Antara tanda-tanda lailatul qadha ialah:
"Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram)" - hadis riwayat Imam Muslim
"Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadha, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang untuk bintang timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu" - Hadis riwayat Imam Ahmad
"Malam lailatuk qadha bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya (suram)"-Hadis riwayat Waailah bin Al-Aqsa
***
Aku tidak dapat melupakan keindahan malam tersebut. Keindahan yang aku maksudkan bukan keindahan duniawi, tetapi keindahan yang terasa di hati, tiada debar, tiada getaran, melainkan keinginan untuk aku bersatu dengan yang Maha Esa.
Awan ku lihat agak kelabu pada senjanya, dan malam masih dipenuhi bintang. Bercahaya amat indah sekali. Seusai maghrib, pokok-pokok tiba-tiba bergoyang kencang ke kiri dan ke kanan. Dan malam itu, suasana amat nyaman tidak sejuk dan tidak panas. Tidak lama, angin mula berhenti dan suasana terawih malam itu amat mengujakan. Seronok menghayati bacaan iman, aku tidak didesak mahu pulang.
Dalam perjalanan ke rumah, aku masih lagi mengecapi manisnya beribadat tadi. Hati masih lagi tidak lupa mengzikirkan "Allah, Allah". Aku tidak puas beribadat di malam itu. Sampai dirumah, suasana amat sunyi, anak-anak semua sudah tidur.
Lantas dengan wudhu yang masih ada, aku teruskan dengan solat tasbih dan tidur.
Esoknya, cuaca amat redup. Aku menyesal kerana tidur malam tadi!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
mlm ke brp ni ye?
ReplyDelete25 ek?
Malam 23
ReplyDelete