Wednesday, December 31, 2008

Selamat Datang Tahun Baru


Tiada apa dalam kehidupan ini yang aku mohonkan kecuali keampunan dan keredhaan Allah.Dan  semoga aku selalu berada di bawah rahmat dan limpah kurnia Nya. 

Kedatangan tahun hijrah memang tidak pernah disambut secara meriah. Tiada apa-apa yang menyambut kedatangan tahun 1430 hijrah melainkan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Tahun baru tiba dengan harapan agar ia lebih baik dari tahun yang dulu.

Setiap tahun aku selalu berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah. Itu lah yang selalu aku harapkan. Aku selalu berazam untuk sentiasa berjemaah di masjid. Tetapi, we are not alone. Banyak sangat anasir-anasir yang menghadkan aktiviti ini. Tapi sentiasa mengatakan kegagalan ini adalah kerana diri ku sendiri yang pemalu. Justeru itu, aku masih gagal untuk menghadirkan diri ku ke masjid yang berdekatan untuk berjemaah maghrib, isyak dan subuh. 

Walaupun begitu, aktiviti zohor dan asar ada sedikit kejayaan kerana aku senang aja berjemaah bersama ahli-ahli pekerjaan ku. Azam itu aku teruskan untuk tahun 1430 ini.

Alhamdulillah, Allah telah cukupkan rezekiku, walaupun tidaklah begitu mewah, tapi masih ada lebihan untuk aku titipkan kepada orang-orang miskin. Untuk tahun baru ini aku teruskan apa yang aku dah mulakan ini. Apa yang aku buat ialah setiap kali balik ke rumah aku akan masukkan lebihan syiling hasil dari perbelanjaan ku ke dalam tabung. Setiap bulan aku akan sedekah semua syiling dalam tabung tersebut kepada orang-orang miskin. Aku serahkan semua semua syiling ini kepada ibu mertuaku, dia yang akan menguruskan semuanya. Aku hanya menyediakan dana sahaja. Dan aku tak mau tahu siapa yang menerimanya supaya aku tidak menjadi ujub dan bangga kalau-kalau aku terjumpa dengan mereka nanti. InsyaAllah dengan rezeki yang allah telah kurniakan ini, aku akan teruskan usaha ini.


Aku sudah lama terperuk dalam kepompong kehidupan di sini. Aku ingin sekali keluar dari tempurung ini dan melihat apa yang ada diluarnya. Inilah peluang ketiga yang aku dapat, dan kali ini aku akan menggegamnya dan tidak akan dilepaskan. Aku akan belajar diluar negara. Ketakutan yang kadang-kadang hadir akan kuketepikan dan dijadikan tauladan untuk aku hidup disana nanti. Insyallah cita-cita ini akan dimakbulkan pada tahun hadapan.

Untuk putra dan puri ku, aku akan cuba menjadi ayah yang terbaik dan hanya yang terbaik untuk putra dan putriku.

Untuk ibu kepada anak-anak ku, pastikan tahun yang akan datang adalah tahun yang gemilang untuk kita.



Monday, December 29, 2008

Main Tikam 1

Cerita ini hanya sebagai nasihat

Kata Mat Daud Kilau dalam lagunya, "Kalau sudah gila judi, lupa habis anak isteri,". Lagu tersebut memang kena dengan orang yang suka berjudi. Aku bukan kaki judi. Tapi aku pernah main judi peringkat runcit-runcit semasa aku belum lagi akil baligh. Tapi sekali itu sahaja aku main judi, selepas itu aku tidak lagi main judi sebab aku sudah jadi dealer, orang yang tawarkan judi. Itu pun bukan peringkat nasional, cuma peringkat kelabu asap jer.

Judi yang aku main ni ialah main tikam. Tikam nie kira-kira macam anak-anak main nombor ekorlah. Kaedahnya ialah cabut satu tiket, kemudian bukak tiker tersebut, tengok nombor dalam tiket tersebut. Cari nombor dalam tiker di ruang atas. Kalau nombor ada di ruang atas, kira tikam tu mengena. Kemudian tengok lah nilai hadiah yang diperolehi pun di ruang atas tu jugak. Kalau tak ada nombor tu, kira tak kena lah. Harga sekeping kertas tikam tu masa jaman aku dulu ialah 5 sen. Jadi kalau ada 10 sen dapatlah tarik 2 keping. Tengok nasib lah.

Hadiahnya pulak paling besar ialah seringgit. Tapi bilangannya tak banyak, dalam sekeping tikam mungkin ada 3 je hadiah seringit. Selain dari seringgit ada jugak hadiah 80sen, 50 sen dan yang paling banyak ialah 20 sen dan 10 sen.    

Main tikam nie hanya muncul pada bulan ramadhan, kalau bukan bulan poser, tak adanya main tikam nie. Korang carilah seluruh negara, confirm tak jumpa punyer. Mungkin ini adalah langkah terancang zionis. Ada ke bulan poser main judi.

Harga sekeping board main tikam nie ialah Rm5.00 bergantung kepada pembekal lah. Setiap keping board boleh kembalikan keuntungan sehingga 20 ringgit. Jika marketing bagus, 3 hari buleh habis 1 board. 1 board ada 5000 keping tiket.  

Aku tak tau lah sekarang benda ni ada lagi tak.    

-bersambung-

Saturday, December 27, 2008

Aku dan Skim Cepat Kaya

The truth is aku pernah kena tipu dengan skim cepat kaya. Skima yang paling awal aku involved ialah Skim Pak Man Telo. Masa tu, bayar RM350, setiap minggu akan dapat bonus. Masa tu aku masih lagi pelajar kat UPM. Tapi disebabkan kehebatan PRO-PRO skima berkenaan, hati aku jadi cair.

Walaupun pada zaman tersebut tiada Internet, Skim ini telah bergerak dengan jayanya. Dengan bekalan sekeping kad giro bsn, semua urusniaga pasti akan berjalan lancar.  Aku teringat seorang kawan yang mempromosikan skim ini kepada ku. Beliau merupakan rakan serumah ku. Sebelum aku joint skima ini, aku telah lama memerhatikan beliau. Ada satu hari setiap minggu, beliau akan keluar awal dan balik dengan muka penuh senyuman. Kadang-kadang, balik dengan tangan penuh makanan. Melihat gayanya ketika itu, membuatkan aku jadi rakus. Sebab itu, aku pun turut serta dalam skim ini.

Minggu pertama selepas pelaburan aku memeriksa akaun di bsn serdang utama, duitnya tiada !! Tiada seperti yang dijanjikan.  Dan minggu-minggu selepas itu pun keadaan sama yang berlaku. Aku tau aku sudah kena tipu. Hati sedih sambil layan lagu "suci dalam debu" (lagu tersebut sedang top, 14 minggu top ten carta lagu). Aku angau macam hilang kekasih.

Beberapa tahun kemudian (mungkin 15 tahun kot). Aku didatangi seorang professor, menceritakan satu skim yang sedang meletup di Malaysia. Katanya, skim halal itu didokongi oleh orang-orang kenamaan di Malaysia. Ramai cerdik pandai di Universiti di Malaysia telah joint skim tersebut. Kemudian menunjukkan akaun nya yang ketika itu mempunyai keuntungan sebanyak USD20000. Untuk mengasyikkan aku lagi, ditunjukkan pula rekod-rekod kewangan yang menunjukkan pemindahan wang bernilai ribuan ringgit. Aku sekali lagi jadi lupa pada kuaSa Allah. Dengan membayar USD365, aku pun menjadi ahli kepada skim tersebut.

Bulan pertama, aku dapat pulangan pertama, bulan dan bulan-bulan seterusnya aku dapat pulangan yang dijanjikan. Aku mula jadi tamak. Bulan ke 5 aku menambahkan pelaburan. Bulan ke 6 skim ini di perang habis-habisan oleh kerajaan. Sekali lagi aku terperdaya.

Ahhhhhh. Selepas ini aku tak mau di tipu lagi.

2 Tahun Berlalu. Semalam seorang kawan datang bertandang ke rumah. Katanya ada sebuah skim lumayan. Beri RM3800 dapat RM4500, keuntungan RM700. Kalau nak sambung, boleh boleh amik je RM700 dan laburkan balik RM3800. Kalau tak mau,  boleh berenti terus. Sejujurnya aku tertarik dengan tawaran itu. Tetapi aku tidak mau ditipu lagi. 

Thursday, December 25, 2008

Welcome Home!

I have been here quite sometimes. 

