‘musim mengawan’ selalunya dikaitkan dengan sambutan tahun baru, hari kekasih dan tidak dilupakan juga hari kemerdekaan.
Jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes mengandung luar nikah, telah menunjukkan satu trend secara konsisten berlaku beberapa bulan atau 9 bulan selepas sesuatu perayaan itu berlaku.
Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof. “ Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu. Dan kira-kira 50 peratus daripada mereka adalah pelajar sekolah menengah atas dan IPT".
“Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria. Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis mengandung di luar nikah akan meningkat selepas Mei kerana kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka mengandung tiga bulan selepas itu,” katanya.
“Seks mestilah melalui proses yang betul, mesti ada peraturan. Tiada wanita yang merancang membuatkan diri dilanda musibah, ini semua disebabkan tipu daya lelaki. Tiada yang teringin nak mengandung anak luar nikah. Saya anggap semua kes di sini sebagai kes rogol disebabkan mereka jadi pemuas nafsu lelaki. Apa yang boleh disimpulkan ialah bencana maksiat iaitu semua jenis maksiat di negara kita semakin teruk, perlu ada sikap menegur dan mencegah,” katanya lagi .
Ah, propaganda dan tipu daya penentang islam sudah mula menunjukkan hasilnya. Syaitan berjoget membaca blog aku ini.
musim mengawan huh? menarik ayat tu
ReplyDeletetah per nk jd dgn bkl pemimpin zmn skarang...
ReplyDeletebaru2 ni pun da ade kes buang bayi...hurmm..insan...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMasalah sosial dinegara kita semakin serius. Mengawan tidak lagi bermusim. Tiada etika atau peraturan yang berlandaskan fitrah alam manusia, kerana alam manusia yang normal, sihat dan bertamadun menuntut, setiapa hubungan seks mestilah melalui proses yang betul, pernikahan atau perkahwinan. Sesungguhnya, apa sahaja agama, bangsa dan etnik didunia ini kan melalui proses beretika jika nak melakukan seks, hanya gulungan yang bertuankan nafsu seks sahaja yang akan membelakangkan etika tersebut, maka itulah agenda mengawan manusia tidak lagi bermusim atau berperaturan dan terjadilah apa yang kita temuia hari ini BENCANA MAKSIAT. Kes hamil luar nikah, pembuangan bayi semakin menjadi. Tak pernah kurang.
kewaja@gmail.com
WANITA DIDAHULUKAN MARUAH DIUTAMAKAN