Aku sering tertanya-tanya, sejauh manakah Inggeris telah menjelajah "Tanah Melayu" ini.
Dalam keadaan sekarang, untuk sampai ke Cameron Highland adalah satu kepayahan! Bagaimana Inggeris boleh ke sana dan membuka ladang-ladang teh yang sehingga kini masih lagi menjadi milik mereka. Begitu juga dengan emas di Kuala Lipis dan Raub? Kalau sekarang Kuala Lipis dan Raub masih di anggap jauh, apatah lagi pada zaman sebelum inggeris dulu. Tidak lupa juga, Bukit Besi yang pada masa sekarang amat ketinggalan. Tapi masih juga dapat dihidu besinya oleh inggeris pada masa itu, yang kita katakan masih dhaif sistem perhubungannya, apatah lagi sistem komunikasinya.
Itu yang selalu aku tertanya-tanya?
Sudah tentu inggeris sudah pun menghantar James Bond terlebih dahulu ke Semenanjung Tanah Melayu untuk melihat dan melaporkan tentang kekayaan hasil bumi yang ada di Tanah Melayu ketika itu. Dan mungkin juga di atas nama kajian sosial, mungkin atas nama sains sosial, kajian tentang sifat orang-orang melayu pun dilakukan. Dan ini sudah pasti dilakukan bertahun-tahun sebelum inggeris mula bertapak di tanah melayu. Seterusnya sehingga kedatangan Encik Francis Light.
ke Pulau Pinang. Mungkin sudah ada penjelajahan awal dari pihak inggeris yang tidak dinyatakan dalam buku. Kita tidak tahu!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment