Sweet Charity - Aku mula mendengar lagu band ini ketika pesta. Dan aku pernah beli satu album kaset kumpulan ini kerana aku mahu di gelar rocks. Tetapi, dari keseluruhan album tu, hanya satu je lagu aku layan. Ha ha ha ha
Warlord - Ini citer time nak exam SPM. Tape band ini aku pinjam dari kawan aku. Tapi pinjam dalam erti kata tukar hak milik. Dan aku layan band ini dengan sony walkman yang kecik tu, saiz tape je. Punyalah aku layan band nie sehingga, tali tape itu putus semasa sedang bertugas kira macam M.I.A lah!!
Megadeth - Disebab tajuk yang sangat ngam " Anachy in UK", aku pun berjaya ditipu untuk beli satu album beliau ini. Masa tu aku aku kat university. Kebetulan aku ada sebuah Hi-Fi jenis sony. Setiap kali balik lecture, aku selalu layan band ini. Disebabkan aku balik lecture jalan kaki, aku selalu sampai rumah waktu senja, jadi ketika senjalah aku layan band ini. Disebabkan rumah aku tu ada seniro yang agak warak dan alim, walaupun ada Hi-Fi tapi aku terpaksa layan lagu band ini dengan headphone. Isk isk isk dah nasib badan.
Brother Nasir - Ada 3 album aku beli untuk periuk nasik beliau. Ketika beliau mula menyanyi solo. Masa tu aku kat university. Dah kureng dengan Megadeth, ada cerita yang buat aku terus membenci Megadeth. Tapi Bro Nasir memang best! membelai jiwa aku yang berkecamuk dengan jayanya. Tapi sempat layan 3 tape jer , selepas itu aku dapati beliau semakin mengarut!! Pendapat aku sendiri yang tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun.
Wohnen - Aku sempat jugak layan album nie, masa tu aku sedang frust ma! hehehehehe
Metallica - Banyak jugak duit aku habis untuk band ini. Tapi yang paling best pada pendapat aku ialah .. and justice for all. Masih lagi aku layan dan dengar. Selepas itu, abis jugak duit untuk black album. Tapi dah tak berapa cool. Kemudian, band ini semacam kembali berekperimen. Apa daa, biorlah aku kekal dengan ... and justice for all.
Carburetor Dung - Sekali berjalan kat central market lepas balik kerja sementara nak naik bas mini nombor 14, aku merayau kat tingkat atas. Capai album kumpulan ini, terus gi bayar kat kounter. Sebelum dah dengo satu lagu kumpulan nie tentang cerita orang naik bas mini. Tapi boleh lah... Masih layan jugak album ni sampai sekarang, tapi dalam bentuk MP3 lah, album yang dibeli dulu , ntah tercampak ke mana ntah!!
Seingat aku itu jer album yang aku sempat beli. Lain pada tu seme aku download. I love technologies.
opss.. Varieties of music genre huh!
huh.. dasar pe-muat turun secara haram
ReplyDeletetak mengapa, kita serupa.. mnasir. rasa album paling best, akar konsert akustika yang ada ebiet g ade..
dulu masa kecik selalu juga dengar ebiet, lagu kupu kupu kertas..
tapi beliau semakin sesat!!
ReplyDeletemungkin masa tu ada lagu.. "di jalan sesat"
ReplyDeletesebab lirik tu tulis
"Dan Sesungguhnya Aku Cinta Padamu Tuhan
Walaupun Sesat Jalan"
so dia pun sosek la