Tuesday, April 07, 2009

Rumah Bapaku - Episod 2

Rumah baru bapaku tersegam indah. Terwarnakan dengan warna asli kayu pada semua binaan. Rumah lama masih tidak dirobohkan. Sebuah jejantas dibina untuk menghubungkan kedua-dua binaan tersebut. Rumah lama dijadikan dapur sementara. seingat aku 'sementara' itu mungkin dalam tempoh hampir 3 tahun agaknya. Mungkin budget tiada dan kami makan semakin banyak kerana keperluan zat kami makin meningkat dan perut kami semakin banyak ruang!! 

Dari tepi,  rumah itu sudah seperti keretapi, sangat panjang dan lebarnya tidak sepadan. Gabungan yang memang tidak serasi. Rumah baru berwarna coklat kayu, rumah lama berwarna hitam legam. Tapi mungkin rumah lama itu sangat nostalgic pada padangan ayahandaku. Peneroka yang membuka tanah dengan kudrat sendiri, dalam hutan yang amat jauh dari pekan, mungkin lebih ramai komunis mati disitu dibaham harimau berbanding mati dalam perang. Ahh Mungkin disitu, kasihnya tumpah!

Akhirnya sambungan itu dibubarkan dan 'sementara itu'  di sahkan sebagai sementara setelah hampir 3 tahun, kerana ada permintaan untuk disewakan. 2 beranak berkelana mencari rezeki halal memohon tinggal di situ. Kata emak, jika bukan kerana haji itu seorang yang warak, pasti rumah itu tidak diberikan. Argh!! desakan hidup waktu itu, memaksa orang yang tidak pernah kenal  kelapa sawit, menurut gelombang kapitalis, tetapi berpatah arang berkerat rotan tidak sama sekali. Atau! desakan hidup jugak yang membenarkan rumah lama yang menyimpan kenangan itu disewakan, walau pun perlu mengecilkan ruang yang sedia ada!

Justeru itu, dapur kami dipindahkan ke sebuah bilik di satu sudut hujung di dalam rumah baru. Aku bernafas lega, kerana tidak perlu lagi merempuh angin malam yang sejuk ketika melintas jejantas untuk ke dapur. Tambah-tambah lagi ketika aku kelaparan di tengah malam dan angin itu semakin sejuk dan mendebarkan hati. 

2 tahun disitu, mereka berpindah balik kampung. Anak itu kini sudah bergelar usahawan barang letrik di batu 6. Akhirnya rumah lama itu dibiarkan kosong. Kenangan lama bersama rumah lama itu mungkin sudah jadi usang seusang rumah lama itu. Ia tidak lagi dihiraukan. Senget dan menunggu masa untuk runtuh. Tidak berbaloi untuk membetulkan yang  senget itu.  

Aku tidak ingat tempoh sebenar penggunaan dapur baru tersebut. Tapi aku pernah jatuh dari tingkap dapur tersebut ke dalam air "chor" ketika "terjunga-junga" bermain air hujan yang menitis dari atap dapur itu. Ah budak nakal, alah bisa tegal biasa. Kesakitan jatuh hampir 0%, malah keseronokkan berganda berkubang dalam air "chor" yang bercampur air hujan yang ada sedikit jernih pada hari itu. Kalau hari-hari biasa takkan ku terjun ke situ. :D

Akhirnya, sampai waktunya, tukang baru pun diupah, membina tambahan dapur baru menjadi sasaran. Kali ini, bukan orang jauh yang di upah, hanya abang ipar ku sendiri. Aku pun ketika itu sedang menunggu result satu peperiksaan besar. Jadi aku pun turut menjadi buruh paksa rela kepada projek baru ini.  Akhirnya, nak kata siap, nampak macam tak siap, nak kata tak siap, nampak cam siap. Tapi begitulah kalau dah suruh saudara mara buat kerja. nak suruh lebih-lebih, dia kan sedara!! Tapi bolehlah start makan besar kat situ. Ruang dapur baru yang amat besar!!    

2 comments:

  1. "Tapi begitulah kalau dah suruh saudara mara buat kerja. nak suruh lebih-lebih, dia kan sedara!! Tapi bolehlah start makan besar kat situ. Ruang dapur baru yang amat besar!!"

    berbangga atok dulu besarkan rumah kampung dengan tangan sendiri :)

    pasang tile pun dia gak.. hebat orang tua tu
    sebab dia mahukan kesempurnaan untuk anak cucu.. so tiada tukang beristillah saudara digunakan :D

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...