Saturday, September 05, 2009

Aku dan Linux

Aku tidak pernah membenci Linux. Walaupun aku menggunakan Window, hati ku masih pada Linux. Ada sesuatu pada Linux yang sangat istimewa. Aku dapat rasa keistimewaan itu. Malangnya, aku gagal mentafsirkan keistimewaan itu lantas mencampakkan Linux ke sisi.

Akhirnya aku berpijak di bumi nyata. Aku dan linux mana mungkin dipisahkan. Aku dan linux ibarat irama dan lagu, seperti laila dan majnun. Tiada salah satu pasangan, akan mengundang kecewa dihati jawapannya.

Dan kembali aku mengutip Linux di tempat ia tercampak. Kali ini, aku akan menjaganya dengan baik, mendalaminya agar aku dapat fahami keistimewaan yang tersirat itu. Hingga aku jadi orang alim linux.

2 comments:

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...