Menanti satu detik berlalu ketika itu amat meletihkan. Baru terasa ruginya bagi setiap setik yang terbuang begitu sahaja dalam kehidupan sehari-hari. Tombol pintu kelihatan dipulas dari luar. Kami semua sedang berada dalam kedudukan bersedia.
Sejurus sahaja, daun pintu ditolak. Mocks, si gemuk pendek itu terus mengesahkan lelaki yang akan masuk adalah Tuman yang kami berenam nantikan semenjak tadi. Isyarat dari Mocks ialah dengan segera menutup lampu. Dengan serta merta juga Mocks menutup pintu. Tugasan seterusnya disambung oleh Joe (lelaki paling tinggi di antara kami). Joe yang dari tadi berdiri di sudut itu terus menarik kepala Tuman yang masuk. Tarikan kuat si Joe, menyebabkan Tuman tertunduk dan mementum kinetiknya membawa Tuman ke tengah bilik dalam keadaan terhoyong hayang.
Keadaan bilik gelap tidak gelita! Kami melihat objek Tuman dengan pandangan hati, pancaindera ke lapan. Kini tugasan seterusnya terletak di bahu aku. Aku mesti memulakan sandiwara ini dan habiskannya dengan cepat sebelum keadaan menjadi havoc. Aku terus membuat satu tendangan magic, "flying back kick" yang aku tak pernah belajar di mana-mana pun, tepat ke muka Tuman. Gerakan tadi menyebabkan aku tersasar ke dinding bilik. Tuman sudah terduduk!. Aku cuba kembali untuk gerakan kedua. Tetapi tiada ruang lagi untuk ku. Tuman sedang dikelilingi oleh rakan-rakan lain. Sepak terajang silih berganti singgah ditubuh Tuman yang bertungkus lumus menjaga dirinya.
Tuman menjerit kuat sambil memaksa dirinya untuk bangun. Tangannya melibas-libas di tengah-tengah kemelot. Mendengar jeritan Tuman, rakan-rakan lain menjarakkan diri. Peluang itu tidak disia-siakan oleh Tuman. Secepat kilat Tuman melompat ke tingkap yang sedari tadi terbuka. Tuman mengendap-ngendap dalam kegelapan itu keadaan di bawah. Aku cuba menghampiri Tuman. Tuman sudah tidak takut lagi. Ketakutan membuatkan Tuman jadi berani. Tuman terus terjun ke tanah dari bilik di tingkat dua itu dan hilang dalam kegelapan malam.
Lampu dinyalakan, kasut putih 3 jalur ku lihat ada titisan darah!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment