Aku fikir! Barangkali semua orang-orang lain pun fikir macam apa yang aku fikir ini. Tube ubat gigi besar ialah untuk orang yang mempunyai keluarga yang ramai. Dan saiz tube ubat gigi ini berkadar terus dengan saiz penggunanya. Itu pada fikiran aku.
Satu hari aku terpaksa membeli tube ubat gigi kecil (aku beli yang jenis baru dan ada ciri-ciri resepi kampung yang dijamin halal) sebab aku nak guna untuk diri sendiri di luar daerah. Jadi hypotesis di atas sudah ada sedikit kebetulannya. Tetapi tube ubat gigi tersebut tertinggal di daerah berkenaan.
Balik ke tempat sendiri, aku merindui tube ubat gigi tersebut, lantas aku membeli satu lagi tube ubat gigi yang kecil jenis yang sama yang aku tertinggal dulu untuk kegunaan sendiri. Ahli keluarga lain mungkin tidak akan guna tube ubat gigi baru ini kerana mereka sudah biasa dengan ubat gigi yang popular itu. Jadi, sekali lagi hypotesis aku betul.
Selepas Tube ubat gigi popular habis, secara drastik, ubat gigi jenis baru telah dijadikan ubat gigi rasmi. Jadi terpaksalah membeli yang bertube besar, sebab pembelian kali ini adalah untuk kegunaan ramai. Nah! sekali lagi hypotesis aku di atas sudah betul.
Sekarang aku mempunyai dua tube ubat gigi yang sama jenis tetapi berbeza saiz, satu bertube besar dan satu bertube kecil yang hampir habis. Jadi aku boleh menggunakan kedua-duanya secara bebas mengikut capaian tanngan tanpa apa-apa sekatan. Aku dapati, tube kecil mempunyai mulut yang kecil dan tube besar mempunyai mulut yang lebih besar. Dengan kadar picitan yang sama, kedua-dua tube memberikan hasil yang berbeza, dimana tube besar akan mengeluarkan lebih banyak ubat gigi berbanding dengan tube kecil. Jadi ubat gigi besar akan cepat habis walau digunakan oleh bilangan yang sedikit. Sekarang hypotesis aku sudah tidak betul.
Tube ubat gigi besar bukan untuk keluarga besar sebenarnya, tetapi untuk yang berwang besar sebenarnya! Itulah kesimpulan dari kajian ini.
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment