Kalau singgah ke 'bandaraya' kuala terengganu jangann lupa makan mee goreng pokok nangka. itu pesanan dari aku. Kalau makan mee ini memang tak kan menyesal. Mee goreng pokok nangka memang enak. Setiap urat mee tersalut dengan cebisan goreng telur yang mengiurkan, kuah yang meleleh basah tidak kering pun tidak, tidak begitu masin dan tidak begitu tawar. Tambah pulak sesudu jeruk cili api. Kemudian jangan juga lupa memesan keropok lekor goreng untuk dimakan bersama mee. Pasti peristiwa ini akan di ceritakan kepada orang kampung.
Kedai mee goreng yang aku maksudkan ini, hanyalah sebuah kedai kecil milik seorang perempuan bernama Hamidah Mat Amin. Itu yang aku tengok pada lesen perniagaan yang di tampal kat dinding. Kedai ini terletak bersebelahan dengan Stesyen Bas Kuala Terengganu. Di hadapannya ialah bekas panggung wayang cathay keris yang sekarang dah jadi kedai jual macam-macam.
Setakat nie, dalam 'bandaraya' KT, inilah mee goreng yang aku sanjung. Tak percaya? cubalah!
No comments:
Post a Comment