Monday, May 11, 2009

Melayu I

Semakin kuat aku menjerit
semakin kuat mereka ketawa
ini adegan jenaka
semakin mereka tergelak
gelak yang rancak
gelak yang galak

Tak siapa menghulurkan tangan
menyelamatkan aku daripada kematian
lalu aku mati
sebagai mangsa
kebodohan
lalu aku mati
kerana keseronokan bangsa
mentertawakan kesilapan
tetapi tidak bertindak
untuk membetulkan kesilapan

dari : zurinahhassan.blogspot.com

1 comment:

  1. humm ada sumthing yang bagus didalam puisi ini..

    jangan komen, tapi bantu untuk membangunkan :)

    ReplyDelete

Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...