Wednesday, August 26, 2009

Cerita Bulan Poser I

Masa aku kecik, aku suka bulan pose. Sebabnya bulan pose menjanjikan makanan yang sedap-sedap. Makanan yang sedap-sedap special untuk orang yang berpose sahaja. Orang yang tak puasa hanya dapat makan selepas org selesai berbuka. Tak best lah makan hasil tinggalan orang!

Itulah pendapat aku. Aku tak mahu duduk kat anjung rumah, ketika orang sedang seronok berbuka. Seronok berbuka puasa macam berkelah di pantai. Itulah alasan utama untuk berpuasa pada masa tu. Kalau tidak berpuasa amat rugi, selain dari seronok dapat minum air paip, tak de makanan yang dijual dikedai. Kalau makan pun, makan benda yang tah apa-apa. Tak syok langsung, tapi bolehlah memenuhi nafsu nak makan pada masa tu.

Tapi sebagai budak nakal, ada jugak hari yang tak poser, tapi mengaku poser. Sebab utamanya, nak berbuka bersama dengan orang yang berpuasa. Tapi aku rasa mak aku tau aku tak puasa. Mananya tidak, bila biskut dah melekat digigi, pulak tu bukan jenis pandai berkumur. Almaklumlah, masa tu yang ada dalam kepala ialah jangan bagi orang nampak sewaktu makan, tapi otak masih lagi pendek, kesan-kesan selepas makan tak dihapuskan.

kalau mak aku tak tau, kenapa pulak dia bercerita tentang hukuman ke atas orang yang menipu, hukuman orang tak puasa, orang tak puasa lebih baik dari orang menipu sewaktu berbuka puasa! Semuanya membina kesal peringkat dalaman. Insaf seinsafnya.

Puasa zaman dulu tak pernah dijanjikan dengan apa-apa hadiah. Tak pernah pamk aku berjanji nak berikan hadiah jika habis poser sebulan. Tak pernah, semua dibina dengan semangat sendiri.

Aku rasa, campurtangan rakan sebaya banyak juga membantu proses berpuasa. Ejek mengejek kepada orang tak puasa, disamping menimbulkan rasa marah, juga menimbulkan insaf. Supaya berpuasa!

Monday, August 24, 2009

Pemasangan Baru Windows XP

Installasi Windows telah berjaya dengan cemerlangnya. Sebaik sahaja Windows XP siap dipasang dengan pemacu-pemacunya, Symantec End Protection terus dibiarkan hidup untuk mengawasi laptop ini dari semua segi (kelemahan Windows yang paling nyata :).

Terus menghubungi update.window.com dan muat turun semua kemaskini termasuklah yang kritikal, tidak kritikal sehinggalah hardware update pun dibuat. Sehinggakan tiada lagi update yang boleh di ambil dari update.window termasuklah service pack 3. Semua di buat dalam satu malam. Ahh, lapang rasa hati.

Setiap kali melihat logo windows XP, hati kembali tidak girang kerana rasa amat tertinggal, kuno dan kolot, menggunakan operating system yang sudah berusia hampir 6 tahun.

Merayau lagi di internet sehingga bertemu dengan Vistamizer. Sekarang hati sedikit gembira kerana operating system sudah kelihatan seperti Vista. Rasa seperti muda dan bertenaga semula.

Merdeka dan Bendera

Setiap kali, tiba bulan kemerdekaan, aku selalu membilang kereta-kereta yang menaikkan bendera negara di badan masing-masing. Setiap tahun aku dapati, kebanggaan atas nama kemerdekaan ini semakin sepi, semakin kurang kereta yang menaikkan bendera negara, tak kiralah bendera kecik atau bendera besar.

Sehingga aku merasakan rakyat Malaysia semakin tidak patriotik atau pun semakin kurang semangat nasionalismanya. Menaikkan bendera adalah satu cara untuk menunjukkan kepatriotikan sebagai warganegara. Tetapi ramai juga yang hendak menaikkan bendera ini tetapi masih menunggu bendera percuma. Mungkin akibat dari ajaran subsidi menyebabkan semua perkara dibuat hanya jika ada subsidi. Kalau nak diikutkan harga bendera, ada betulnya jika menunggu bendera subsidi. Tidak patriotikkah penjual-penjual bendera yang masih meletakkan keuntungan sebagai keutamaan. Sekurang-kurangnya berilah sedikit diskaun atau ambiklah sedikit keuntungan, tapi jangan melampau.

Aku punya alasan sendiri kenapa aku tidak meletakkan bendera pada keretaku. Setiap kali musim sambutan kemerdekaan, pasti akan adalah bendera-bendera yang tergolek dijalanan, jatuh dari dari kenderaan dan tidak dikutip kembali. Tak sedar atau kerana bendera percuma, bukan guna duit sendiri, sehingga bendera hanya di ukur dari sudut ekonomi, bukan dari sudut jati diri dan maruah yang harus dipertahankan.

Sebab itu, aku memilih untuk menaikkan bendera itu hanya di dalam hati, bukan menaikkan nya di kereta dan membiarkan ia jatuh untuk dipijak oleh kenderaan lain yang pasti tak akan berenti menghormati sehelai bendera.

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 52.

p/s: aku percaya menaikkan bendera tiada kaitan dengan parti!

Saturday, August 22, 2009

Akhirnya....

Satu waktu dulu aku pernah bertanyakan berapa lama ubuntu 9.04 yang aku fully install ke dalam laptop aku ini akan bertahan. Hari ini, aku membuat keputusan untuk kembali ke Windows XP.

***

Menggunakan Linux amat seronok. Tidak perlu runsing tentang virus atau spyware, malicious script yang dah ada dalam flash drive dapat dilihat dengan jelas hanya menggunakan file browser. Apa-apa sahaja aplikasi yang terlintas di kepala untuk digunakan, browse sahaja application repository dan masukkan key word. Pasti ada aplikasi percuma yang akan diberikan. Kehidupan amat mudah dengan open source ini. Sehinggakan free applications just like AutoCAD can be freely and easily download from the repository, cuma tunggu cara nak guna ajer.

Tetapi, fikrah manusia yang sukakan kecantikkan, aku tidak menolak, rekabentuk windows amat cantik berbanding linux. Tulisan dalam windows lebih seronok dilihat berbanding tulisan dalam linux. Walaupun nampak cam sama, tetapi itulah harga yang perlu dibayar walaupun Linux itu percuma. Aku akui, windows menang dari sudut itu.

***

Memilih untuk menggunakan Linux sebenarnya, memaksa diri untuk sedikit lebih susah. Walaupun teknologi dalam Linux adalah jauh lebih baik dari windows, tetapi dari sudut perisian-perisian pemacu masih lagi kurang yang boleh menyokong peranti-peranti dalam Linux. Contohnya, aku sendiri terpaksa mengorbankan menggunakan camera dan bluetooth kerana tiada perisian pemacu yang menyokong.

***

Akhirnya, kerana kekurangan ini, aku kembali ke Windows. Tapi aku kan terus gunakan Linux dalam persekitaran yang sesuai dengannya seperti HPC dan Web Services.

Linux, jangan kecik hati yer!

Friday, August 21, 2009

Marhaban Ya Ramadhan Al Mubarak

Selamat datang Ramadhan Al Mubarak
Terimakasih pada mu Tuhan, kerana
sekali lagi aku bertemu bulan yang penuh rahmat ini

Hari ini aku mohon ampun daripada MU di atas dosa-dosaku
hari ini aku mohon ampun daripada semua hamba-hamba mu di atas dosa-dosaku
hari ini aku ampunkan semua dosa-dosa semua hamba MU ke atas aku

KAU kuatkan semangat ku untuk mengisi waktu di setiap hari ramadhan dengan puji-pujian terhadap mu dengan bacaan al-quran.

KAU kuatkan tubuh badan ku untuk memenuhi waktu malamku dengan qiamulai yang berpanjangan.

Izinkan aku bertemu dengan malam yang penuh keberkatan itu.

Krisis Moral Dunia

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas…..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita.. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli.

Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia – Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia – Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserang masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics)
.
Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul.. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)
Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.Kota Pompei hancur kerananya.Empayar Rom juga hancur kerananya.Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)

dipetik dari : tranungkite.net

Wednesday, August 19, 2009

Gendang Perang

Aku tidak pernah kenal siapa lelaki berbinkan Mat Top ini? Dan aku tidak pasti samada aku penyokong atau penentang beliau. Tetapi dalam hati ada sedikit gusar dan gelisah dan kecewa mendengar berita beliau sudah mati. Kenapa harus jadi sedih dan gusar tentang sesuatu yang bukan milik aku? Sebab yang paling bagus ialah beliau adalah saudara sebangsa dan seagama dengan ku. Itu sahaja alasan yang paling logik untuk menjawab dan menyokong kegusaran dan kesedihan ini.

****

Dalam apa-apa peperangan pun kematian orang awam adalah sudah pasti, samada sengaja atau tidak. Orang awam yang mati hanyalah "colateral damage" pada sebuah sebab. Tetapi yang paling celaka ialah menjadikan orang awam sebagai sasaran.

Apakah motif utama bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki? Kalau bukan untuk membunuh dan memporak perandakan orang awam mewujudkan chaos supaya ketidak tenteraman di peringkat dalaman mengganggu operasi luaran, apakah lagi tujuannya?

Yahudi memerangi pejuang Palastine dengan menyerang bangunan-bangunan awam yang ditakwil sebagai pusat kegiatan pejuang, hospital dikatakan gudang senjata, kilang susu dikatakan pusat pemprosesan senjata. Sedangkan semua itu hanyalah alasan. Sasaran sebenar adalah orang awam, kerana dari orang awam ini lah lahirnya pejuang.

Lebih tragik, kes di Thailand, mangsa di serang dalam masjid ketika solat Isyak. Tiada peraturan geneva di ikuti pada waktu itu.

***

Aku terfikir-fikir tentang perang diantara hitam dan putih yang disebut dalam al-quran. ketika pokok-pokok berkata memberitahu dimana yahudi berada. ketika itu Isa sudah turun. Dan ruang tengah diantara masa sekarang dan masa perang itu, siapa yang menjadi pengeraknya?

Tuesday, August 18, 2009

My Iphone

Hati aku amat bangga apabila sebuah iPhone yang berharga Rm2000 menjadi milik peribadi.

****

Pada aku, iPhone bukanlah sebuah telefon bimbit walaupun ia adalah telefon bimbit. Pada aku, iPhone lebih kepada sebuah komputer makro kalau pun bukan mini. Di dalamnya ialah sebuah pengoperasi Unix yang sangat hebat.

Sebab utama aku membeli iPhone ini adalah kerana ciri-ciri sebuah komputer. Dengan mesin Linux yang aku pakai ini, aku dengan mudah sekali ssh ke iPhone.

Dengan menggunakan perkhidmatan AppleStore aku boleh menginstall apa-apa program yang dirasakan perlu. seperti kamus, Quran, Solat, File manager serta ereader.

File Manager membolehkan aku mengupload semua dokumen seperti ppt, pdf, xls yang aku kehendaki ke dalam iphone secara web. Bila-bila masa aku boleh membuka kembali dokumen yang dikehendaki dengan aplikasi iPhone.

Cukup seronok mempunyai sebuah peranti yang pintar ini.

****

Tetapi iPhone bukan dibina untuk persekitaran Malaysia. Sewaktu aku mula memasukkan sim card celcom, ia telah menelan Rm15 kredit dalam masa tak sampai 2 minit. Dari peristiwa itu, aku tidak lagi menggunakan simcard celcom sebaliknya, aku hanya menggunakan celcom broadband.

Keseluruhan iPhone ialah peranti serbaguna yang pintar. Aku sangat suka padanya.

Saturday, August 08, 2009

Aku Bukan Kapitalis

Aku bukan kapitalis, aku ingin sekali memberi sesuatu kepada bangsaku tanpa apa-apa imbuhan dengan niat semuanya adalah percuma. Tapi aku masih memikirkan apakah sumbangan yang layak diberi. Setara dengan kemampuan ku.

Thursday, August 06, 2009

Rezeki@Bala

Semalam lepas tranfer duit untuk beli top-up, tengok baki banyak giler! Bila di periksa rupanya ada debit sebanyak RM744. Aku pening memikirkan siapa yang masukkan duit ini.

Kata orang, rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari!

Tuesday, August 04, 2009

Wabak!

Hari ini kita tersentak
kerana kebebasan kita telah diragut
Hari ini kita berjalan
dengan mulut tertutup

Basikal

Setelah sekian lama aku berkongsi basikal dengan anak aku, akhirnya dengan lebihan duit yang tak jadi nak gi oversea ari tu aku berazam untuk beli sebuah basikal.

Tempat pertama aku tuju ialah kedai basikal sebelah HKS dekat ngan umah aku. Tinjau-tinjau dan survey-survey, aku dapati design basikal yang ada kat situ tak memenuhi citarasa aku. Walaupun salesgirl kat situ kan main meng'ayat' aku supaya beli. Tapi aku tak makan 'ayat'. Tapi aku suka salesgirl tersebut, ramah kan main. Pada aku beliau sesuai jual insuran atau yang sewaktu dengannya. Beliau boleh menjadi pakar pemasaran yang berjaya.

Aku dengar cerita, ada sebuah kedai basikal yang dibuka oleh bekas pelumba basikal negara di hadapan istana badariah. Jadi aku berazam untuk meninjau basikal di kedai berkenaan dan melihat apa citarasa bekas pelumba basikal.

Mendapat peluang yang agak sempurna pada satu hari singgah di situ. Aku meninjau-ninjau basikal yang ada dalam kedai berkenaan. Nampak cam lebih kurang kedai sebelah HKS tempat aku jer. Tapi aku berlegar-legar lagi dalam kedai, supaya sekurang-kurangnya ada seseorang melayan pelanggan yang bawak duit 2500 dalam sakunya ini. Hampeh! Aku tidak di layan dengan sempurna disitu. Mungkin konsep bisness mereka sedikit berbeza. Aku berlalu pergi dengan sedikit kesal kaedah melayu berniaga mesti diubah.

Ada sebuah lagi kedai yang harus aku singgah sebelum keputusan tepat dapat dibuat. Kedai terakhir ini berlokasi berhampiran simpang empat cabang tiga (plek btul, simpang empat tapi cabang tiga).

Dari dalam kereta aku lihat, tiada sesiapa dalam kedai. Makan nasik agaknya, maklumlah aku sampai waktu "lunch". Sebaik saja, kaki melangkah masuk, otomatik muncul tokey kedai menyapa dengan ramahnya. Sampai aku tak perasan dia kluar dari pintu mana? Tapi, layanan ini lebih baik!

Aku lihat ada basikal yang sama dengan basikal yang didapati di kedai-kedai sebelum ini. Tapi harganya lebih murah!. Aku buat keputusan untuk membeli basikal disitu. Tokey mengeluarkan sebuah basikal ber aluminium, harga yang di tampal iala 1150. Aku mengeleng kepala. Hajat hati hanya nak carik basikal dalam harga 400 hingga 500 sajer. Setelah meneliti sebaik mungkin, akhirnya basikal aluminium itu jugak aku beli. Kali ini dengan harga RM950.00.

Layanan yang baik kah yang buat aku tersasul?

Apa piihan kita?

Ada satu riwayat, seorang hamba Allah menemui Nabi Musa dan menyatakan masalah beliau. Hamba Allah ini telah bernazar untuk minum darah anjing (kalau tak silap, aku pun dah lupa) jika hajat termakbul. Dengin izin Allah taala, hajat beliau telah tercapai. Timbulah masalah untuk beliau minum darah, sebab itu beliau bertemu dengan Nabi Allah, Musa. Kata Musa, kau carilah rumah orang yang tak solat, dan kau minum sahaja air hujan yang menimpa atap rumah orang tersebut.

Soalan: Kalau air hujan yang menimpa rumah org tak solat sudah sama dengan darah anjing, macam mana pula dengan air tangan orang yang tak solat?

***

Aku selalu memilih untuk makan dikedai makan yang diurus oleh orang-orang yang bersih. Bersih wajahnya, senonoh pakaiannya dan enak makanannya.

Tetapi tidak banyak kedai makan orang melayu islam yang berperibadian sebegini. Kebanyakkan meletakkan gadis-gadis dengan pakaian yang terkini. Enak mata memandang! Tapi hati tidak tenang! Kadang-kadang dengan wajah bangun pagi yang menimbulkan soalan?

***

Aku selalu jugak makan di kedai makan yang aku yakin dimiliki oleh bekas al-arqam kerana di dalamnya ada kata-kata Abuya yang berbunyi " Saya Ustaz Asaari kini kembali ke pangkuan masyarakat dengan sebuku roti yang menghiburkan". Semestinya pakaian pelayan dikedai ini lebih baik, kemas. Dan adakala ada perempuan yang berjubah dengan mata hitam membuat hati juga jadi hitam! Aku tidak melihat dua kali.

***

Aku selalu berfikir, diantara dua pilihan ini yang mana lebih baik? Kedai umum yang sudah jelas melanggar hukum Allah, melalui pakaiannya. Atau kedai yang mengamalkan hidup islam tapi ada sedikit titik hitam dalam akidahnya?

Ini benar-benar buat aku keliru?

DIY1000 - Panasonic Water Pump

  Haaaaaaa kat atas tu, adlah dua bende yang aku amik dr atas dan diganti dengan yang baru. Yang biru tu namanya tangki tekanan tinggi. Ada ...