Friday, May 22, 2009

MPV dan Van

Aku keliru sebenarnya. MPV bukan sahaja boleh memuatkan tidak lebih dari 7 orang, tetapi hiasan dalamannya amat mengagumkan. Ada sesetengahnya, seperti macam dalam cockpit kapalterbang. Itu sebabnya namanya MPV, sekejap cam kapal terbang, sekejap cam kapal selam sebab ada sunroof. Ada pemain DVD supaya budak kat belakang duduk diam, jadi pemandu dapat menghayati pemanduan dengan lebih jitu. Kalau yang canggih sikit, mungkin ada GPS skrin kat dashboard. Lebih rendah dan lebih tough.

Van pulak boleh muat sehingga lebih dari 12 orang kalau berani. Hiasan dalaman amat gampang. Kalau ada pemain kaset itu sudah cukup baik. Kalau jenis ada TV, mungkin dia sedang bawak TV untuk diperbaiki. Kalau nak GPS jugak, bawak jer bersama telephone GPS enable. Binaan badan memang seperti tin sardin, boleh ditolak ke dalam dan ke luar.

Tapi ada juga MPV yang lekeh, struktur tak ubah macam van. Muka depan memang macam van. Tinggi sama macam van. Panjang sama macam van. Harga je lebih maha dari van. Itu aku keliru tu!

3 comments:

  1. owh.. dah hilang dah kekeliruan berkenaan tarikh tu :D

    ReplyDelete
  2. MPV memang ade byk kelebihan dari van..van sekolah kat UMT yg angkut student tu pun kdg2 ley masuk 16 org dewase..memang sadin n sadis..huhu..4WD pun cambest :D

    ReplyDelete
  3. lg bez nek kenderaan awam...
    kurang pencemaran...
    hehe...

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...