinding dan atap paling akhir. Justeru atapnya siap di pasang, tukang rumah terus merasmikan rumah itu walaupun masih tiada dinding dan lantai. Mereka terus berpindah ke satu ruang yang mereka siapkan untuk mereka dan juga untuk alat-alat mereka. Selepas itu, aku turut melihat makan minum mereka juga disitu.

Selepas memasang lantai seterusnya memasang kerangka pintu dan tingkap, seterusnya dinding dan tingkap dan daun pintu, akhirnya memasang syiling. Tukang kemudian, memasang dinding untuk membina 3 bilik, bagi kami semua. Rumah baru bapaku pun siap.  Rumah yang aku rasakan besar ketika itu, ruang tamuyang mampu menampung 100 orang untuk kenduri tahlil, mungkin untuk menghadapi kematian nanti!

Saturday, April 04, 2009

Kalam Kasturi

Bersantai dengan Kalam Kasturi - Ramli Sarip , adalah bingkisan dari orang biasa kepada orang biasa. Menusuk masuk ke lubuk hati menjalar hingga ke tulang hitam orang biasa seperti aku. Argh! Lucutkan sahaja gelaran sinonim beliau itu.

Thursday, April 02, 2009

Prihatinkah Kita?

Naik Putra-LRT aku ternampak signboard yang berbunyi:

"Tempat duduk ini dikhaskan untuk orang tua, orang kurang upaya dan wanita mengandung, Tidakkah kita prihatin?"


Aku cuba snap gambar tu, tapi ketika tu aweks sangat ramai duduk kat situ. So aku pendamkan sahaja hasrat ku itu.

Aku cuba menjawab soalan yang diberikan. Permandangan mula merayap ke dinding-dinding yang lain. Oh! ya, sebelah hujung gerabak ada lagi 3 seat yang diperuntukkan. Aku mula mengira, kalau satu coach ada peruntukkan 6 seat, maka satu putra-lrt pasti akan ada 24 seat, jika ada 4 coach.

Jadi jawapannya ialah kita memang tidak prihatin!! Sepatutnya semua seat adalah untuk mereka. Tapi kebenaran untuk duduk diberikan jika mereka tiada. Barulah betul-betul prihatin!

Betul tak? 

Menyelami Lirik Anak-anak Kita

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang di bawah mentari sumbing sambil bernyanyi lagu ketakutan hari-hari ini. Anak-anak kitakah yang memikul beban kesilapan kita hingga dia tak kenal budaya canggung bangsa sendiri. Selamatkan anak kita dari padang jerangkap samar, order baru politikus usang. Anak-anak kitakah yang bermain di hutan belukar dengan senapang kayu ubi cambah tak kenal bahaya. Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang bila petang kerana terlalu sibuk main lastik dan berpistolan, pistol-pistolan. Jaga-jaga anak kita jangan sampai jadi hamba, jaga-jaga anak kita, kita ini orang merdeka. Panggilah mereja pulang, ayah nak ajar tentang kurang ajar jadi mereka takkan sendiri lagi. Panggilah mereka pulang ayah nak ajar tentang kurang ajar jadi mereka takkan dimomok lagi.

Fikir! Selamatkah kita di tangan tukang karut itu? Fikir! Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu? Fikir! Selamatkah kita di tangan ahli korporat itu? Fikir! Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu? Fikir! Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu? Fikir! Selamatkah ditangan tuhan-tuhan itu?


Wednesday, April 01, 2009

Erti Kebebasan...

Erti sebuah kebebasan ialah aku bebas ke hulu hilir, ke depan ke belakang dan kembali pulang menuruti jejak yang aku lalui tadi tanpa rasa bersalah, takut, jumud atau yang sewaktu dengannya.

Erti kebebasan ialah aku boleh melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan, dan kereta yang meluru laju berenti dengan tiba-tiba sehingga berasap tayarnya membiarkan aku melintas jalan dengan selamat tanpa membunyikan apa-apa hon.

Erti kebebasan ialah aku mendekati seorang lelaki dan mengepitkan dua jari dibibir mulut. Lantas lelaki tadi mengeluarkan sebatang rokok dari kotak dari poketnya. Dan menghulurkan kepadaku dan mengambil lighter menyalakan rokok yang dinyalakan tadi. Dengan tersenyum berlalu pergi meninggalkan aku yang tiba-tiba berada di dalam alam khayali nikotin.

Erti kebebasan ialah apabila aku masuk ke kedai makan dan duduk di meja ketika panas terik, si pelayan dengan segera memberikan aku segelas sirap limau tanpa perlu di order terlebih dahulu. 

Itulah erti sebuah kebebasan.

*** Semua ini adalah hasil pemerhatian ke atas seorang "orang yang special", berjalan sambil membimbit sebuah beg hitam dan berhenti di wakaf-wakaf mengira-ngira kertas putih sambil menulis-nulis kertas surat khabar.

Ermmm!! 

Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...