Suasana dalam bilik ini semakin tegang. Riak wajah masing-masing jelas menunjukkan ketegangan tersebut. Aku sendiri masih lagi berkecamuk melawan perasaan sendiri, di antara kemanusiaan dan kesyaitanan.
Malam semakin larut, kali ini, kejayaan operasi ini tidak lagi bergantung kepada kami semua yang berada di bilik ini. Dan juga tidak bergantung kepada orang-orang lain yang menjalankan tugas masing-masing di luar bilik ini. Kejayaan keseluruhan operasi malam ini sepenuhnya bergantung kepada Tuman. Ya! Tuman! Ketidakhadiran si Tuman boleh menidakkan kejayaan misi malam ini. Kalaulah Tuman memahami situasi ini, Tuman akan insaf dan tidak akan menjadi Tuman seperti hari ini. Malam ini Tuman sangat berharga!
Tiba-tiba terdengar kuat bunyi lagu ‘Isabella’ dari corong radio sebuah bilik. Sejurus selepas itu, kedengaran pekikan menyuruh radio diperlahankan. Dengan segera lagu Isabella hilang dari pendengaran. Rocks, Choke, Kemal, Joe, Mocks dan aku saling berpandangan apabila mendengar jeritan itu. Saat yang ditunggu sudah tiba, bila-bila masa sahaja Tuman akan menolak daun pintu bilik di mana kami berada.
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment