Tuesday, September 08, 2009

Kepercayaan yang kita sandarkan

Setiap kali kita berusan di kaunter terutamanya kaunter bank, pejabat pos atau pendek kata kaunter-kaunter yang melibatkan entiti wang sudah pasti kita akan mengadap kerani kaunter, manakala kerani kaunter akan mengadap komputer. Kita jarang sekali dapat melihat ke komputer untuk melihat apa yang dilakukan oleh kerani kaunter.

Semenjak dua menjak ini, banyak kes kehilangan wang dari buku akaun. Tetapi tidak pernah didengari kerani bank dituduh mengambilnya. Aku cuma merasa sedikit was-was dengan kerani bank zaman sekarang. Ada sesetengah mangsa yang kehilangan wang tidak pernah menggunakan internet, akuan perbankan internet pun tak ada. tetapi wang tetap hilang.

jadi alasan untuk mengatakan wang mereka di curi di internet adalah tidak munasabah sama sekali. Orang yang paling dekat dengan mereka ialah kerani kaunter yang menguruskan keluar masuk wang mereka dengan menggunakan sistem komputer.

Kalaulah ketika borang kemasukkan wang diberikan oleh pelanggan, tetapi kerani akaun cuma mencetakkan dummy dikertas tersebut, pelanggan tetap akan pulang dengan senang hati kerana kepercayaan telah diletakkan kepada juruwang yang bertugas. Malang lagi jika, deposit yang dimasukkan disonglap dan transaksi pengeluaran wang pula di lakukan. Sudah batuk ditimpa tangga jawapannya. Perkara ini hanya disedari setelah sebulan dua kemasukkan tersebut dan salinan resit pulak hilang. Nak report ke polis pun dah macam tak de kes kerana tak de bukti yang kukuh

Dunia hari ini, memungkinkan segalanya boleh berlaku. Kekangan ekonomi, desakan kehidupan membolehkan perkara ini terjadi. Elok juga kalau kaunter dapat menunjukkan apa yang berlaku di komputer juruwang.

Eloklah berurusan di mesin, mesin tak pandai menipu!

2 comments:

  1. teringat atm yang menggunakan OS/2
    kini rasanya rata2 yang dijumpa sedang reboot menggunakan windows.. daripada 98 sehingga ke xp..
    belum pernah jumpa yang menggunakan vista mahupun 7 ^_^

    linux atau unix based yang lain pun belum pernah.

    ReplyDelete
  2. korporat memilih yang lebih mudah untuk digunakan macam student jugak yang memilih windows platform untuk final year projek

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...