Tuesday, August 04, 2009

Basikal

Setelah sekian lama aku berkongsi basikal dengan anak aku, akhirnya dengan lebihan duit yang tak jadi nak gi oversea ari tu aku berazam untuk beli sebuah basikal.

Tempat pertama aku tuju ialah kedai basikal sebelah HKS dekat ngan umah aku. Tinjau-tinjau dan survey-survey, aku dapati design basikal yang ada kat situ tak memenuhi citarasa aku. Walaupun salesgirl kat situ kan main meng'ayat' aku supaya beli. Tapi aku tak makan 'ayat'. Tapi aku suka salesgirl tersebut, ramah kan main. Pada aku beliau sesuai jual insuran atau yang sewaktu dengannya. Beliau boleh menjadi pakar pemasaran yang berjaya.

Aku dengar cerita, ada sebuah kedai basikal yang dibuka oleh bekas pelumba basikal negara di hadapan istana badariah. Jadi aku berazam untuk meninjau basikal di kedai berkenaan dan melihat apa citarasa bekas pelumba basikal.

Mendapat peluang yang agak sempurna pada satu hari singgah di situ. Aku meninjau-ninjau basikal yang ada dalam kedai berkenaan. Nampak cam lebih kurang kedai sebelah HKS tempat aku jer. Tapi aku berlegar-legar lagi dalam kedai, supaya sekurang-kurangnya ada seseorang melayan pelanggan yang bawak duit 2500 dalam sakunya ini. Hampeh! Aku tidak di layan dengan sempurna disitu. Mungkin konsep bisness mereka sedikit berbeza. Aku berlalu pergi dengan sedikit kesal kaedah melayu berniaga mesti diubah.

Ada sebuah lagi kedai yang harus aku singgah sebelum keputusan tepat dapat dibuat. Kedai terakhir ini berlokasi berhampiran simpang empat cabang tiga (plek btul, simpang empat tapi cabang tiga).

Dari dalam kereta aku lihat, tiada sesiapa dalam kedai. Makan nasik agaknya, maklumlah aku sampai waktu "lunch". Sebaik saja, kaki melangkah masuk, otomatik muncul tokey kedai menyapa dengan ramahnya. Sampai aku tak perasan dia kluar dari pintu mana? Tapi, layanan ini lebih baik!

Aku lihat ada basikal yang sama dengan basikal yang didapati di kedai-kedai sebelum ini. Tapi harganya lebih murah!. Aku buat keputusan untuk membeli basikal disitu. Tokey mengeluarkan sebuah basikal ber aluminium, harga yang di tampal iala 1150. Aku mengeleng kepala. Hajat hati hanya nak carik basikal dalam harga 400 hingga 500 sajer. Setelah meneliti sebaik mungkin, akhirnya basikal aluminium itu jugak aku beli. Kali ini dengan harga RM950.00.

Layanan yang baik kah yang buat aku tersasul?

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...