Kehangatan bilik kian terasa menyucuk di kulit di tengah-tengah ekuinok. Baju dipakai sedikit lembab dengan peluh yang memercik. Peluh panas dan peluh sejuk! Kata guru geografiku, ketika ini matahari tepat di kepala di kawasan khatulistiwa. Mungkin benar! Musim panas memang telah datang,rumput-rumput di sekeliling hostel ku lihat kekuningan ketika aku berjogging petang tadi. Marah hati makin bergelegak disulam oleh kehangatan malam yang ku rasakan sedikit panjang untuk malam ini. Tuman masih tidak muncul!
Kami berenam, masing-masing diam membisu seribu bahasa melayan perasaan sendiri. Mungkin mengenangkan peristiwa sebentar lagi yang akan menjadi sejarah buat kami dan juga sejarah hitam buat manusia yang bernama Tuman itu. Dan kami adalah pencipta sejarah itu. Dan Tuman adalah "colateral damage" kepada sejarah yang kami akan ciptakan nanti. Atau mungkin, kami sedang mengyerap bait-bait ketakutan agar rahsia kami di bilik ini tidak pecah di ketahui umum. Biar pecah di perut, di mulut tidak sekali ia terkeluar. Sebab itulah kami semua diam di posisi masing-masing. Ah! sempat aku mengarut dalam situasi yang membahang sebegini.
Kecuali aku, kesemua mereka datang dari daerah ini. Dan mereka bukan anak orang biasa seperti aku. Kalau pun mahu dibandingkan aku dengan mereka adalah seperti langit dan bumi. Walaupun kami satu level tingkatan, tapi mereka adalah lebih senior daripada aku, kerana aku masih lagi baru menjadi pengungsi di sini. Sedangkan mereka semua sudah betah dengan asam garam kehidupan di hostel ini. Segala undang-undang yang ada di sini, pada mereka hanyalah bidak percaturan mereka. Mereka sudah lali dengan hukuman yang dikenakan kerana kelemahan peraturan yang selalu mereka permainkan. Dan mereka semuanya sememangnya “hati kering”.
Rocks lahir dalam golongan elit kelas atasan. Seorang yang panas baran pada awal remajanya kerana sering ditinggalkan oleh ibu dan bapanya yang selalu keluar negara. Seorang yang pendiam. Tidak pernah sekalipun meninggalkan kelas Tae Kwon Do, kerana di situ beliau boleh melepaskan geram. Ada cerita tentang Rocks yang sangat hebat dan beliau disanjungi kerana cerita yang amat luar biasa itu. Di katakan, malam pertama Rocks di hostel ini, beliau telah membelasah 3 orang senior yang cuba membuli tetapi akhirnya beliau terpaksa lari mencari warden apabila 3 senior tadi tiba-tiba bertukar menjadi satu team bola sepak. Kes di tutup begitu sahaja selepas sessi bermaaf-maafan.
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment