Aku mulai perasan mimpi-mimpi yang hadir kadang-kadang adalah cerita yang bersambung-sambung. Tapi sayang aku lupa semua cerita dalam mimpi itu.
Kadang-kadang aku jugak perasan, mimpi yang hadir adalah mimpi yang sama tapi versi berbeza. Dan ketika terbangun dari "cerita" yang seronok itu, mindaku mengaku pernah alami mimpi yang sebegitu tapi ada sedikit perbezaan.
Pernah dulu aku bermimpi menjadi pemandu bas pelancong. Bas ku pandu sangat laju, semua penumpang duduk diam, sehingga aku mengambil satu selekoh tajam dan berjaya. Lalu memberhentikan bas tersebut. Semua penumpang turun dan merayakan kejuaraan aku mengambil selekoh yang tajam tersebut.
Tadi malam, aku mengalami mimpi yang sama tapi versi kedua. Aku masih lagi pemandu bas pelancong. Aku pun masih sama memandu dengan lajunya. Tetapi kali ini, penumpang yang aku bawa, tidak duduk diam seperti mimpi dulu sebaliknya ramai nak duduk di hadapan, melihat pemandangan sambil melihat aku memandu. Keadaan kecoh sekali. Dan aku pun terpaksa jugak mengambil selekoh tajam seperti mimpi dulu. Tapi kali ini selekoh tajam yang ditepinya adalah bangunan-bangunan dan peniaga gerai di kiri dan kanan.
Dan dalam versi ini aku tidak berjaya mengambil selekoh tersebut, ada beberapa peniaga yang dilanggar. Semua penumpang turun dan memarahi aku. Ada yang cepat-cepat melihat siapa yang cedera!!
Aku sendirikah pengarah kepada cerita dalam mimpi ini?
emmm sukar untuk dijawab..
ReplyDeletepersoalannya.. siapa penumpang tersebut?
kanak2?
adakah anda melarikan diri selepas itu?
jika ya laporkan kepada pihak polis kerana anda merupakan saksi virtual dalam kemalangan bas sekolah itu
Alas!! Mimpikan mainan tido! percaya buat per?
ReplyDeleteAlas! Mimpi pun nak percaya!
ReplyDeleteAku pergi ke Giant, bawak troli, aku dapati aku amat susah sekali nak amik coner sebab ada orang ditepi-tepi rak yang ada kain baju. lebey kurang cam mimpi aku jer!!
ReplyDeletejangan nanti troli tu terbalik sudah la :D
ReplyDeletedan terbalik depan counter
Tapi memang nak marah lah ari tu, depan counter ada di tampal sticker "We prefered Mastercard". Tapi bila aku hulur card, cashier, tu cakap, tak boleh sambil senyum!! nasib baik ada duit dalam dompet, kalau tak aku tinggal je barang2 kat situ dan berlalu begitu saja dengan muka 4 segi!
ReplyDelete