Monday, September 21, 2009

Bekki Bumper

Hasil dari tukar bateri kereta aku telah bertemu jani dengan pomen untuk membetukan bumper belakang kereta yang kemek. Pandai jugak pomen nie cari pelanggan.

Aku sudah berkereta kemek ini sudah hampir 2 tahun. Bukan aku tidak mahu membetulkannya. Aku tiada masa sebenarnya, dan paling penting kereta ku masih berjalan walaupun kemek.

Tapi, kerana raya sudah nak tiba, dan tiba-tiba aku ada masa, jadi aku pun membawa kereta ku untuk dibetulkan kemeknya.

Pomen menggunakan alat berteknologi tinggi yang dikenali sebagai 'hair-dryer'. aku tidak sangka sama sekali alat ini digunakan dengan meluas dalam industri automotif.

Setelah mengenakan haba 'hair-dryer', bumper akan lembut, ketika itulah pomen akan membentuk semula bumper kepada bentuk asal. Supaya ia kekal, penyejukkan segera dilakukan dengan menuang air ke bahagian bumper yang panas tadi.

Pomen mengulang-ulang hampir 45 minit.

"berapa semua nie?" aku tanya, "RM5, cukup ah, bila nak cat nanti kita buat lagi sekali" katanya
--------------
rm1353 + rm5 = rm1358

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...