Sedalam ingatan ku, untuk menjadi seperti bentuk sekarang, rumah bapaku ini telah menjalani beberapa perubahan. Tapi sebetulnya, tiada perubahan dari yang asal kerana bapaku membina sebuah binaan baru tidak sama sekali mengubah yang asal itu. Ringkasnya, merombak rumah asal itu dan membina yang baru. Atau lebih tepat lagi, dia tidak terlebih dulu merombak yang lama, tetapi terlebih dahulu membina yang baru. Sehinggalah sampai waktunya, barulah yang lama itu dirombak.
Kalau aku tidak silap, rumah baru dibina ketika aku sudah bersekolah rendah. Mungkin kerana saiz keluarga kami yang semakin ramai dan saiz badan kami yang semakin besar. Rumah lama tidak cukup luas untuk menampung kami semua. Itulah wawasan bapaku.
Seingat aku, 2 orang tukang diupah untuk membina rumah baru ini, kerana makan dan tido mereka ditanggung oleh bapaku. Mereka makan apa yang kami makan dan tidak banyak songel. Tapi menghormati tetamu budaya kita, aku pun turut merasai tempias penghormatan itu apabila turut sama makan makanan yang luar dari kebiasaan dan mewah itu!
Seingat aku, pembinaan rumah baru bermula dengan membina ibu rumah. Aku tak tau apakah bentuk rumah itu sepatutnya. Kerana aku tidak pernah melihat tukang-tukang ini membuka blueprint atau apa-apa drawing yang berkaitan. Cuma, kadang-kadang aku melihat mereka, melakar-lakar di tanah sambil menganguk-anguk kepala. Apabila aku meninjau lakaran tersebut, tiada bentuk apa-apa pun melainkan cakar ayam sahaja. Dan aku tidak dapat sedikit pun mengaitkan lakaran tadi dengan apa-apa sudut pandangan dalam ilmu geometri ketika itu. Ah lakaran pandangan dari angkasa agaknya!
Apabila ibu rumah siap dipasang, rekabentuknya mulai kelihatan, aku mulai tahu rumah baru ini hanyalah berbentuk empat segi dengan bumbung biasa rakyat marhaen. Resmi tukang dahulu ialah memasang atap apabila kerangka siap berbeza sama sekali dengan binaan rumah batu sekarang, siapkan dinding dan atap paling akhir. Justeru atapnya siap di pasang, tukang rumah terus merasmikan rumah itu walaupun masih tiada dinding dan lantai. Mereka terus berpindah ke satu ruang yang mereka siapkan untuk mereka dan juga untuk alat-alat mereka. Selepas itu, aku turut melihat makan minum mereka juga disitu.
Selepas memasang lantai seterusnya memasang kerangka pintu dan tingkap, seterusnya dinding dan tingkap dan daun pintu, akhirnya memasang syiling. Tukang kemudian, memasang dinding untuk membina 3 bilik, bagi kami semua. Rumah baru bapaku pun siap. Rumah yang aku rasakan besar ketika itu, ruang tamuyang mampu menampung 100 orang untuk kenduri tahlil, mungkin untuk menghadapi kematian nanti!
No comments:
Post a Comment