Setelah 2 minggu bandaraya yang aku huni mengalami kesesakkan yang teruk. Dimana-mana sahaja orang ramai beratur panjang menunggu giliran. Nasib baik kualiti kehidupan sudah meningkat, tiada lagi bersesak-sesak menggunakan kudrat untuk menjadi pilihanatau dan mendapat perhatian.
2 minggu lepas, jalanraya juga sibuk dengan pelbagai kenderaan baru dan lama serta pelbagai gaya memandu yang mungkin membawa kepada kata-kata pujian atau kata-kata hinaan. Termasuklah deretan panjang di simpang-simpang yang bertrafik light atau pun tidak.
2 minggu lepas, kedai-kedai juga sibuk dengan pelanggan. Kalau sekadar nak menjengah baik tak payah. Apa lagi nak bawak keluarga window shooping baik duduk rumah. Semua orang membeli sakan, macam esok tiada lagi. Memang betul raya hanya sekali, tetapi berhemah lah membeli.
Hari ini, kekecohan itu sudah tiada, aku boleh menderu laju di jambatan sultan mahmud. Masih lagi sempat mengejar lampu hijau di mana-mana simpang. Dan paling best, tak banyak masa diperuntukkan untuk memandu.
Suasana sudah normal kembali!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment