Tuesday, September 29, 2009

Keadaan Kembali Normal

Setelah 2 minggu bandaraya yang aku huni mengalami kesesakkan yang teruk. Dimana-mana sahaja orang ramai beratur panjang menunggu giliran. Nasib baik kualiti kehidupan sudah meningkat, tiada lagi bersesak-sesak menggunakan kudrat untuk menjadi pilihanatau dan mendapat perhatian.

2 minggu lepas, jalanraya juga sibuk dengan pelbagai kenderaan baru dan lama serta pelbagai gaya memandu yang mungkin membawa kepada kata-kata pujian atau kata-kata hinaan. Termasuklah deretan panjang di simpang-simpang yang bertrafik light atau pun tidak.

2 minggu lepas, kedai-kedai juga sibuk dengan pelanggan. Kalau sekadar nak menjengah baik tak payah. Apa lagi nak bawak keluarga window shooping baik duduk rumah. Semua orang membeli sakan, macam esok tiada lagi. Memang betul raya hanya sekali, tetapi berhemah lah membeli.

Hari ini, kekecohan itu sudah tiada, aku boleh menderu laju di jambatan sultan mahmud. Masih lagi sempat mengejar lampu hijau di mana-mana simpang. Dan paling best, tak banyak masa diperuntukkan untuk memandu.

Suasana sudah normal kembali!

Monday, September 28, 2009

servis biasa

beli minyak + oil filter = rm100
beli ATF SP3 cap mitsubishi rm98
servis charge Rm10
---
RM1791 + 208 = RM1999

Sunday, September 27, 2009

servis econ

Sejak servis aircond dengan syarikat melayu di gong badak sebelah dengan roadcare, econd kereta aku tidak begitu sihat dan memberangsangkan. Aku couunter check dengan pomen econd di kerteh paka. Jawapan beliau meningkatkan buruk sangka aku kepada syarikat melayu tadi.

Pomen peribadi aku merekomenkan Syarikat Lim untuk servis ekon seterusnya.

Sekarang econd kete kembali normal dan hampir dah macam peti sejuk.

-------
rm1358 + rm433 = rm1791

Saturday, September 26, 2009

Mat Ganu

Terima sms dari seorang sahabat lama.

"Assalamualaikum Mat Ganu, ke kena panggil Rabiei sekarang?....."

Aku jawab

"W'salam, yup memang tak suka!..."

Makna Melayu

Meminjam kata-kata Usman Awang dalam sajaknya yang bertajuk melayu

"Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)"

Manakala mengikut perlembagaan persekutuan artikel 160 melayu didefinisikan sebagai:

" “Melayu” ertinya seseorang yang menganut ugama ISLAM, lazim (habitually) bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan

1. lahir, sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada Hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; dan

2. ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.

(Mat Kilau Jr LLB - www.umno-reform.com)

********************8

Sudah pasti nanti akan ada pelbagai sub kategori melayu yang tidak pernah terlintas di fikiran antaranya ialah:

negro melayu -- lelaki negro + pempuan melayu, mungkin tiada melayu negro kerana tiada pompuan negro nakkan lelaki melayu. "kecik" kata mereka dalam majalah mustika

bangla melayu - lelaki bangla + pempuan melayu, mungkin juga tiada melayu bangla kerana tak pernah jumpa lagi bangla pempuan.

nepal melayu - lelaki nepal + pempuan melayu,

melayu vietnam mungkin ada sebab pompuan vietnam ramai keje kilang, tapi kena adjust lah sikit.

************

ketika ini aku tak tahu apa akan terjadi kepada melayu asli. Sejarah pasti akan berulang apabila melayu proto dihalau/lari ke dalam hutan kerana kedatangan melayu duetro yang lebih tinggi darjatnya (pada pandangan mike). Tunggulah gelombang ketiga. Sekali lagi melayu jati yang penuh adat sopan, penuh budaya, jenis suka membantu orang sehinggakan orang mintak betis diberi peha amcam bohsia tu, atau jenis anak kera diberi susu, anak sendiri dibiarkan, akan terhimpit dan tiada lagi tempat mengadu. Jadilah kita seperti india merah di America.

Kalau tidak dibuat sesuatu, pasti ramalan ( aku sedaya upaya tak mo gunaka,n perkataan ramalan, Tuhan marah) ku jadi kenyataan.

****

ini pendapat aku, tak de kena mengena dengan sesuatu apa pun melainkan pendapat sahaja!



Apa bezanya kita?

Allah berfirman yang bermaksud "yang membezakan kamu ialah amalan".

Apa bezanya melayu dengan cina. Aku pasti tiada bezanya, cina mabuk! ada melayu yang mabuk, cina berzina, ada melayu yang berzina cina jual barang mahal, melayu jual barang lagi mahal. Argh! banyak persamaannya.

Apa beza melayu islam dengan cina. Banyak bezanya!

***
Aku memilih untuk servis aircond di kedai cina, kerana aku memang sudah tahu ia lebih mahal. Tak perlu disangkal lagi. Tetapi aku takut sekali ditipu oleh bangsa seagama sendiri yang bertopengkan saudara sebangsa!

Monday, September 21, 2009

Bekki Bumper

Hasil dari tukar bateri kereta aku telah bertemu jani dengan pomen untuk membetukan bumper belakang kereta yang kemek. Pandai jugak pomen nie cari pelanggan.

Aku sudah berkereta kemek ini sudah hampir 2 tahun. Bukan aku tidak mahu membetulkannya. Aku tiada masa sebenarnya, dan paling penting kereta ku masih berjalan walaupun kemek.

Tapi, kerana raya sudah nak tiba, dan tiba-tiba aku ada masa, jadi aku pun membawa kereta ku untuk dibetulkan kemeknya.

Pomen menggunakan alat berteknologi tinggi yang dikenali sebagai 'hair-dryer'. aku tidak sangka sama sekali alat ini digunakan dengan meluas dalam industri automotif.

Setelah mengenakan haba 'hair-dryer', bumper akan lembut, ketika itulah pomen akan membentuk semula bumper kepada bentuk asal. Supaya ia kekal, penyejukkan segera dilakukan dengan menuang air ke bahagian bumper yang panas tadi.

Pomen mengulang-ulang hampir 45 minit.

"berapa semua nie?" aku tanya, "RM5, cukup ah, bila nak cat nanti kita buat lagi sekali" katanya
--------------
rm1353 + rm5 = rm1358

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya 2009

Hari ini amat indah sekali. Dengan tarikh yang amat indah iaitu 20092009, sesiapa pun tak kan lupakan tarikh hari ini yang bersamaan dengan 01101430. Hari yang indah untuk peristiwa yang hebat. Selepas sebulan berpuasa, mulut, mata, telinga, hati dan perasaan serta perbuatan dengan anggota badan. Akhirnya kita meraikan kemenangan itu. Kalau pun jika bukan kemenangan yang diraikan, tetapi hari ini telah ditetapkan oleh Pencipta sekalian alam untuk menyambutnya dengan gembira.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

Kereta Ku Merajuk Lagi

setelah bersiap secukup rasa, kopiah sudah di kepala, sesuai utuk berjumaat. aku pun menghidupkan kereta. Argh! bunyi baterinya lemah sekali, bateri kong lagi agaknya. Aku menekan punat tingkap, ia bergerak amat perlahan. Aku cuba menghidupkan semula enjin, masih lagi gagal. Menguatkan lagi telahan ku.

Aku masuk dan tido!

Pukul 3 aku bangun dan menghubungi seorang kawan supaya dapat mencari sebutir bateri dan 'jumper'. Dia datang dengan bateri sebuah kereta yang ditinggal di workshop dan sepasang jumper.

Lantas enjin dihidupkan, setelah 30 minit berlalu. enjin dimatikan, dan dihidupkan semula. Keadaan kembali seperti tadi. Sah! bateri sudah kong!

Keretaku mau duit raya! Terbanglah duit sebanyak Rm180 untuk sebuah bateri baru. Kalau tidak bagaimana aku mahu beraya dua hari lagi.

total belanja kereta = 1173 + 180 = rm1353

Friday, September 18, 2009

Innalllillah

Daripadanya kita datang, kepadanya kita kembali. Bersemadilah dengan aman!

Thursday, September 17, 2009

Lailatul Qadhakah?

Antara tanda-tanda lailatul qadha ialah:

"Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram)" - hadis riwayat Imam Muslim

"Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadha, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang untuk bintang timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu" - Hadis riwayat Imam Ahmad

"Malam lailatuk qadha bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya (suram)"-Hadis riwayat Waailah bin Al-Aqsa

***

Aku tidak dapat melupakan keindahan malam tersebut. Keindahan yang aku maksudkan bukan keindahan duniawi, tetapi keindahan yang terasa di hati, tiada debar, tiada getaran, melainkan keinginan untuk aku bersatu dengan yang Maha Esa.

Awan ku lihat agak kelabu pada senjanya, dan malam masih dipenuhi bintang. Bercahaya amat indah sekali. Seusai maghrib, pokok-pokok tiba-tiba bergoyang kencang ke kiri dan ke kanan. Dan malam itu, suasana amat nyaman tidak sejuk dan tidak panas. Tidak lama, angin mula berhenti dan suasana terawih malam itu amat mengujakan. Seronok menghayati bacaan iman, aku tidak didesak mahu pulang.

Dalam perjalanan ke rumah, aku masih lagi mengecapi manisnya beribadat tadi. Hati masih lagi tidak lupa mengzikirkan "Allah, Allah". Aku tidak puas beribadat di malam itu. Sampai dirumah, suasana amat sunyi, anak-anak semua sudah tidur.

Lantas dengan wudhu yang masih ada, aku teruskan dengan solat tasbih dan tidur.

Esoknya, cuaca amat redup. Aku menyesal kerana tidur malam tadi!

Sunday, September 13, 2009

Mencari Lailatul Qadha

Kata Rasulullah, carilah ia di malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir.

Kata Al-Ghazali, kalau puasa bermula pada sabtu, lailatul qadha ialah pada malam ke 23.

Kata Ulamak , lailatul qadha ialah pada malam 27

Kata saintis islam, kerana ejaan lailatul qadha itu 9 huruf dan perkataan laitul qadha ada 3 kali dalam surah berkenaan maka malam lailatul qadha ialah 9 x 3 = 27 . Betulkan aku jika aku salah.

Kata Ahli Hakikat, aku tidak mencari lailatul qadha, tapi dia yang datang mencari aku!

Friday, September 11, 2009

Kakitangan Kerajaan Sweden Diharamkan Guna Facebook

Kerajaan sweden mengambil langkah drastik dengan mengharamkan kakitangan awam mereka dari mencapai Facebook. Tindakan ini dilakukan setelah mereka tidak mendengar arahan untuk tidak menghabiskan masa di laman tersebut.

Walaupun begitu, jabatan yang mempunyai keperluan untuk menggunakannya boleh merayu. Buat masa sekarang hanya Kementerian luar sahaja yang dibenar.

*cedok dari utusan

********
Ha ha ha, kelakar jugak kerajaan Sweden ni. Kerajaan kita bila pulak nak buat benda ni?

Tuesday, September 08, 2009

Kepercayaan yang kita sandarkan

Setiap kali kita berusan di kaunter terutamanya kaunter bank, pejabat pos atau pendek kata kaunter-kaunter yang melibatkan entiti wang sudah pasti kita akan mengadap kerani kaunter, manakala kerani kaunter akan mengadap komputer. Kita jarang sekali dapat melihat ke komputer untuk melihat apa yang dilakukan oleh kerani kaunter.

Semenjak dua menjak ini, banyak kes kehilangan wang dari buku akaun. Tetapi tidak pernah didengari kerani bank dituduh mengambilnya. Aku cuma merasa sedikit was-was dengan kerani bank zaman sekarang. Ada sesetengah mangsa yang kehilangan wang tidak pernah menggunakan internet, akuan perbankan internet pun tak ada. tetapi wang tetap hilang.

jadi alasan untuk mengatakan wang mereka di curi di internet adalah tidak munasabah sama sekali. Orang yang paling dekat dengan mereka ialah kerani kaunter yang menguruskan keluar masuk wang mereka dengan menggunakan sistem komputer.

Kalaulah ketika borang kemasukkan wang diberikan oleh pelanggan, tetapi kerani akaun cuma mencetakkan dummy dikertas tersebut, pelanggan tetap akan pulang dengan senang hati kerana kepercayaan telah diletakkan kepada juruwang yang bertugas. Malang lagi jika, deposit yang dimasukkan disonglap dan transaksi pengeluaran wang pula di lakukan. Sudah batuk ditimpa tangga jawapannya. Perkara ini hanya disedari setelah sebulan dua kemasukkan tersebut dan salinan resit pulak hilang. Nak report ke polis pun dah macam tak de kes kerana tak de bukti yang kukuh

Dunia hari ini, memungkinkan segalanya boleh berlaku. Kekangan ekonomi, desakan kehidupan membolehkan perkara ini terjadi. Elok juga kalau kaunter dapat menunjukkan apa yang berlaku di komputer juruwang.

Eloklah berurusan di mesin, mesin tak pandai menipu!

Saturday, September 05, 2009

Siapa Lebih Mulia?

Nasrani berkata "Aku bersyukur kepada Allah walaupun sebagai Nasrani kerana Nasrani lebih mulia dari Majusi"

Majusi pula berkata "Aku juga merasa amat syukur kepada Allah, walaupun dilahirkan sebagai Majusi, tetapi aku masih lebih mulia dari orang kafir"

Kafir pula berkata "Aku juga bersyukur kepada Allah walaupun kafir kerana ia lebih mulia dari seekor anjing"

Anjing pula berkata "Aku juga bersyukur walaupun sebagai seekor anjing kerana aku lebih mulia dari seekor babi"

Babi pula berkata "Aku juga bersyukur walaupun sebagai seekor babi kerana aku lebih mulia dari orang yang tidak solat"

***

Siapa yang kafir?
Siapa yang lebih mulia?

Aku dan Linux

Aku tidak pernah membenci Linux. Walaupun aku menggunakan Window, hati ku masih pada Linux. Ada sesuatu pada Linux yang sangat istimewa. Aku dapat rasa keistimewaan itu. Malangnya, aku gagal mentafsirkan keistimewaan itu lantas mencampakkan Linux ke sisi.

Akhirnya aku berpijak di bumi nyata. Aku dan linux mana mungkin dipisahkan. Aku dan linux ibarat irama dan lagu, seperti laila dan majnun. Tiada salah satu pasangan, akan mengundang kecewa dihati jawapannya.

Dan kembali aku mengutip Linux di tempat ia tercampak. Kali ini, aku akan menjaganya dengan baik, mendalaminya agar aku dapat fahami keistimewaan yang tersirat itu. Hingga aku jadi orang alim linux.

Thursday, September 03, 2009

Mencari Seorang Isteri

Kata filosof :

Alu tidak inginkan wanita yang cantik kerana nanti orang lain akan memburunya.
Aku juga tidak inginkan wanita yang hodoh supaya hatiku tidak merasa meluat dan benci.
Aku tidak inginkan perempuan yang pendek kerana nanti aku akan terpaksa menundukkan kepalaku kepadanya.
Aku tidak mahukan wanita yang gemuk kerana nanti akan tersekat kepadaku hembusan bayu
Aku juga tidak mahukan wanita yang ramping kerana nanti aku akan mencintainya dalam khayalanku.
Aku tidak mahu yang putih seperti lilin dan hitam seperti bayang-bayang.
Aku tidak mahu wanita yang bodoh yang tidak memahamiku.
Aku juga tidak mahu yang terpelajar yang bertikam lidah denganku
Aku tidak mahu yang kaya yang berkata ini harta aku, itu milik aku
Aku juga tidak mahu yang fakir yang akan membuat anak-anak ku bernasib malang

Wednesday, September 02, 2009

Buku Kedua Tahun Ini

Aku berjaya menghabiskan sebuah buku yang bertajuk Rahsia 7. Di dalam buku ini dihuraikan rahsia 7 hari di mana diceritakan 7 peristiwa besar bagi setiap hari tersebut.

Beberapa orang yahudi mengadap Rasulullah dan berkata " Ya, Muhammad, ceritakanlah kepada kami apa yang telah diciptakan Allah pada hari-hari dalam seminggu?"

Rasulullah S.A.W menjawab " Pada Hari Ahad, Allah menciptakan langit dan bumi, Pada hari isnin, Allah menciptakan gunung-ganang. Pada hari selasa, Allah menciptakan bintang. Pada hari rabu, Allah menciptakan cahaya. Pada hari khamis Allah menciptakan syurga dan neraka, Pada hari jumaat Allah menciptakan Adam dan Hawa"

Orang yahudi itu berkata " baginda benar, apabila baginda sempurnakan jawapan tersebut".

Rasulullah bertanya " Apakah kesempurnaan itu?"

Yahudi menjawab "Ketika Allah menyempurnakan penciptaan langit dan bumi, maka Ia duduk bersandar dengan menyilangkan kedua-dua kakinya dan beristirehat, dan itu terjadi pada hari sabtu. Itulah sebabnya kami jadikan hari sabtu sebagai hari raya kami dan kami berehat pada hari itu"

Mendengar perkataan yahudi , Rasulullah sangat kecewa. Maka Allah pun menurunkan wahyu.

" Dan sesungguhnya kami telah ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya dalam enam masa dan kami sedikit pun tidak ditimpa keletihan " - Qaaf:38)

-------------------------

Aku berkata dalam hati, yahudilah punca semua kerosakkan di muka bumi. Pandai mereka hanyalah untuk menunjukkan keupayaan mereka menandingi kuasa Allah

Tuesday, September 01, 2009

Bulan Makan

Bulan puasa ialah bulan untuk kita menahan lapar dan dahaga, dan menahan nafsu serakah dari bermaharajalela dalam diri, ia termasuklah menahan zina mata, perbuatan atau mendengar yang tak elok. Pendek kata, lebih baik tido kalau berperasan membuat perkara-perkara lagho begitu.

Bulan puasa juga ialah bulan makan, selain dari jejak rasul yang aku selalu miss, yang menceritakan hal-hal sejarah berkaitan agama tiada cerita lain untuk mengimarahkan bulan pose selain dari citer makan.

cerita masak memasak adalah agenda utama kebanyakkan TV di dalam bulan poser ini. Tengoklah TV apa pun, agenda utama dibulan puasa ini ditumpukan kepada aktiviti makan. Selain dari memaparkan cara memasak yang sudah pasti untuk dimakan, ada juga stesyen yang menunjukkan orang meronda ke pasar-pasar untuk mencari makanan, dan sudah pasti juga untuk makan. Ditambah pula dengan iklan-iklan produk tertentu yang menggunakan latar belakang berbuka puasa sebagai alat mereka menyampaikan propaganda masing-masing. Dan sudah tentu ini juga untuk makan.

Ironiknya dengan nama bulan puasa.

Matematik mudah

satu campur dengan satu, jawapannya ialah dua. jika satu tidak dicampurkan dengan satu, maka tiada penambahan dalam hasil tambahnya. itu juga bermaksud, kalau satu dicampurkan dengan satu dan jawapannya adalah dua, maka ada penambahan dalam hasil tambah tersebut, iaitu peningkatan dari satu kepada dua.

itu pun tak faham ke?

DIY1000 - Panasonic Water Pump

  Haaaaaaa kat atas tu, adlah dua bende yang aku amik dr atas dan diganti dengan yang baru. Yang biru tu namanya tangki tekanan tinggi. Ada ...