Sunday, April 19, 2009

Kupik

Aku menelefon seorang kawan bertanyakan tentang nombor telefon seorang kawan yang lain. Lalu aku meminta beliau mengSMS nombor tersebut. Tetapi beliau beliau menyuruh aku menelefon balik kerana katanya tepon beliau tak de kredit. Setau aku, tepon beliau bukan jenis prepaid!!

Aku mengSMS seorang kawan, bertanyakan tentang satu berita yang amat gempar. Beliau tidak menjawab SMS tersebut sedangkan berita itu sebenarnya datang dari mulut beliau yang aku dengari dari mulut orang lain.

********************

Kupik sungguh!!

********************

Kalau semua orang berfikiran seperti beliau ini, maka tidak akan untunglah penyedia perkhidmatan telefon mudah alih. Dan yang paling penting, tak ada lah hubungan silaturahhim.Kata orang , kita hidup kerana kesudian untuk memberi dan menerima, hasilnya kita dapat suasana menang-menang. Kalau asyik beri jer, dan asyik kalah jer, pasti letupan akan berlaku nanti.

Faham-faham je lah!!

No comments:

Post a Comment

Sebuah Kisah Tentang Kesetiaan

 Sepuluh tahun. Itulah tempoh masa sebuah kisah bermula dan masih berjalan hingga hari ini. Setiap pagi, setiap petang, sebuah Nissan Livina...