I have make no decision about this transition. A year hosting with some hosting service provider, teach me nothing. Satisfying still yet to far. I'm still considering to continue the hosting, but from the another part i think it is not usefull.  But,the  domain name make me proud because i have a home in the internet.

The period is still far so i have enough time to consider the moving or not. There are lot of factors that's need to be consider and to be checked. The inportant one is, the worthy of the website itself. So far, it has nothing except, a place where i can put my though, my activity and my picture. All of these are already provided by blogspot. How worth is it?     

Tuesday, December 23, 2008

Cerita Tentang Hobi

Seingat aku, ketika di bangku sekolah rendah dulu, hobi yang paling popular ialah mengumpul stem. Kalau ditanya pada ku, pasti aku akan memberikan jawapan yang sama. Kenapa hobi ini amat popular dikalangan pelajar sekolah rendah?  Mengikut benak fikiran aku, hobi ini ada sedikit kaitan dengan gaya hidup anak-anak orang atasan yang educated ( betul ke) yang mempunyai hubungan dengan orang-orang luar negara, jadi senanglah nak kumpul stem. Kalau seminggu tak pernah dapat satu surat pun cam ner nak jadi pengumpul stem, bukannya ada duit nak beli hari hari.

Ketika itu, aku mendapat tahu tentang adanya hobi mengumpul stem melalui pembacaan. setau aku tak ada guru yang membincangkan tentang hobi ini, kecuali masa dekat-dekat nak exam penilaian darjah lima. Aku dah tahu tentang hobi ini sedari darjah 3 lagi sejak aku pandai pinjam buku kat library sekolah. Dalam buku cerita karangan Enid Blyton, banyak diceritakan tentang hobi ini. Aku memang suka buku-buku penyiasatan pada masa tersebut.

Walaupun aku cakap aku adalah pengumpul stem depan guru-guru sekolah rendah ku. Haram jadah aku tak pernah ada buku untuk simpan stem. Stem pun hanya ada sekeping dua. Jadi hobi itu tak adalah pure sangat. Sekadar nak menunjukkan aku pun dari jenis educated. Aku pun mana tau apa hobi sebenar aku pun. 


Bila naik sekolah menengah, aku masih lagi tak tau apa hobi aku. Semua perkara aku buat. Tak ada satu pun yang aku fokus betul-betul melainkan belajar. Adakah belajar itu hobi aku masa sekolah menengah dulu? Tolong lah jawab.

seingat aku, lepas pada sekolah, ada satu benda yang aku suka buat dan ketagih nak buat iaitu memancing. Tapi maklumlah, masa jaman dulu, orang gila mancing nie tak pakai joran yang hebat dengan kekili yang hebat. Kalau rasa nak memancing, pergi je kedai beli tangsi dan mata kail, gi belakang rumah, gali tanah cari cacing buat umpan. Semudah A B C.  Tapi tak lama aku berhobi yang murah sebegitu, kerana tidak lama kemudian aku mula memiliki pelbagai koleksi joran dan kekili dan pelbagai jenis umpan tiruan. Di tambah pula dengan buku-buku tentang memancing. Baru terasa hobi ini memerlukan modal yang agak besar.  Sebut ajer joran aper? Semua ada, joran untuk laut, joran untuk ikan sungai, joran untuk anak ikan, joran untuk udang 
dan joran untuk casting lagi.

Adat orang memancing, kail mesti makan tuan, tersangkut di tangan perkara biasa, sangkut di telinga perkara kadang-kadang tapi pernah lah kena. Tapi gila memancing aku nie, tak sampai tahap extreme sebabnya aku tak ada transport. Pergi yang runcit-runcit je macam belakang rumah aku, Sungai kat kat dalam hutan kadang-kadang.

Satu ketika aku mula membenci hobi ini kerana terasa bodoh dengan kegilaan ini. Lalu aku menyumbangkan alat memancing ku kepada adik aku. (Sehingga hari ini beliau masih lagi menjadi pemanicng yang setia). Kemudian aku tercari-cari kembali apakah hobi aku?

kenapa fikiran masa sekolah rendah dulu sangat sempit dan dangkal? Sedangkan banyak perkara boleh dijadikan hobi. Tapi tak boleh salahkan fikiran masa sekolah rendah jugak kerana sesetengah orang dewasa pun tak tau nak beritahu hobi masing-masing. Sedangkan setiap petang kita tengok dia berkebun.

Dunia dah maju zaman dah berubah. Alaf baru ini, bermacam-macam hobi telah dicipta. Sehinggakan dari yang amat biasa sehingga kepada yang luar biasa. Antara yang biasa ialah dari jenis collector jugak. Mungkin kesinambungan dari hobi stem collector dulu. Antararanya mengumpul syiling ( giliran kesempitan boleh dikitar semula), kumpul jam tangan tak kira harga dari Rm5 hingga ke rm15000, kumpul bantal golek dari pelbagai bentuk, kumpul koleksi peguin tak kira dari jenis apa pun. bantal peguin, pen peguin, jam peguin.

Ada jugak collector ini yang suka kan cabaran contohnya mengumpul barang yang susah dapat macam barang antik. Ada jugak barang bukan antik yang susah nak dapat macam kumpul koleksi KFC, garfu dan sudu KFC, pinggan KFC, tag nama KFC. Pendek kata seme yang berkait dengan KFC. Tapi hobi ini memang mencabar. Pinggan KFC mana ada di jual melainkan kena amik tanpa disedari dari KFC shop. :D

kemudian ada pulak hobi collector yang pelik-pelik. Ada yang suka kumpul underwear perempuan. Sebut ajer jenis apa, fesyen cam ner seme ada dengan dia. Tapi yang lagi pelik semua yang dia simpan tu dah pernah di guna pakai. Cara dia dapat tu lah yang paling mencabar tu!!

Ada jugak yang sangat pelik pada mata orang, tapi pada mata pengumpul biasa-biasa ajer katanya. Si pengumpul sampah, penuh satu rumah dia bawak balik sampah yang dikutip dari tong sampah mana-mana. Kata dia orang, anytime jer, benda yang dia orang kumpulkan boleh jadi duit. 
 

ntah lah dunia ini sangat pelik. Aku tak tahu lah nanti aku jadi collector apa pulak. Mungkin pengumpul koleksi kete BMW kot!!

Sunday, December 14, 2008

Rumah Itu Sudah Jadi Kenangan

Rumah itu sudah jadi kenangan. Ia tiada lagi ditempatnya kerana sudah dirobohkan untuk digantikan dengan bangunan yang baru bagi memenuhi kehendak semasa.

Ada sebuah rumah lama di kampus aku ini. Sebenarnya, ada banyak rumah lama di sini, kerana dulu-dulu staf tinggal di dalam kampus. Tapi lain-lain rumah tidak sama dengan yang sebuah ini. Selepas lama sepi tanpa penghuni, rumah yang sebuah ini telah dijadikan pejabat jabatan yang aku bernaung.  Malangnya, ia adalah sebuah rumah lama yang cuma ada litar elektrik tetapi tidak litar rangkaian komputer setempat. Justeru itu, kakitangan yang bernaung di situ terpaksa melupakan Internet dan pergilah kat tempat lain kalau nak periksa emel.

Ada ura-ura nak membuat pemasangan wayar rangkaian komputer di situ, tetapi memandangkan ia adalah sebuah rumah lama yang dijadikan pejabat sementara, ura-ura itu mati begitu sahaja. Mungkin juga wayar rangkaian setempat tidak berbaloi dengan nilai rumah tersebut.

Tetapi keperluan kepada internet amat tinggi. Kehendak kepada internet tidak dapat ditahan lagi.  Ketika itu, aku sedang mengambil subjek rangkaian dan komunikasi data.  Tiba-tiba guru rangkaian ku meminta aku mengumpulkan rakan-rakan untuk projek pemasangan wayar rangkaian komputer di rumah itu. Aku tidak tahu bagaimana ia bermula. Tetapi aku cakapkan kepada rakan-rakan, ini adalah praktikal apa yang di ajari guru.

So pada hari yang dijanjikan, projek pun bermula, mula-mula membuat cramping ke atas RJ45 banyak yang tidak berjaya. Tetapi itulah harga sebuah pengalaman. Banyak RJ45 yang direject. Walaupun begitu, menarik kabel di atas syiling yang sudah berusia hampir 20 tahun adalah lebih mencabar. Dalam syiling yang panas dan penuh dengan tahi tikus dan cicak. Usaha itu tangga kejayaan. Akhirnya, pejabat itu mempunyai capaian internet.

Setelah hampir dua tahun digunakan sebagai pejabat. Akhirnya rumah itu ditinggalkan kerana jabatan telah mendapat pejabat baru. Sekali lagi rumah itu menjadi sepi. Tetapi kali ini tidak lama. Hampir 6 bulan kemudian, rumah itu telag menjadi cyber cafe dan pejabat persatuan pelajar jabatan berkenaan. Kat situlah aku memula belajar bertenet dan aku tempat aku meng"cool"kan diri ketika aku melarikan diri ketika di usek hantu di makmal kajian ku dulu.

Hari ini aku lihat rumah itu sedang "dikerjakan". Esok lusa ia akan tiada lagi di situ dan yang tinggal hanyalah kenangan.

Thursday, December 11, 2008

Sebuah Rumusan

Langkah pertama kita sudah berjaya. Usaha kita yang berterusan telah berjaya membuatkan wanita-wanita muslim tidak mahu lagi menutup rambut dan tidak malu lagi menunjukkan apa yang dikatakan aurat. Usaha kita yang berterusan mengelirukan mereka dengan pendapat-pendapat yang mengelirukan telah berjaya. Ramai kini telah memilih untuk "free-hair". Pendekatan kepada fesyen-fesyen terkini juga telah memerangkap wanita-wanita islam untuk turut sama bergaya selari dengan peredaran zaman. Tanpa disedari, fesyen yang kita ketengahkan cuma mendedahkan aurat mereka di atas nama fesyen. Mereka kini sudah tidak betah berbaju kurung dan takut dikatakan ketinggalan zaman apabila mengenakan baju kurung. Pakaian Jean seolah-olah sudah menjadi pakaian rasmi remaja-remaja islam. Mereka kini sudah menjadi seperti kita. Pendek kata kita telah berjaya. Mereka tidak lagi segan menunjukkan alur buah dada mereka, mereka tidak lagi segan menunjukkan alur buntut mereka apatah lagi kulit perut mereka. Ada antara mereka sudah tidak mahu memakai kain singkat paras paha, apakan daya, dari kecik sudah di ajar oleh mak bapak dengan alasan budak tak mengapa. Tapi mereka tidak tahu hasilnya, mereka akan memakainya sehingga dewasa. Kilang-kilang kita tidak mengeluarkan pakaian perempuan berlengan panjang membuatkan mereka jadi sukar dan seterusnya memilih lengan pendek, akhirnya lengan mereka di tunjukkan kepada umum. Sekarang, mereka sendiri yang memilih untuk memakai baju tanpa lengan menunjukkan ketiak-ketiak mereka. Filem-filem juga telah dicorakkan mengikut kehendak kita. Kalau dulu, hanya kita yang mengeluarkan filem yang keterlaluan yang melampau, berpelukan dan adegan sex. Kini, mereka turut sama mengeluarkan filem yang berjenis sama. Kepercayaan mereka telah dikaburkan lagi oleh filem-filem bikinan mereka sendiri.

Mungkin itulah rumusan orientalis barat apabila melihat kekalutan dalam masyarakat islam hari ini.

Saturday, December 06, 2008

Hari ini Dalam Sejarah

1. Perjalanan dari Dungun ke Kuala Terengganu mengambil masa 6 jam kerana ada rekahan jalan di kg Kuala Abang. Perjalanan tersebut bersamaan dengan pemanduan 10km/j. Masa perjalanan normal ialah 1 Jam 30 minit

2.Selepas melepasi rekahan tersebut, susunan kereta amat panjang dan masih lagi bergerak perlahan. Sekali aku ingin melepaskan geram, aku memecut dengan lajunya. Satu masa tu aku memotong hampir 30 buah kereta sekaligus kerana line clear.

3. Sebelum itu, aku telah bantu adik aku tukar tayar keretanya. Jadi baju yang aku pakai sedikit lembab dan merimaskan. Jadi dalam perjalanan 10 km/j tu aku sempat salin baju tanpa memberhentikan kereta. Nasib baik tak sempat salin seluar.

4. Sebelum dari itu, aku bantu kak aku buat "bek woh". Aku amik port jadi waiter. Tapi sebenarnya seme bende aku buat pada hari itu, pasang khemah aku,  helper aku, kukur nyor aku , pendek kata all-rounders lah. Senjarahnya ialah, hujan lebat dari pagi sampai petang. Aku hidang makan minum dalam keadaan basah kuyup. Tapi orang tetap ramai dan lauk tetap kena tambah.


Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...