Kerana tuntutan kerja, 4 hari aku berkampung di Renainsance hotel Kota Bharu. Aku sebenarnya tak into sangat tentang kota bahru (kb). walaupun ia adalah jiran negeri aku. boleh dibilang dengan jari aku ke sana.
Renainsance Hotel
1.tinggal di renainsance hotel kekadang buat hati jadi kecut. Bukan kerana ia tiada tingkat 13, tetapi kerana ia dimiliki oleh Kumpulan Marriot, hotel yang selalu menjadi mangsa serangan bom. Kalau ditakdirkan berlaku perkara itu?
2. Tinggal di hotel renainsance hotel beri satu pengalaman baru. 3 kali elektrik bilik aku 1624 padam. padam kali pertama kerana lampu tidur rosak. Setiap kali lampu itu di on kan, pasti blackout bilik aku dan perlu menunggu techician hotel menukarkan fius. kejadi ini berlaku 2 kali.
3. Selepas balik dair meronda-meronda sekitar hotel, aku cocok kad eletrik, hasilnya eletrik tak menyala kecuali lampu bilik air. Telefon memohon bantuan. aku diajar cara-cara menyalakan eletrik. Cara-caranya ialah masukkan kad ke dalam lobangnya dan butang tekan retry. dan terimakasih. hati jadi bengkak. Tambahan pula senja semakin hampir gelap mula menyelubungi bilik.
4. Aku turun ke lobby dan memberitahu perkara yang sama. Receptionist mencari satu bilik lain. Kebetulan ada pulak seorang lelaki lain sebelah situ yang juga meberi cadangan yang bodoh. katanya "kad dah letak belum? dah tekan butang retry tak?". Aku tak mahu bersopan lagi."Ini bukan kali pertama ku aku dihotel lah" kata ku.
5. Bilik kosng telah dikenalpasti. Aku memberitahu, kalau hantar technician dulu lagi bagus kerana aku tidak sanggup mengemaskan kain baju yang sudah seprti tongkang pecah di waktu senja yang aku tak nampak apa-apa dalam bilik.
7. Technician datang, tukar fius, semua selesai!
Kota Bharu
1. Pada kacamata aku, kota bharu adalah seperti Kampung Baru KL dimana yang lama terselit diantara yang baru berselang seli. Mencari sarapan pada waktu pagi amat susah sekali (cafe hotel menyediakan sarapan dengan harga RM35 sekepala). Tapi tinjauan dari tingkat atas hotel membantu mengenalpasti lokasi warung pagi.
2. Aku digempurkan dengan Pasar wakaf Che yeh yang hebat, dengan harga jualan yang murah, mungkin suku dari harga pasaran. Pasar ini bermula dari pukul 8 malam hingga 3
pagi.
3. Selepas program kami berkonvoi ke sana. Indah khabar dari rupa. Tidak sebagai yang ku sangka. Betul! Pelbagai barang ada di situ, dari baju fesyen terkini, sutra-sutra serta ubat-ubat kuat untuk lelaki yang tak kuat. Iphone dengan harga rm380. Bush Jacket jenama boss dnegan harga rm55, "masih boleh ditawar" kata tuan empunya kedai. Serta beras-beras siam yang dibawa melalui lorong-lorong tikus dijual dengan bebas. Baju fesyen terkini jenama popular antarabangsa, toto untuk tidur, cincin lelaki sebesar ibu jari kaki. Semua ada disitu. Tapi aku rasa tertipu sebelum sempat aku membeli apa-apa!
arhg KB, ada masa, aku singgah lagi disitu!