Bulan puasa ialah bulan untuk kita menahan lapar dan dahaga, dan menahan nafsu serakah dari bermaharajalela dalam diri, ia termasuklah menahan zina mata, perbuatan atau mendengar yang tak elok. Pendek kata, lebih baik tido kalau berperasan membuat perkara-perkara lagho begitu.
Bulan puasa juga ialah bulan makan, selain dari jejak rasul yang aku selalu miss, yang menceritakan hal-hal sejarah berkaitan agama tiada cerita lain untuk mengimarahkan bulan pose selain dari citer makan.
cerita masak memasak adalah agenda utama kebanyakkan TV di dalam bulan poser ini. Tengoklah TV apa pun, agenda utama dibulan puasa ini ditumpukan kepada aktiviti makan. Selain dari memaparkan cara memasak yang sudah pasti untuk dimakan, ada juga stesyen yang menunjukkan orang meronda ke pasar-pasar untuk mencari makanan, dan sudah pasti juga untuk makan. Ditambah pula dengan iklan-iklan produk tertentu yang menggunakan latar belakang berbuka puasa sebagai alat mereka menyampaikan propaganda masing-masing. Dan sudah tentu ini juga untuk makan.
Ironiknya dengan nama bulan puasa.
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment