Tuesday, February 24, 2009

Masalah Betis Terselak

Setiap kali aku memandu, aku selalu berselisih dengan perempuan-perempuan yang jadi pembonceng motosikal. Apa yang menarik tentang pembonceng-pembonceng perempuan ini ialah betis-betis mereka yang putih mulus (ada jugak yang tak mulus) yangg menarik anak mata untuk menjeling. Dan bertambahlah satu dosa yang tidak disengajakan.

Selalunya yang menampakkan betis ini ialah perempuan-perempuan baik yang memakai baju kurung apabila keluar dari rumah. Terkadang terjentik di hati, "Apakah mereka tidak sedar dengan dosa yang sedang dilakukan sedangkan rambut mereka ditutup dengan rapi, baju yang berlengan panjang dan ada sesetengahnya menambah aksesori lain untuk tidak menunjukkan kulit lengan mereka yang putih bersih. Tetapi, saat menunggang motosikal, sekali sentak sahaja. Sudah terpamer mulus betis kepada khalayak.

Siapa yang harus dipersalahkan?

Adakah pengilang motosikal yang merekabentuk motosikal sebegitu rupa sehinggakan memaksa perempuan-perempuan yang berkain sarung atau berbaju kurung menyelak kain mereka?

Adakah perempuan yang berbaju kurung itu yang harus dipersalahkan? Mungkin kerana kekolotan mereka yang tidak mahu berubah mengikut peredaran zaman. Dah nak naik moto, pakai lah seluar!!

Atau pun, yang paling mudah ialah salahkan ajer si mata yang nakal ini, yang menjeling dan suka melihat perkara yang indah. 

Tetapi, mencari siapa yang bersalah bukan penyelesaian kepada masalah ini. Seharusnya bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini patut difikirkan. 

Pernah aku lihat juga, perempuan yang memakai seluar panjang berjaya menutup betis mereka dari pandangan. Dari satu sudut ia amat berjaya menyelesaikan masalah betis terselak ini. Tetapi jika seluar yang dipakai itu berjenis jeans. Masalah lain pulak yang timbul. Ditambah pula dengan motosikal jenis  skuter sekarang ini. Kalau dilihat dengan mendalam, perempuan yang berseluar ketat tidak menunjukkan betis ini lebih seksi cara duduknya. Persis berada di dalam jamban! Bertinggung!!

Pernah aku nampak, ada perempuan2 yang berhati mulia, walaupun, berbaju kurung dengan tudung labuh menunggang moto tetapi masih tidak menampakkan betis mereka. Kenapa? Kerana mereka tahu hukum untuk menutup aurat dan nah! mereka memakai stokin. Lantas aurat itu sudah tertutup!

Akhirnya, jawapan sebenar adalah berbalik kepada tuan empunya badan. Kesedaran masing-masing terhadap kewajipan menutup aurat adalah paling penting untuk menyelesaikan masalah ini. Kalau hati  sudah ada sedikit karat, perkara ini pasti kelihatan kecil dan tidak dipedulikan langsung. Tetapi kalau hati yang berjenis Siti Fatimah pasti ada susulan tindak balas untuk menjadi yang terbaik. Kata orang dulu-dulu, tepuk dada tanyalah Iman.




Monday, February 23, 2009

Menagapa Yahudi Bijak


 "Mengapa Orang Yahudi Bijak? www.iluvislam.com Dr. Stephen Carr Leon Editor: doraemong13    Mengapa Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi bijak? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.  Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.  Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi satu kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.  Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironinya, pemilik & pengeluar rokok terbesar adalah.... (tekalah sendiri..!)  Pemerhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka, bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) dengan itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza dari segi IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.  Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Disini murid-murid diberi penekanan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di politeknik dan universiti. Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.  Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus-ratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.  Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gene bodoh akan mengikuti generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo  dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negara Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sahaja di Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts!!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai Bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.  Dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Pharaoh (firaun) hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri pada cucu saya, setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Wednesday, February 18, 2009

Misi Orang Lapar

Malam itu semua orang tekun mentelaah pelajaran masing-masing. Walaupun hari sudah hampir ke pagi. Tapi pelajar tingkatan lima masih lagi bertungkus lumus meengulangkaji subjek masing-masing. Walaupun peperiksaan besar, SPM masih lagi jauh, tetapi budaya hidup di asrama penuh menyebabkan wujudnya perasaan dengki kalau tak ikut sama study macam orang lain. Sambil-sambil tu boleh jugak dengar gosip terkini dan sedut asap sepam dua. :D

"Aduh! Laparnya!!" , tiba-tiba kedengaran suara salah seorang ahli dalam kumpulan study tersebut. Mendengar suara itu, kemudiannya ialah sampukan suara-suara lain yang mengiyakan suasana lapar tersebut.

Yang muskilnya, suara lapar itu mula berjangkit ke kumpulan-kumpulan study yang lain. Bagaikan ada seruan panggilan, semua pelajar berkumpul dalam bilik Al-Capone. Masing-masing mula memberi cadangan untuk mengatasi masalah lapar tersebut. Ada yang ajak panjat pago, beli makanan kat luar. Ada yang cakap pergi amik je buah mempelam dan macam-macam pendapat lagi lah.

Tapi akibat terlalu berisiko, semua pendapat di tolak sebulat suara. Datanglah seorang mamat nie aku lupa lah saper nama dia dan siapa dia, meberikan satu cadangan yang amat rendah risiko dan lebih untung. Cadangan beliau ialah masuk dapur hostel dan amik lah makanan untuk breakfast esok. Malangnya, hanya 4 orang komando sahaja dihantar untuk misi tersebut. Masuk ke dapur hostel tak de lah memerlukan skill yang tinggi keranas memang dah ada kunci pendua. Masa ada satu program rasmi, AJK yang terlibat telah mengcopy kunci dapur tersebut demi untuk masa depan. :D

Dalam setengah jam kemudian, 4 komando ini balik dengan hanya membawa telur dadar hancur. Kata mereka , itu ajer yang ada dalam kawah di dapur hostel. Kalau ada telur dadar hancur maknanya breakfast hari esok ialah roti dengan telur dadar hancur. Tapi dimana rotinya?. Komando yang dihantar tadi, bersepakat mengatakan tiada roti di dapur.

Sekali lagi satu misi dilancarkan untuk mencari roti. Setelah puas berpusing-pusing disekeliling dapur hostel, akhirnya jumpalah kumpulan roti yang banyak. Tetapi tak boleh diambil kerana roti tersebut berada di dalam stor. Dan stor tersebut berkunci dan kunci tiada dengan kita orang. Satu usaha ikhtiar hidup perlu difikirkan. Dari luar, stor tersebut hanyalah seperti dinding penjara.

Rupanya stor tersebut mempunyai tingkap di atasnya dalam ketinggian 20 kaki. Menara orang pun dibina. Memandangkan aku yang paling kuat dan besar. Aku telah mejadi dasar menara orang tersebut. So, dalam ketinggian 5 orang digabungkan, barulah boleh mengendap ke dalam stor tersebut.

Malang sekali lagi menimpa. Orang paling atas gagal mencapai apa-apa roti pun, kerana semua roti diletakkan jauh dari tingkap dan tak tercapai oleh tangan.

Menara manusia dirobohkan. Mesyuarat senyap pun bermula ditepi dinding tersebut. Semua ahli senyap ditambah pula dengan suasana pagi yang sepi. Suasana semakin. Semua sedah memerah otak!!

Tiba-tiba seorang mamat nie bangun dan berlari dan hilang dalam kegelapan pagi. Tak lama kemudian dia kembali dengan 2 batang penyapu dan net basketball. Sebatang penyapu telah disangkut dengan net basketball tersebut. Kali ini, teknik menguis akan dilakukan. Sekali lagi, menara manusia dibangunkan. Setelah berhempas pulas dapatlah. mengeluarkan 2 bungkus roti. Kata penguis (orang teratas), mana nak kuis, mana nak tadah, mana ada daya, letih wooooooooo.

Menara manusia diruntuhkan lagi, kita orang dan tersandar di dinding stor sambil makan roti yang dua bungkus tu "begitu sahaja". Ada seseorang di kalangan kami bangun dan sekali lagi hilang di dalam kegelapan pagi.

Tak lama datanglah 5 orang yang lain untuk memberi bantuan apa yang terdaya. Kali ini, 2 menara akan dibina. Satu untuk menguis, dan satu untuk menadah. Hasilnya, pagi itu kitaorang berparty roti. He! he! he! :D

Moral of the story aku teringat jeritan wonderpet !!

"Apa yang penting? Kerjasama!"




Saturday, February 14, 2009

Hari Pertama Darjah Satu

Cerita ini dikategorikan sebagai joke 18sx.

Hari pertama darjah satu, merupakan hari bencana bagi sesetengah ibu-bapa. Masakan tidak! Pada hari itulah, terserlahnya sifat "jahat" seorang anak atau sifat "baik" seorang anak. Tapi aku bukan jenis yang derhaka memberikan bencana. Aku pergi sekolah dengan bangganya dan emak aku terus pulang rumah dengan bahagianya.

Ketika di sekolah tadika, pelajar diberikan sepasang pakaian iaitu baju dan seluar panjang. Masuk darjah 1, satu kejutan aku terima, "kena pakai seluar pendek". Terpaksalah aku menyembunyikan peha dan betis aku kat bawah meja dengan sebaik mungkin. Aku kan seorang yang pemalu.

Tetapi hasilnya amat memberasangkan. Pemakaian seluar pendek menyebabkan anu mudah ditarik keluar tanpa membuka zip. Masa darjah 1 mana ada pakai underwear, seme masih lagi "open-air".

Bersama-sama rakan-rakan yang dikenali di sekolah tadika, satu pertandingan pun di mulakan, Mencari anu siapa paling besar!!!! Kaedahnya mudah sahaja. Peserta akan menarik anunya keluar, peserta lain akan bertindak sebagai juri dengan membongkokan badan ke bawah meja untuk menilai.

Pada hari itu, dapat lah seorang pemenang. Tetapi pada hujung persekolahan hari itu. Juri-juri bersepakat membatalkan kemenangannya kerana anunya "stim" sewaktu penilaian
dilakukan.

Pemakaian seluar pendek diharamkan/mansuhkan ketika aku berada di pertengahan darjah 6। Kalau dah zaman aku dah reti buat pertandingan sebegitu. Zaman sekarang aku tak tau lah!!




Aku strike-out posting nie sebab dikatakan lucah :D

Tuesday, February 10, 2009

Kesah sebilah badik pusaka

Aku selalu ingin memberi pesanan "jangan main judi". Judi itu memudaratkan. Kalau judi kecil-kecilan sudah boleh membebankan, apa lagi judi liga professional. Lu pikir lah sendiri!!

***
Tok Aki aku ada sebilah badik. Katanya badik nie dah "makan" banyak nyawa. Nyawa paling banyak ia "makan" ialah nyawa Jepun. Pernah makan 40 orang dalam satu masa katanya. Tapi dia tak ceritakan pulak macam mana boleh "makan" sebegitu banyak dan bagaimana proses "makan" tersebut berjalan. Dan aku pulak memang bebal masa tu, tak teringin pulak nak korek-korek cerita tu.

Aku selalu jugak menilik badik yang satu ini. Warna matanya kehitam-hitaman, memang susah nak dinafikan badi tu memang dah "makan" orang. Tapi sepanjang aku tinggak dengan Tok Aki, aku tak pernah lagi tengok dia "bela" badik tu. Tak pernah aku tengok dia perasap kemenyan ke? Lurut limau nipis ke? Tak pernah aku tengok pulak!

***
Ada pernah kenal seorang kawan (Amran) yang nak kaya cepat. Tapi aku tak berkenan dengan kaedah nak kaya cepat yang dia pakai. Katanya kaya cepat hanya dengan judi nombor ekor. Kaedah lain semua karut sebab lambat.

Tapi Amran bukan penjudi yang sebarangan. Kalau tak ada petunjuk Amran tak akan beli nombor ekor. Aku menjadi akrab dengan Amran bukan kerana aku pun nak cepat kaya dengan judi ekor tapi aku tertarik dengan unsur mistik yang dibawanya. Petunjuk dia dapat semenya datang dari kawasan perkuburan, Amran ada bomoh peribadi untuk menurun nombor. Itu yang buat aku tertarik dengannya.

Disebabkan keinginan aku untuk melihat perkara-perkara mistik seperti asap yang tiba-tiba menyelubungi kubur, angin yang tiba-tiba mengoncangkan pokok dan lain-lain mistik yang selalu tengok dalam TV, aku menjadi follower Amran.

Pernah satu tengah malam aku membonceng moto Amran mengelidah jirat cina mencari "sesuatu" yang di infokan oleh bomoh peribadi beliau. Walaupun takut semacam, tapi sebab Amran, aku pun hentam aje lah. Boleh lah dikategorikan aku nie sebagai "seeker"lah jugak. Tapi itu dulu lah, sekarang tidak lagi.

Cerita aku mengenai Badik kesayangan Tok Aki aku, membuatkan Amran tidak sabar untuk mendapatkan petunjuk yang seterusnya. Desakan Amran yang bertalu-talu, menyebabkan aku terpaksa "meminjam" sebentar badik tersebut dari Tok Aki aku. Malamnya, aku dengan Amran pergi ke rumah Bomoh peribadi beliau, tapi hampa. Bomoh peribadi beliau pergi mengubat orang (selain menurun nombor ekor, bomoh nie pun mengubat orang sebagai kerja sampingan). Jadi terpaksalah balik "bodo" sahaja malam itu. Tetapi Amran tidak puas hati selagi dia tak dapat menggunakan khidmat badik tok aki aku. Pada Amran, badik tersebut kelihatan amat hebat. Pada gengaman pertama, beliau sudah merasai getaran "penjaga" badik tersebut. Serba salah aku dibuatnya. Tambahan pula malam esok aku tak dapat bersama Amran kerana ada program lain.

Desakan yang bertalu-talu membuatkan aku meminggirkan Tok Aki kesayangan aku. Badik itu aku serahkan kepada Amran, dengan janji, lusa akan dikembalikan kepada ku.

Aku balik rumah dengan hati berdebar. Kelihatan Tok Wan (seorang yang nyanyuk) aku sedang membelek-belek almari dimana badik itu sentiasa disimpan. Aku buat tak tau dan terus tido.

****
Lusanya, badik aku dipulangkan. Amran kata badik ini sangat hebat penjaganya dan tiada citer lain. Hanya memberitahu badik tak digunakan untuk menurun kerana dah ada keris lain. Dalam hati aku susah sikit nak percaya, mungkin hati putih aku sudah insaf dan kuat untuk berkata tidak kepada tahi judi. Anyway, aku gembira, badik sudah pulang dan aku tidak sekali-kali terlibat dengan benda haram ini lagi.

****

Sampai rumah aku cepat-cepat menyimpan badik tersebut. Tapi bukan di tempat asalnya, tapi ditempat lain. Kebetulan pulak, malamnya, tok aki aku bertanya tentang badik tersebut. Katanya badik tiada ditempatnya. Aku jawab aku tak tau. Dan aku mula mencari.

Mula-mula aku mencari-cari ditempat asalnya. Memang lah tak jumpa!!. Kemudian aku cari dalam bilik tok wan aku. Memang lah tak jumpa. Kemudian aku cari kat dapur. Lagi lah tak jumpa. Lastly, tok wan aku jumpa dalam almarinya.

Sedih aku malam itu, melihat tok wan aku dimarahi oleh tok aki aku kerana tok aki aku rasa tok wan aku lah yang mengalihkan bende tu. Semuanya disebabkan oleh aku. :(. Aku yang merancangkan semuanya.


***

Bila Tok Aki aku meninggal (innallillah), abang aku cuba amik badik tu sebagai kenangan. Sepanjang malam pertama badik berada dirumahnya, sepanjang itulah anaknya yang paling kecil menangis. Terus dipulangkan badik tersebut.

Dengar citer badik itu sekarang berada dengan salah seorang cucu yang ada menuntut ilmu-ilmu mistik!!!

gitulah ceritanya.







Saturday, February 07, 2009

Al-Capone Hostel

** cerita ini sebagai sebuah kenangan yang terindah

Malam sudah begitu larut. Semua penghuni hostel sudah tido. Hanya tinggal beberapa orang yang suka membakar malam (burning the midnight oil). Aku pun sama, masih lagi berbual-bual mengisi ruang malam di bilik Meow (bukan nama sebenar). Apatah lagi malam itu adalah malam minggu.

*****

Meow merupakan usahawan yang paling berjaya di hostel ku itu. Selayaknya beliau mendapat anugerah kerana keusahawanan beliau. Beliau merupakan pembekal rokok paling utama. Semua penghuni lain akan menemui beliau untuk mendapatkan bekalan. Pernah dulu, seorang penghuni tahun 2 cuba-cuba belajar untuk mengantikan tempat si Meow, beliau di panggil dan dibriefkan dengan sebaik mungkin. Akhirnya, seme aset perniagaan beliau di rampas. Dalam hostel ini, tak kan ada dua pembekal. Macam mana mau kaya jika tiada monopoli.

Aku rasa Meow adalah orang yang paling kaya di hostel ketika itu. Masakan tidak, ketika itu, rokok dikedai yang dijual 15 sen sebatang sudah dijual 3 posen sebatang. Untung 200 peratus, masakan tidak kaya. Dan seingat aku, hanya seorang sahaja yang diberikan harga istimewa iaitu 2 posen sebatang. Dikira sebagai sumbangan sosial kerana ketagihan beliau yang melampau. Disamping itu beliau ini turut membantu si Meow dengan percuma.

***

Seperti yang dijanjikan, aku dan Meow pun berpakaian serba hitam menggalas beg hitam. Ketika itu aku hanya bersetuju dengan ajakan Meow kerana mungkin aku akan diberi sedikit diskaun. Itu aje lah yang ada dalam benak ku yang menjadi perangsang dan pemberi semangat untuk aku keluar membantu Meow mendapatkan bekalan.

Perjalanan pun bermula, merentasi hostel perempuan menuju ke pagar yang paling selamat untuk di panjat. Yang pasti, point itu lah yang paling selamat dalam kiraan. Selepas itu, berjalan lagi melalui rumah orang-orang kaya, anjing menyalak bersahut-sahutan menyambut kami dalam kegelapan. Kemudian, bila rasa sedikit jauh, kami berjalan melalui jalan utama yang ditepi-tepinya hanyalah semak dan samun. Kalau ada kereta dilaluan itu kami akan cepat bersembunyi di balik pokok-pokok besar yang banyak di tepi jalan tersebut.

Sampai ke kedai mamak, aku biarkan si Meow berurusan di dalam kedai. Aku tunggu di luar. Malam itu seme berjalan lancar, kami selamat sampai ke hostel bukan sahaja dengan stok baru tetapi juga dengan mempelam manis orang-orang kaya yang kalau tak diambil pasti akan dibiarkan jatuh dan buruk di pangkal pokok.

***

Setelah melalui perjalanan malam yang mendebarkan, aku cuba menghilangkan debar dan membeli sebatang dengan Meow. Berapa harga nie aku pura-pura bertanya.

"sama macam biasa 3 posen lah"

Sunday, February 01, 2009

Satu Cerita Di Hostel

**Cerita ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi sekadar lelucon dan pengajaran kepada yang berfikir di kemudian hari.

Saruk Khan (bukan nama sebenar) ialah kawan sehostel ketika aku menengah rendah. Orangnya sedikit gempal tetapi tidak gemuk, dan sedikit rendah tetapi bukan pendek. Ada sesuatu yang hebat pada Sahruk Khan iaitu sekeping kurap diperutnya yang bersaiz sebesar pinggan dara.

Kehidupan Saruk Khan di hostel amatlah simple. Tambahan pula, makan minum disediakan. Maka, enjoy sakan lah Saruk Khan ini di dalam kemewahan hidup di hostel. Bangun dari tido, Saruk Khan terus pergi amik breakfast tanpa gosok gigi dan mandi. Selepas itu, kehidupan diteruskan dengan bermain bola di padang. Selepas main bola, Saruk Khan berbaring di bawah kipas untuk menyejukkan badan sementara menunggu lunch. Selepas lunch Saruk Khan terus menyarung jersi sekolah dan masuk kelas dengan selambanya. Begitulah kehidupan metropolitan peringkat kelabu beliau. Kalau hari minggu gaya itu akan menjadi lebih hebat dan havoc. Baju semenya disimpan untuk dibasuh dirumah oleh emaknya. Lagak macam hotel 15 star

Semua penghuni hostel mahu mengelakkan tuala mereka digunakan oleh Saruk Khan ini. Pendek kata, kalau Saruk Khan dah guna tuala seseorang baik buang aje lah tuala tu dan beli yang baru. Begitu hebatnya seorang Saruk Khan di hostel aku itu.

Satu hari selepas pulang dari solat Jumaat, perut kekenyangan selepas makan nasik lauk ayam goreng resepi biasa hari jumaat, ramai penghuni hostel meraikan petang yang gemilang itu dengan tido. Termasuklah juga si Saruk Khan ini. Aku dan beberapa teman yang tidak suka tido, hanya sembang-sembang kosong sambil mengusha girls hostel. Tiba-tiba datang seorang kawan lain yang dipanggil Rampo menceritakan kesah Saruk Khan yang sedangg tido dan kurapnya yang merah menyala dan berair kerana digaru tanpa sedar ketika beliau tido. Rampo nie tergolong dalam golongan budak separa baik dan separa nakal merupakan budak sekampung dengan Saruk Khan. Rampo sudah lama mengesyorkan Saruk Khan menggunakan Ubat Kurap cap kaki tiga dan mengamalkan gaya kehidupan yang lebih positif. Rampo sendiri mempunyai beberapa botol ubat kurap sebagai stok perniagaan. Tapi semua kata-kata itu dicemuh mentah-mentah oleh si Saruk Khan. Rampo sudah punyai satu idea bernas!!

Dengan riak wajah tersenyum-senyum, Rampo keluar dari dorm dan kelibatnya dilihat melilau di bawah sebatang pokok di padang sekolah. Tidak lama kemudian beliau kembali dengan pantasnya menuju ke katil Saruk Khan. Dengan menggunakan dahan kayu kecil yang beliau ambil tadi, dengan perlahan beliau menggaru kurap Saruk khan. Ke atas dan ke bawah, ke kiri dan ke kanan, sedikit-sedikit dalam bulatan dengan begitu gentle dan lembut, supaya Saruk Khan terus asyik dalam keseronokan garuan kurap dan tidak terbangun. Saruk Khan semakin lena dalam keseronokkan garuan kurap beliau. Kurap pun semakin merah dan semakiin berair. Saat yang ditunggu pun tiba, Rampo pun menuangkan Ubat kurap cap kaki tiga ke perut Saruk khan. Dan dengan pantas melarikan diri persis seperti Rambo.

Tiba-tiba satu jeritan kesakitan kedengaran dari katil Saruk Khan. Saruk Khan kelihatan mengeliat-geliat dan melompat dari katilnya. Beliau terus berlari menuju ke bilik air, sampai disitu Saruk Khan menjerit kesakitan lagi. Membayangkan kurap yang kena air lagi pedih, Saruk Khan terus berlari ke belakang hostel sambil menjerit-jerit kesakitan. Dari belakang beliau berlari lagi ke depan hostel. Selepas berlari mengelilingi hostel beberapa kali, Saruk Khan kembali ke bilik dan berbaring di bawah kipas syiling. Beliau kembali tido.

Cerita itu tersebar ke seluruh asrama. Semua orang bergelak ketawa mendengar cerita itu. Tapi apabila ditanya saper punya angkara oleh Saruk Khan, semua diam membisu, biar pecah diperut jangan pecah di mulut. Beberapa hari kemudian, aku tengok Saruk Khan amat baik sekali dan kamceng  sekali dengan Rampo. Makan minumm Rampo seme ditanggungnya!!!

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...