Wednesday, April 01, 2009

Erti Kebebasan...

Erti sebuah kebebasan ialah aku bebas ke hulu hilir, ke depan ke belakang dan kembali pulang menuruti jejak yang aku lalui tadi tanpa rasa bersalah, takut, jumud atau yang sewaktu dengannya.

Erti kebebasan ialah aku boleh melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan, dan kereta yang meluru laju berenti dengan tiba-tiba sehingga berasap tayarnya membiarkan aku melintas jalan dengan selamat tanpa membunyikan apa-apa hon.

Erti kebebasan ialah aku mendekati seorang lelaki dan mengepitkan dua jari dibibir mulut. Lantas lelaki tadi mengeluarkan sebatang rokok dari kotak dari poketnya. Dan menghulurkan kepadaku dan mengambil lighter menyalakan rokok yang dinyalakan tadi. Dengan tersenyum berlalu pergi meninggalkan aku yang tiba-tiba berada di dalam alam khayali nikotin.

Erti kebebasan ialah apabila aku masuk ke kedai makan dan duduk di meja ketika panas terik, si pelayan dengan segera memberikan aku segelas sirap limau tanpa perlu di order terlebih dahulu. 

Itulah erti sebuah kebebasan.

*** Semua ini adalah hasil pemerhatian ke atas seorang "orang yang special", berjalan sambil membimbit sebuah beg hitam dan berhenti di wakaf-wakaf mengira-ngira kertas putih sambil menulis-nulis kertas surat khabar.

Ermmm!! 

1 comment:

  1. Bilangan mereka sudah bertambah semenjak airport baru siap! Mereka naik flight ke?

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...