semakin kuat mereka ketawa
ini adegan jenaka
semakin mereka tergelak
gelak yang rancak
gelak yang galak
Tak siapa menghulurkan tangan
menyelamatkan aku daripada kematian
lalu aku mati
sebagai mangsa
kebodohan
lalu aku mati
kerana keseronokan bangsa
mentertawakan kesilapan
tetapi tidak bertindak
untuk membetulkan kesilapan
dari : zurinahhassan.blogspot.com
humm ada sumthing yang bagus didalam puisi ini..
ReplyDeletejangan komen, tapi bantu untuk membangunkan :)