setelah bersiap secukup rasa, kopiah sudah di kepala, sesuai utuk berjumaat. aku pun menghidupkan kereta. Argh! bunyi baterinya lemah sekali, bateri kong lagi agaknya. Aku menekan punat tingkap, ia bergerak amat perlahan. Aku cuba menghidupkan semula enjin, masih lagi gagal. Menguatkan lagi telahan ku.
Aku masuk dan tido!
Pukul 3 aku bangun dan menghubungi seorang kawan supaya dapat mencari sebutir bateri dan 'jumper'. Dia datang dengan bateri sebuah kereta yang ditinggal di workshop dan sepasang jumper.
Lantas enjin dihidupkan, setelah 30 minit berlalu. enjin dimatikan, dan dihidupkan semula. Keadaan kembali seperti tadi. Sah! bateri sudah kong!
Keretaku mau duit raya! Terbanglah duit sebanyak Rm180 untuk sebuah bateri baru. Kalau tidak bagaimana aku mahu beraya dua hari lagi.
total belanja kereta = 1173 + 180 = rm1353
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment