Thursday, May 14, 2009

Ubat Kuat!

Kajian Institut Penyelidikkan Perhutanan Malaysia (FRIM) terhadap 10 jenama Tongkat Ali yang popular di pasaran pada 2007 menunjukkan 7 daripada produk tersebut hanya mengandungi 0.25% hingga 1.6% ekstrak Tongkat Ali. Peratusan tersebut tidak memberi apa-apa manafaat kesihatan kepada pengamal minuman tersebut. Penyelidikkan itu juga mendapati, kandungan aktif herba Tongkat Ali dalam minuman hanyalah 0.0039% hingga 0.0246% sahaja iaitu 7.8 nanogram (ng) hingga 49.3 ng, satu jumlah yang tidak memberi apa-apa manafaat kesihatan.

Khasiat herba Tongkat Ali hanya diperolehi jika mengambil sekurang-kurangnya 1 milligram Tongkat Ali bagi setiap kilogram berat badan. Dengan kata mudah, jika berat badan ialah 80kg, ia memerlukan 80mg herba tongkat ali.

Oleh sebab itu, jika mengambil nilai 49.3 ng bagi setiap sachet/packet tongkat ali, untuk mendapat khasiat sebenar tongkat ali, pengamal minuman ini yang mempunyai berat 80 kg perlu minum sebanyak 1622719 packet tongkat ali!

Gila ko!


1 comment:

  1. hahaha...
    kembong perot minum tongkat ali beribu2 paket seari...

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...