Thursday, January 29, 2009

Mahkamah Agung Peringkat Hostel

Mahkamah 1

Seantero hostel telah kecoh dengan kecurian yang semakin menjadi-jadi. Satu sindiket telah dirancang untuk memantau kecurian yang semakin menjadi-jadi itu. Aku yang ketika itu sangat rapat dengan Ting6 sangat aware tentang perkara itu dan menyimpannya sebagai rahsia besar. Taktik yang digunakan sangat mudah. Pastikan ahli sindiket memantau Si Malim di dalam locker di setiap dorm.

3 hari setelah sindiket dijalankan, berita gembira dihebahkan dikalangan dorm atasan. Si Malim Durjana telah dikenalpasti. Dan tiada syak wasangka lagi. Selama ini, yang empunya dirilah yang membuat onar mengakibatkan kerugian puluhan ringgit. Budak hostel mana ada duit banyak-banyak? Malam itu, aku turut sama disitu menjadi pemerhati. Pelajar ting 1 nak buat apa? Duduk diam je lah.

Selepas "prep" selepas "supper" , Si Malim pun dipanggil ke bilik 6 jahanam (sheriff yang melantik diri sendiri sebab pihak yang dilantik pihak sekolah tak mau bertanggungjawab dan takut) dan disoal siasat. Sebelum itu, Si Malim ditelanjangkan, yang tinggal hanya spender. Dengan pelbagai teknik yang dipelajari melalui siri penyiasatan dalam TV termasuklah "jeck" di perut dan "starlight" di dahi. Akhirnya Si Malim mengaku salah dan mengeluarkan saki baki duit yang gagal dibelanjakan dan barang-barang curi yang belum sempat dijual.

Hukuman pun dijatuhkan. Malam itu, Si Malim dibiarkan berdiri di atas kerusi di bawah kipas dengan hanya bertuala mandi sehingga pagi. Dahinya ditulis, "aku pencuri!!"

Sunday, January 25, 2009

Duit Pinjaman JPA Aku Yang Pertama

Selepas 2 bulan aku menjadi tukang masak nasik dan tukang beli lauk. Akhirnya berita yang ditunggu-tunggu pun tiba. Duit loan sudah masuk akaun!!!!!!! Selepas dari tarikh aku dapat loan ini, aku telah dinaikkan pangkat sama level dengan diaorang semua. Kerana status naik pangkat ini, satu jadual telah digubal supaya ahli memasak nasik mengikut giliran (atau ada sebab untuk marah kepada ahli yang tak mau masak nasik). Alangkah seronoknya kehidupan aku. Tapi kadang-kadang aku tak ikut jadual pun sebab aku masih terbiasa dengan kerja kerja dulu lagi pun aku ialah orang yang mengenang budi.

Itulah pinjaman pertama aku dengan kerajaan (sampai sekarang aku tak habis lagi bayar). Jumlahnya ialah RM7500 jer untuk 3 tahun. Amat jauh beza jumlahnya dengan pinjaman sekarang. Selepas ditolak yuran universiti dan yuran asrama dapatlah sedikit baki untuk hidup di perantauan tanpa membebani sesiapa pun. Aku amat berusaha untuk menjaga agar tidak membebani sesiapa pun.

Tetapi, bayangkanlah, sudah lama aku tidak memegang duit. Hati meminta aku shopping. Selepas dicongak dan dikira, akhirnya aku pun bersedia untuk membelanjakan duit tersebut untuk mengembirakan hati sendiri. Selepas berbincang dengan Atan (beliau ada motosikal Honda Raider, udah cukup besar pada waktu itu), beliau bersetuju untuk membawa aku ke Pertama Complex (sini je lah yang glamor sikit pada waktu dulu, sogo belum ada lagi) untuk shooping.

Pada hari yang dijanjikan, aku pun bertolak ke Kay El. Itulah kali pertama aku keluar dari kampus sejak aku mendaftarkan diri pada hari pendaftaran dulu. Dan itulah kali pertama aku keluar ke Kay El selepas pendaftaran dulu. :D Kolotnya aku! Rupanya si Atan ini adalah kaki rempit. Kecut perut aku dibuatnya, sebab nyaris nak langgar divider jalan potong bas tak lepas.

Berdiri di hadapan Pertama Complex ketika itu, aku menarik nafas panjang. Melepaskan serabut dikepala dan mungkin sebuah alhamdulillah. Memandangkan aku tiada kasut, aku beli sepasang kasut kulit high cap warna biru muda. Kemudian aku sambar sehelai seluar jean levis pun warna biru muda dan aku turut angkat sehelai kemeja western design ada dua poket kat depan, butang kilat warna biru gelap. 

On the way balik, Atan mau singgah kat kedai moto jalan chow kit. Aku tak into sangat pakai helmet ,so, aku bukak helmet dan letak atas meja kat kedai moto tu (kaunter kedai moto bukan ke panjang dan diletak kerusi macam bar, so customer bolehlah duduk dimana-mana kerusi). Kemudian Atan ajak singgah Masjid Kg Baru semayang maghrib. Sampai masjid, Atan mintak helmet dengan aku, untuk di kunci pada motor (untuk langkah keselamatan). Alamak, satu lagi sejarah tercipta, aku telah membonceng motosikal dari chow kit ke Kg Baru tanpa helmet. Patut lah, aku rasa orang asyik pandang masa bergerak tadi!! Nasib senja dan tak kantoi dek bapak polisi.

Aku dengan Atan gelak-gelak kat situ sampai keluar air mata. Atan pusing balik amik helmet. Lepas semayang, kita orang balik hostel.  

******* 

Baju dan seluar aku beli tu aku pakai sampai rabak. Tapi kasut tu tak sempat rabak sebab kena sapu waktu maghrib ketika aku dan kawan-kawan berbuka puasa di rumah sewa. Sempat lah aku melaram kasut tu dalam 3 semester.

Thursday, January 22, 2009

Atan Akan Ghaffar

Atan, Akan dan Ghaffar ialah 3 orang manusia yang aku pernah jumpa.

Atan dan Ghaffar aku jumpa masa aku kat UPM.

Atan ialah pelajar tahun akhir ketika aku tahun satu. Beliau pelajar diploma pertanian. Encik Atan memang seorang yang peramah dan senang di dekati. Tapi aku mengenali Encik Atan ini kerana beliau yang mengajak aku join 'club' diaorang.

Ketika aku tahun satu di universiti. bekalan kewangan yang dibawa hanyalah cukup untuk pendaftaran (dulu-dulu tak ada yang boleh daftar dahulu dan bayar kemudian, kalau tak ada duit memang tak gi daftar punya) dan makan dalam tempoh yang singkat. Baki terakhir duit yang aku ada aku gunakan untuk membeli mee segera yang paling murah dalam kuanti yang banyak supaya aku dapat terus hidup di kolej lima itu.

Jangkaan ku, duit pinjaman akan dapat awal ternyata meleset. Mee segera yang aku tempah hampir habis. Dan selepas itu, aku akan mengikat perut dan pergi ke kuliah seperti biasa.

Tapi, rezeki Allah memang tidak diduga. Ada juga orang-orang baik atas muka bumi ini. Di saat itulah, roomate aku menawarkan satu tempat di 'club' diaorang. club ini bukan club underground, tetapi club makan nasik secara topup. Aku cakap aku tak ada duit untuk bayar bagi bulan-bulan akan datang. Diaorang cakap tak apa dengan satu syarat, aku boleh makan dengan club ini tetapi aku kena memasak nasi (menggunakan periuk nasik elektrik) dan membeli lauk di cafe. Dengan syarat yang amat remeh itu, aku terus bersetuju. Sebelum aku join, club nie memang 4 orang, tapi sorang kuor di saat aku dalam kesusahan. jadi sebab tu lah diaorang ajak aku. 3 orang tu terdiri dari Atan, asri (roomate aku) dan fushairi (seme nama sebenar).

Atanlah sifu dihari pertama aku bertugas. Ajar aku masak guna periuk nasi elektrik dan temani aku gi cafe beli lauk.

*** 2 minggu lepas seorang kawan hantar mesej mengatakan dia hampir memperolehi no tepon Atan, tapi akhirnya tak dapat sebab org yang dijangkakan boleh beri nombor tu telah kehilangan nombor si Atan

Jadi Atan ialah orang nombor 2 yang aku nak jumpa selepas Pakcik Ramli dalam contact kawan-kawan lama.

*************
Ghafar pun sama seperti Atan. Pelajar tahun akhir yang baik hati. Pun sama dalam bidang pertanian. Beliau orang yang amat kuat berjihad dalam dakwah. Beliau selalu keluar tabligh. Beliaulah yang selalu mengajak aku keluar tabligh. Dan akhirnya aku pun turut sama berjemaah tabligh. Aku tak memusuhi beliau.
Betapa pada hari ini, aku memuji-muji akan Encik Ghafar ini kerana ketablighan beliau. Jika tiada orang seperti beliau, pasti tiada aktiviti ingat memperingati dalam agama.

Satu cerita menarik tentang Ghafar ialah beliau mengajak aku pergi ke perhimpunan Tabligh yang diadakan di Kubang Bujuk Kuala Terengganu. Aku bersetuju sebab memang dah negeri aku. Tapi ada niat dalam hati aku nak lari balik kampung. Aku beritahu Ghafar aku nak balik kampung lepas tu aku datang lah balik ke perhimpunan tersebut. Mungkin beliau boleh baca hati aku. Beliau cakap biar dia ajer yang hantarkan aku balik kampung, dan selepas itu bolehlah datang balik dengan dia naik moto kapcai. Dan itulah yang berlaku sebenarnya.

Tak tau lah di mana Ghafar sekarang?

************

Akan pulak aku jumpa masa kat TNB. Dia nie pernah jadi ketua komunis dalam cerita "Di Mana Bumi Di Pijak". Citer selalu lah keluar ketika nak sambut ulangtahun kemerdekaan. Kiranya beliau nie cam pelakon popular jugak lah jugak lah. Beliau nie ada misteri sikit. Selalu jugak hilang waktu ofis. Dan beliau adalah satu batch dengan Encik Ramli (Baca posting yang lepas).

Pada pandangan aku, Akan Osman nie rupanya orang yang hebat jugak ilmu programmingnya. Cuma usia membuatkan beliau udah hilang semangat. Aku melihat beliau hanya membilang hari menunggu saat-saat pemencenan.

Walaupun begitu, aku sempat jugak mengikut Akan Osman nie. Beliau suka memancing, sebagai orang bujang aku tak de bende nak buat, so satu hari beliau mempelawa aku pergi memancing kat stesyen TNB Kapar Klang. Aku pun pucuk dicita ulam mendatang. terus setuju tanpa apa-apa bantahan. Tetapi malangnya beliau tak mau masuk ke seksyen 19 Shah Alam di mana aku tinggal. Oleh kerana aku nak pergi jugak, aku suruh kawan aku hantar aku ke tepi Lebuhraya persekutuan dan menunggu encik Akan di tepi highway tersebut. Bahyer punya keje. Aku menunggu lebih kurang 1 jam setengah kat situ. Bayangkanlah perasaan aku waktu menunggu itu. Sikit punya marah dan poyo.

Pernah satu hari aku cuba cari Encik Akan di internet. Keyword yang aku guna ialah Akan Osman. Punyalah susah nak sort dan banyak giler. Tak percaya cubalah!



Tuesday, January 20, 2009

Ramli Shamsuddin

Page ini seolah-olah sebagai my tribute (beliau belum meninggal) to him as my friend and guidance.

Aku mula mengenali beliau ketika berada di Tenaga Nasional Berhad. Aku tak tau lah kenapa aku jadi rapat dengan beliau sedangkan perbezaan umur aku dengan beliau sangat ketara.Tapi seingat aku, aku dan beliau adalah satu team programmer masa projek FMIS under TNB.  2 tahun aku duduk sekantor dengan beliau. Tapi usia tidak membataskan aku menjadi kawan beliau. Banyak aktiviti beliau yang melibatkan aku. 

Mungkin sebab orang lain kelihatan sangat sombong pada aku, atau aku dilihat sangat kampung sehingga orang lain tak mahu dekat dengan aku. Tapi tak mengapa, nasib baik ada Pak cik Ramli ini.

Kalau beliau nak mengulor, beliau mengajak aku. Kadang dibawanya sehingga ke Pertama Complek. Kadang-kadang tu sehingga ke Damansara. Entahlah aku pun kadang-kadang tak tau ke mana dia ajak aku. Tetapi yang paling aku ingat ialah beliau yang memperkenalkan aku dengan mee soto paling popular di Pantai, belakang Telekom. Sampai sekarang aku suka makan mee soto. Satu lagi tempat yang aku ingat akan beliau ialah mee rebus mamak kat jalan masjid India. Mee rebus mamak nie di jual di depan kedai cina jual arak. Selalu lah jugak beliau ajak aku makan kat situ. Mula-mula aku makanlah, nak jaga hati beliau, tetapi memandangkan meja dalam kedai tempat orang mabuk, lama kelamaan aku jadi serabut. elok bungkis je lah makan kat opis. Tapi bila Kadang-kadang beliau ajak aku makan nasik kat rumah dia. Yang baik pun ada jugak dia ajak aku, contohnya pergi semayang kat masjid bangsar. 

Aku malu dengan Pakcik Ramli ni. Sebab yang pertama beliau selalu belanja aku makan. Kalau gi makan makan kat mana-mana beliau lah yang selalu belanja aku. Tak sempat aku nak keluarkan duit, dia dah settlekan. Macam duit aku duit cap pisang jer dia buat.

selepas aku kuor dari TNB aku nak sangat contact beliau, tapi aku tak ada nombornya. Dengo citer beliau sudah pencen sekarang.  Lagi lah susah mau cari dia. Harap dia bergembira dalam kehidupan dia sekarang dan dibawah rahmat Allah selalu.

Beliau ialah orang paling gua nak jumpa sekarang dalam context kawan-kawan. :D



 

 

Sunday, January 18, 2009

Hijrah itu..

Hijrah itu pengorbanan..
Hijrah itu Perjuangan..
Hijrah itu persaudaraan..
Hijrah itu membentuk perpaduan..

Saturday, January 17, 2009

Aku dan Gadget

Dunia hari ini adalah dunia gadget. Ada bermacam-macam jenis gadget yang dicipta untuk memudahkan kehidupan. Tetapi the impressive one and still impressive pada pendapat aku ialah java enabled mobile phone.

Pada pandangan aku, mobile phone bukan sahaja untuk telecommunications tetapi ia juga adalah multi purpose device. Banyak lagi software yang belum dibangunkan untuk mobile phone.

Justeru itu, aku selalu membayangkan untuk membangunkan software untuk mobile phone. Software yang aku bayangkan bukanlah software untuk applikasi yang hebat tetapi sekadar untuk memudahkan kehidupan dan tidak memerlukan kuasa pemprosesan yang besar dan yang paling penting ialah "ia adalah untuk kegunaan harian".

Kegunaan harian yang aku selalu bayangkan ialah menukarkan mobile phone menjadi guided kepada zikir harian, pada masa yang sama jugak mobile phone akan menjadi tasbih. Pengguna hanya memicit butang tertentu.

Tetiba rasa nak main badminton, mobile phone boleh ditukar untuk menjadi kertas mata permainan. Tak best ke gitu. Nak tengok waktu solat, nak kira CGPA, nak kira BMI, nak buat senaman. Banyak lagi sebenarnya expansion ke atas mobile phone software ni.

Semalam aku dah bina satu software untuk telefon, kalau berminat dengan software aku cipta nie bolehlah download di sini , message aku.

**** tiba tiba aku ubah fikiran, korang bolehlah download kat sini

Wednesday, January 14, 2009

Surat Untuk Tuan Mydin

Tuan Mydin yang kaya raya,

Pagi tadi saya cuba masuk ke premis tuan. Malangnya, saya telah diarahkan oleh Mak Guard yang ada di situ supaya menanggalkan jaket korporat yang saya pakai. Daripada menanggalkan jaket kesayangan saya ini, saya rela membeli keperluan saya ditempat lain. Jadi hari ini, Mydin telah hilang sorang pelanggan yang tidak setia.

Memang saya tak mahu menanggalkan jaket saya kerana peraturan itu amatlah ortodok. Apakah rasionalnya disebalik peraturan ini? Adakah semua orang yang memakai jaket masuk ke Mydin semata-mata untuk mencuri? Kalau mencuri pun, berapa banyak yang dia boleh curi dan berapakah kerugian yang akan dialami oleh pihak tuan? Anggaplah aje itu sedekah amal jariah tuan. Lagi pun, apa gunanya Pak Guard2 yang sentiasa memeriksa resit orang yang membeli belah di Mydin itu? Tidak kah kerja mereka untuk menangkap orang mencuri? Ini satu lagi peraturan yang tak masuk akal sebab pemeriksaan yang sambil lewa tetapi bolehlah menakutkan orang yang betul-betul mencuri.

Adakah wajah saya terlalu jahat sehinggakan perlu menanggalkan jaket saya? Kecil hati saya dibuatnya. Sedangkan jika tuan benarkan saya masuk, pasti tuan akan memperolehi banyak keuntungan hari ini kerana dalam jaket saya ada RM2000 yang akan saya gunakan untuk membeli belah di situ. Tapi takdir sudah tertulis, tiada rejeki tuan dari pihak saya. Nak buat macam mana?

Mungkin kalau saya memakai kot, saya akan dibenarkan masuk! Ah double standard jugak guard-guard kat situ.

Akhir kata, tuan pikirlah balik peraturan yang tak masuk akal ini. Ianya sangat ketinggalan zaman, amat jahiliyah dan tidak terkini. Cubalah cari premis-premis yang masih ada peraturan begini, kalau ada pun mungkin di Mydin ajer.


Sekian Terimakasih

Yang Rasa Terhina
SAYA

Sunday, January 11, 2009

Nikmat Iman

Bangun dari tido (kalau layak dipanggil tido kerana mata tidak mahu lelap) pada pukul 4.00 pagi di sebuah resort tanpa bintang di Rantau Abang. Bertinggung di pintu bilik air dengan bertuala, tangan memeluk tubuh, sejuk mencengkam, ku lihat air di pili mengalir, berasap seperti ais. 

Perasaan sejuk itu menyelinap ke dalam hati, dan cuba merajai dan mengawal minda luar kawal. Aku masih bertinggung di situ mencari yang putih di sebalik hitam, mencari yang cerah disebalik yang gelap, mencari yang panas di sebalik yang sejuk. Keputusan sudah ditangan, kali ini aku sudah nekad.

Jirusan air pagi pertama menjamah tubuh, ahhhhhhhhhhhh, sejuk bukan lagi ke sehingga ke tulang hitam, bahkan, lebih hitam dari itu. Jirusan kedua, ahhhhhh, dalam kesejukan itu, aku merasai nikmat, wap dan haba ku rasa ditubuh. Sejuk ini sudah menjadi nikmat. Tiada lagi perasaan berbaur. Aku sangat gembira tanpa sebab.

Keluar dari situ, sayup kedengaran tetamu sebelah mengalunkan ayat-ayat tuhan. 


Saturday, January 10, 2009

Dataran Hock Kee Seng II

Aku sememangnya tidak lagi berminat dengan Hock Kee Seng. Entah apa sentimen yang bermain di hati aku tidak tau. Tetapi dalam ketidak selesaan aku masih mencari keperluan runcit di sana. Kata hatiku kerana TERPAKSA. Kenapakah Sabasun tidak membuka satu cawangan di daerah ku ini? Pasti akan maju.

Malam besar HKS telah kembali. Melalui HKS sebentar tadi, hati sedikit terkejut. Deretan kereta di pakir sepanjang jalan, aku melihat keduniaan di mata manusia hari ini. Selalunya Pemandangan begitu selalunya hanya berlaku ketika aku ke masjid untuk bersembahyang jumaat.

Sebuah viva berjaya menarik minat ratusan umat Gong Badak singgah ke HKS untuk berbelanja lebih dan mencuba nasib. Tetapi tidak solat lima waktu di masjid yang tidak menuntut apa-apa.




Friday, January 09, 2009

Kerpok Gotel

Tetiba rasa nak tulis tentang keropok. Keropok semacam tak boleh dipisahkan dari mulut orang teganu. Jikalau tiba-tiba kecur dimulut nak makan keropok, masa tu jugak nak kena cari. Kalau tak makan maknanya nak cari nahas. Itulah hubungan orang teganu dengan keropok. Atau lebih senang dipanggil kerpok.

Keropok basically made by the combination of fresh fish meat and the sagoo (if i'm not mistaken). Kemudian ditambah pulak dengan perasa mengikut jenis-jenis keropok (owner kilang kropok punya secret resepi). Sebab tu lah keropok ikan jenis sama tapi rasa lain-lain. Ada dua jenis resepi keropok sebenarnya, satu dari jenis banyak ikan dan kurang sagu. Dan satu kagi dari jenis banyak sagu dan kurang ikan.

Tapi yang aku terfikir tadi ialah perbezaan citarasa keropok generasi dulu dengan generasi sekarang tentang keropok. Generasi dulu lebih mementingkan kandungan ikan dalam keropok. Kropok yang mengandungi banyak ikan dikatakan lebih sedap berbanding dengan keropok yang kurang ikan. Keropok jenis ini selalunya kelihatan hitam bila digoreng.

Tetapi generasi sekarang lebih suka keropok yang banyak sagu dan kurang ikan. Keropok jenis nie selalunya sangat rangup ketika memula diangkat dari kuali selepas goreng. Kalau makan masa panas-panas tu, 3, 4 ringit memang tak cukup lah. Rasanya sangat sedap dan seakan-akan makan mister potato. Begitulah sedapnya keropok tersebut.

Tetapi saat celaka akan tiba bila kerpok tersebut sudah menjadi sejuk. Anjalnya lebih kurang dengan tiub basikal. Kata orang teganu " sakit keng lah gonyel keropok jenis nie".

Tuesday, January 06, 2009

Jangan main judi Part III

Petang itu aku diseret oleh ayahku ke pangkal pokok Durian Belanda. Tangan ku di ikat disitu. Aku digodam berkali-kali dengan tali timba. Kemudian ayah ku berlalu. Aku diam sebentar memikirkan nasib diri. Tapi ketenangan itu tidak lama. Ayah ku datang kembali, kali ini dengan hukuman yang aku akan ingat sampai bila-bila. Sebuah sarang kerengga dilemparkan ke sisi ku. Perlahan-lahan kerengga mula menjamah tubuh. Dan terjerit dan terlolonglah aku disitu. Menahan pedih dan gatal digigit kerengga. Menggelepur dan menggelepar menjerit mintak tolong. Adik dan abang hanya melihat aku dihukum sebegitu.

Kata ayah ku. Bukan kerana nilai RM5 aku dihukum sebegitu. Tapi, sikap dan kelakuan ku yang perlu di cantas dan dihapuskan dari hati. Sikap mencuri untuk berjudi mestilah dihapuskan. Kerana itulah aku dihukum.

Terimakasih ayah kerana mengajarku menjadi manusia.

Thursday, January 01, 2009

Jangan Main Judi II

-sambungan-

aku sudah tiada duit untuk bermain tikam lagi. Malam itu aku berbaring di tengah rumah sambil memandang syiling rumah. Sekali-sekala aku memandang baju melayu ayahku yang telah digosok rapi (actually itu ialah baju raya). Sudah lama baju itu digantung disitu. Mungkin hanya akan diusek apabila tiba pagi raya nanti. 

Ilham datang dengan tiba, aku bangun dan mengusha baju tersebut. Wow! ada duit RM5. Kala itu 5 ringgit sudah cukup besar untuk budak belum akil seperti aku. Aku kembali berbaring dan membuat muka tidak berdosa. Aku tertidur dengan idea syaitan itu.

Pukul 10 pagi esoknya aku pun mengadap rakan-rakan lain bermain tikam. Aku lihat dengan air liur yang meleleh. Sungguh seronok melihat rakan-rakan bermain tikam. Tapi aku tidak dipelawa pun. Aku cuba memintak-mintak mohon diberi peluang percuma atau tumpang sekaki dengan kawan-kawan yang sedang asyik itu. Tapi, sikit pun tidak di layan. Sebaliknya aku di halau dengan kata-kata yang buat aku geram dan hilang pertimbangan.

"kalau tak ada duit, jangan main kat sini!" kata mereka. Kata-kata itu membuatkan aku bengang dan mulai dirasuk syaitan. Akal ku tidak lagi waras kerana dihina sebegitu. "tak apa, kejap lagi kau tau lah siapa aku", kata ku di dalam hati. Dendam kepada yang kedekut kepada ku mesti dibalas. Aku pun perlahan-lahan beredar dengan harapan mereka akan kekal bermain di port itu.

Sebentar kemudian, aku kembali kepada mereka. Buah keras ini mesti dipulangkan hatiku berdetik.  Tidak lama menunggu, kawan-kawan ku semuanya kehilangan modal, yang senyum kini hanyalah tokey tikam. Aku lantas memulangkan paku buah kerasku.  "ketepi-ketepi, saper yang tak ada duit jangan duduk dekat, balik lah main kat rumah!" Ah, bangganya rasa hati ku kerana penghinaan tadi telah di balas. Lantas menayangkan duit warna hijau. 

Tidak lama kemudian, muka ku kembali tiada rasa. Duit tadi telah habis!!

-bersambung-
 

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...