Malam itu aku sudah siap berkasut adidas "high cup" yang baru ku tukar tapaknya dengan tapak berharga RM30. Berat dan keras ku rasa tapak kasut itu. Tapi kerana ada 3 jalur putih di atasnya, aku teruskan juga memakai kasut itu dengan egonya. Malam ini kasut itu pasti akan menagih darah!
Minggu lepas, mesyuarat telah memutuskan untuk melaksanakan hukuman ini. Aku telah diminta menjadi executor. Dan aku tidak pernah lagi mengecewakan mereka. Aku adalah penguat semangat kepada rakan-rakan lain. Aku tak boleh menolak. Tanpa aku, operasi ini akan gagal, dan yang pasti aku akan menjadi kambing hitam untuk dipersalahkan kalau pun bukan untuk di panggang!
***
Manusia malang malam ini ialah Tuman. Tuman budak kampung yang berjalan terhenjut-henjut macam samseng. Butang baju kemeja sebelah atas memang tak pernah dikacing. Hujung baju kemeja belakang dibiarkan lepas keluar, sama panjang, dengan ekor tali pinggang yang juga dibiarkan terjuntai.
Melihat gaya itu sahaja sudah cukup sakit hati. Tetapi hati makin sakit apabila melihat Tuman memakai baju kepunyaan rakan-rakan yang lain. Baju western kotak-kotak warna coklat jenama Levis yang aku pasti milik aku. Kadang-kadang t-Shirt cap buaya warna biru muda yang aku pasti milik Tuan Brahim. Kadang-kadang beliau memakai topi softball team Jepun jenis Reebok yang hanya dimiliki oleh Brother Kamal. Ah! Sakitnya hati melihat gelagat Si Tuman itu.
Hari ini, marah kami terhadap aksi dan perangai Tuman sudah tidak di kawal lagi. Kalaupun barang-barang kami yang dicuri tidak kembali. sekurang-kurangnya hati kami puas. Tuman mesti di ajar, dia mesti diberi amaran pertama. Walaupun hati kasihan, tapi demi gah dan megah, Tuman mesti "dikembalikan ke pangkal jalan" walaupun dengan cara yang sukar.
***
Aku dan 5 penghukum yang lain sudah lama menunggu di bilik. Hawa dalam bilik yang tertutup itu sedikit bahang. Sebahang hati kami yang sedang menunggu Tuman. Kemarahan hati di gandakan supaya kami boleh mengerjakan Tuman sebaik mungkin, no-mercy! Aku berdiri di satu sudut dengan topi yang menutup muka. Dan rakan-rakan lain sudah berada di posisi nasing-masing yang dirasakan sesuai!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
ready.........................................
ReplyDeletefuh suspen
tak sabar jugak nak mengarang citer novel ni! :D
ReplyDeletemacam pernah alami je pengalaman macam ni huhuhu... adakah aku salah sorang yg menunggu didalam bilik tu???
ReplyDeletemungkin ya, mungkin tidak! aku sendiri sudah lupa siapa yang ada di situ
ReplyDelete