Tuesday, March 10, 2009

Buku Pertama Tahun Ini

Tahun ini, aku berazam untuk membaca lebih banyak buku. Terutamanya buku-buku yang berkait dengan kehidupan.

Pada cuti Hari Agong tempoh hari, aku telah meronda-ronda ke kedai buku. Membelek sebuah buku lain tapi tak begitu menarik. Aku lantas menarik sebuah buku lain, tetapi tak dapat dibelek kerana buku tersebut diseal dengan plastik. Tapi dengan tajuk yang menarik aku ke kaunter dan membayar. Harga buku yang dicatatkan ialah RM20. Tetapi kaunter memulangkan RM2, so aku dapat diskaun RM2. Gitu cerita pada awalnya.

Buku yang bertajuk "Travel log seorang dai" aku habis membacanya dalam tempoh 2 hari aja. Aku memang ulat buku. Kalau bacaan meimbulkan perasaan ingin tahu, aku pasti akan lupa pada makan, minum dan mungkin tido. Justeru itu aku berjaya menghabiskannya dalam tempoh 2 hari selepas ditolak dengan gangguan-ganguan persekitaran.

Pada aku buku tersebut amat bagus sekali untuk menguatkan/meningkatkan kepercayaan/iman kepada Allah melalui pengalaman orang lain. Tapi sejujurnya, penulis masih mempunyai banyak kelemahan. Tapi aku respek pada beliau kerana berani mencuba. Dan itulah falsafah beliau.

Antara lain yang menarik ialah cebisan tulisan berikut yang boleh dijadikan pegangan dan iktibar dan selalu bersyukur kepada Allah

Pada hari ini aku tetap bersyukur
Walaupun aku bukan orang yang paling kaya,
tapi aku bukan orang yang paling miskin
Walaupun aku bukan orang yang paling berjaya,
tapi aku bukan orang yang paling gagal
Walaupun aku bukan orang yang paling mulia,
tapi aku bukan orang yang paling hina
Walaupun aku bukan orang yang paling pandai,
tapi aku bukan orang yang paling jahil
Walaupun aku bukan orang yang paling kuat,
tapi aku bukan orang yang paling lemah
Walaupun aku bukan orang yang paling terkenal,
tapi aku bukan orang yang paling dilupakan
Dengan berkat dan rahmatnya, begitulah aku pada hari ini

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...