Masa aku kecik dulu pun, rumah aku tak de bekalan letrik lagi. Senja-senja, bapak aku akan pam lampu gasolin. Selalunya 2 lampu, satu untuk ruang tamu, dan satu lagi untuk ruang dapur. So, aku adik beradik selalunya berkumpul lah kat bawah lampu tu buat keje sekolah. Bende yang paling seronok dibuat pada waktu tu ialah kerja sekolah. Kalau tak ada kerja sekolah waktu tu, memang boring habis, sebab tak de benda lain dah nak buat. Nak tengok TV, TV tak ade. So kalau tak ada kerja sekolah, memang tido awal lah jawabnya.
Jaman tu, hanya orang orang terpilih aje ada TV kat rumah. Ye lah bukan senang nak miliki TV pada zaman tersebut. Memiliki TV bermakna harus jugak memiliki sebuah enjin elektrik. Orang yang paling hebat pada waktu itu ialah orang yang mempunyai enjin elektrik. Bila dah memiliki enjin elektrik pasti mereka juga akan memiliki Mesin basuh elektrik, TV, pemain video (jaman dulu mana ada cd), Peti Sejuk Besar 2 pintu dan yang pasti mereka ialah pemilik kedai makan. :D. Ye lah, ada peti sejuk besar-besar nak isi apa?
Cuma kadang-kadang aku ke rumah jiran untuk menonton citer kegemaran. Citer kegemaran ialah pada pukul 8.30 selepas berita. Cerita yang aku tunggu ialah citer Six Million Dollar Man. Itu citer yang aku paling suka waktu tu. Selain dari citer tu, citer yang ditunggu-tunggu ialah citer melayu klasik. Waktunya ialah hari jumaat malm sabtu. Pada malam tersebut, seawal sesudah maghrib aku dah bertengek kat umah makcik yang ada TV nih. Bukan apa, cuma nak amik port depan. Sebab malam sabtu ramai jiran-jiran lain akan turut sama menghiburkan diri di rumah makcik sorang ni.
Pada suatu hari, sebab aku tiba sebaik sahaja sesudah orang azan maghrib. Makcik TV nie dah me"nyound" aku. "Weh, tunggu anak dara aku ke?" katanya. Aku tersipu-sipu. Sejak pada hari itu, aku dah benamkan kesukaan aku pada TV, aku dah jarang-jarang pergi ke rumah beliau. Akibat kes kena sound tu, aku banyak buat hal-hal sekolah lah kat umah, daripada buat keje sekolah aku jadi rajin baca buku, aku pinjam buku library baca kat umah. Dan aku dah jarang-jarang gi tengok TV kat umah makcik TV tu. Memang aku tak menolak, anak makcik nie memang solid, tahap pinggang kerengga semenya. Cuma bukan taste aku, kalau tak dah lama aku usha, lagipun, dia kan pemilik TV, kalau aku usha anak dia, tak bbest lah nak tengok TV kat umah dia. itu jer!!!
Orang kampung aku bukan tak mampu beli. Aku rasa semua orang mampu beli TV. Pernah ada satu cerita dimana orang kampung aku beli peti sejuk. Tapi bukan untuk menyejuk, sebaliknya nak letak kain baju, sementara tunggu LLN (dulu-dulu, namanya Lembaga Letrik Negara (LLN), skang namanya dah jadi Tenaga Nasional berhad (TNB), banyak beza tu!!) masukkan elekrik kat kampung aku . Itu maknanya orang kampung aku mampu beli TV. Cuma, kata orang sekarang, apa ke hal beli TV, pada hal letrik tak de pun.
Akibat dari kekurangan ini, adalah kepala-kepala "oppotunities" mengisi ruang yang di ada. Antaranya menjadi pembekal letrik kepada rumah-rumah berdekatan dengan bayaran bulanan untuk kos minyak katanya. So adalah tiang tiang letrik haram didirikan. Kedai makan yang ada TV menjadi tempat lepak yang sejati, sambil makan sambil sembang sambil tengok TV. Tengok TV memang sangat luxury pada masa tu. Sekurang-kurang perlu secawan teh untuk tengok TV. Ada yang minum segelas kopi sehingga berjam-jam akibat penangan TV.
Ada juga yang bukak "mini theater" kat umah. Buat siaran video kepada orang awam. Sekali tengok kena bayar 20 sen. Katanya untuk cover kos minyak enjin dan sewa video. Tapi semua cerita yang ditayangkan tidak ditapis terlebih dahulu. Jadi banyaklah jugak unsur-unsur SX, PL dan sewaktu dengannya masuk kepala otak yang putih bersih ini. Tambahan pula tiada had umur yang ditetapkan. Cuma kekadang aku terdengar, kalau waktu malam, cerita lagi "sedap" ditayangkan. Tapi waktu malam aku tak pergi, rumah aku jauh ooooi. Selalunya desas-desus tentang cerita yang akan ditayangkan sudah berlegar dikhalayak seminggu lebih awal. Kalau pembawa desas-desus tu pandai bercerita, maka penuhlah mini theater tersebut. Aku sempat join 2 3 cerita je. Lepas tu aku rasa bosan.
Tapi puasa TV aku nie tak lama sebenarnya, kerana setahun kemudian LLN berjaya membekalkan eletrik 12 jam ke kampung aku. Maksudnya ialah elektrik hanya dibekalkan selama 12 jam sahaja iaitu dari pukul 7 petang sehingga pukul 7 pagi. Jadi meriah lah sedikit kehidupan malam kat kampung aku nie.
Akibat dari kemasukkan bekalan letrik ini, bapak aku pun beli sebuah TV. Aku masih ingat, beliau antara orang terawal beli TV warna kat kamoung aku. Masa tu, TV warna dikira luxury lah jugak. TV bapak aku beli tu jenis TOSHIBA QUINTRICK 21", dah cukup beso pada masa tu, seme ada, saluran ada 12 seme jenis push on button, bukan jenis kena pulas untuk tukar siaran, sound control ada, yang tak ada hanya remote jer!! TV tu skang hanya tinggal kotak kayu nya sahaja, masih ada lagi kat umah mak aku.
Selepas itu, anasir-anasir propaganda TV mula masuk ke setiap rumah. Tapi masih lagi boleh ditahan sebab boleh tengok 12 jam jer. Apabila balik sekolah, cepat-cepat buat kerja sekolah supaya malamnya nanti boleh layan TV.
Aku rasa sebab tak de TV lah yang buat aky jadi rajin belajar untuk mengisi kekosongan waktu. Aku belajar bukan kerana kepentingan ilmu, aku mana tau Ilmu tu penting masa tu. Tapi aku teringat kata guru aku masa itu emas, jangan membazir waktu!!
panjang entri kali ni :D
ReplyDeletegud one.. kalau masuk
negaraku.net ni mau ramai baca
negaraku.net?? no problemo maa!
ReplyDelete"kalau waktu malam, cerita lagi "sedap" ditayangkan" .. hehehe..
ReplyDelete