Monday, August 24, 2009

Merdeka dan Bendera

Setiap kali, tiba bulan kemerdekaan, aku selalu membilang kereta-kereta yang menaikkan bendera negara di badan masing-masing. Setiap tahun aku dapati, kebanggaan atas nama kemerdekaan ini semakin sepi, semakin kurang kereta yang menaikkan bendera negara, tak kiralah bendera kecik atau bendera besar.

Sehingga aku merasakan rakyat Malaysia semakin tidak patriotik atau pun semakin kurang semangat nasionalismanya. Menaikkan bendera adalah satu cara untuk menunjukkan kepatriotikan sebagai warganegara. Tetapi ramai juga yang hendak menaikkan bendera ini tetapi masih menunggu bendera percuma. Mungkin akibat dari ajaran subsidi menyebabkan semua perkara dibuat hanya jika ada subsidi. Kalau nak diikutkan harga bendera, ada betulnya jika menunggu bendera subsidi. Tidak patriotikkah penjual-penjual bendera yang masih meletakkan keuntungan sebagai keutamaan. Sekurang-kurangnya berilah sedikit diskaun atau ambiklah sedikit keuntungan, tapi jangan melampau.

Aku punya alasan sendiri kenapa aku tidak meletakkan bendera pada keretaku. Setiap kali musim sambutan kemerdekaan, pasti akan adalah bendera-bendera yang tergolek dijalanan, jatuh dari dari kenderaan dan tidak dikutip kembali. Tak sedar atau kerana bendera percuma, bukan guna duit sendiri, sehingga bendera hanya di ukur dari sudut ekonomi, bukan dari sudut jati diri dan maruah yang harus dipertahankan.

Sebab itu, aku memilih untuk menaikkan bendera itu hanya di dalam hati, bukan menaikkan nya di kereta dan membiarkan ia jatuh untuk dipijak oleh kenderaan lain yang pasti tak akan berenti menghormati sehelai bendera.

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 52.

p/s: aku percaya menaikkan bendera tiada kaitan dengan parti!

2 comments:

  1. tapi yang penting.. upacara pemberian bendera pagi tadi menyebabkan sesakkkkk lalu lintas di pintu masuk UMT..
    kenapa upacara tu tidak diberitahu lebih awal?
    macam ad-hoc...

    ReplyDelete
  2. itulah yang dimaksudkan dengan subsidi. pemberi subsidi tidak memilih waktu!

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...