Aku memandang ke arah Choke. Si putih yang jiwanya rosak akibat kehendak kebendaan ibu dan bapa. Tapi silap kalau menyalahkan mereka, kerana mereka menafsirkan dunia seperti kehendak kapitalis. Jadi anak seperti si Choke ini lah yang akan menjadi mangsa. Siapa tidak kenal ayah Choke, Datuk Doktor Syakirin? Manusia melayu pertama mendapat anugerah tertinggi Pertubuhan Kesihatan Sedunia kerana idea dan sumbangan ketika krisis kemanusiaan di Timur barat dan manusia pertama menemui kaedah pembedahan tulang belakang dengan risiko 0.
Kejayaan ayahnya selalu diperdengarkan ditelinganya semenjak dia masih kecil. Ini menambahkan bosan dan akhirnya dia menjadi penentang yang sejati. Apa sahaja yang berkaitan dengan doktor pasti akan dibencinya! Choke tidak pernah bercita-cita menjadi doktor bedah seperti kehendak ayahnya. Dia ada misi dan visi yang lebih hebat. Dia ada cita-cita yang lebih tinggi. Dia mahu menjadi jurutera yang punyai enjin sendiri. Amarah ini lah yang membentuk Choke seperti hari ini.
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment