Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Friday, July 31, 2009
Hijau Bumi Tuhan
Kebetulan lagu Hijau Bumi Tuhan pula sedang kedengaran di earphone. Argh! Sunguh nikmat sekali alam ciptaan tuhan.
Itulah kegiatan aku setiap pagi hari jumaat. Selepas subuh aku akan membaca surah al-waqiah, kerana mengikut pesanan ibuku. Kemudian, terus memeriksa basikal untuk membuat senaman pagi.
Ketika jalanraya masih belum dipenuhi dengan karbon monosikda, aku mulakan kayuhan ku. Ketika, imam di surau berdekatan masih belum selesai solat subuh, aku sudah berada di jalanan.
Memecut sekuat hati sehingga tercungap-cungap. Dan mula mengayuh secara santai sepanjang pantai tok jembal, sambil menikmati pemandangan indah laut di waktu pagi yang damai.
Sesekali berselisih dengan pejogging, aku lantas memberi salam. Semoga masing-masing mendapat kesejahteraan masing-masing.
Dari pantai aku akan melalui jalanan dalam keadaan yang sedikit hutan. Suasana lebih segar berbanding dengan laut. Aku terus mengayuh di sepanjang jalan yang hanya dipisahkan dengan pagar di antara aku dan kawasan elit padang golf. Terus mengayuh sehingga sampai ke rumah.
Itulah perjalanan pagi jumaat ku.
Thursday, July 30, 2009
Pemasangan Baru Ubuntu 9.04
Ssetelah semua selesai, nampak macam berjalan lancar. Kotak ini sudah segera kenal huawei modem dan terus melakukan konfigurasi. Masalah yang sebelum ini terpaksa menggunakan wvdial selesai dengan jayanya.
Aku pun terus mencuba untuk memasang java. Pun berjaya dengan cemerlang apabila aku dengan mudah boleh memasuki laman web irakyat.com.my tanpa ingatan tentang JRE.
Seterusnya aku, mula menginstall VirtualBox supaya Windows XP boleh dipasang untuk kes-kes khas seperti office 2007 conversion.
Seterusnya install flbsed untuk PDF editing, Wallpaper-tray, update plug in untuk mp3, mp4 and other video format as well as the gstreamer.
Masukkan Netbeans 6.5 using new repository suggest by the ubuntu forum user.
Tak tau lah berapa lama pulak this box will last longer?
Thursday, July 23, 2009
Aku sangat kecewa..
Wednesday, July 22, 2009
Radiator
Jadi aku bawa kereta jumpa pomen radiator. Macam biasa, pelanggan akan ditanya apa masalah, aku jawab radiator bocor. Setelah diperiksa, didapati host air ada sedikit kebocoran, jadi dicadangkan supaya ditukar baru. Aku bersetuju.
Setelah bertanya itu dan ini dengan pomen radiator, aku pun bersetuju jugak untuk mencuci tangki air radiator.
Selesai semenya, pomen pun menguji. Didapati motor kipas tidak berfungsi. Disarankan tukar motor lain. Aku angguk je lah.
Aku tidak pasti sejak bila motor ini tidak berfungsi, tetapi biarlah asalkan aku dapat memandu dengan selesa dan selamat.
Dikira-kira, aku dicharge sebanyak RM205.00
Tapi aku mintak diskaun RM5.
Terbang lagi Rm200.00 nak buat camner
total sekarang ialah RM973 + 200
= Rm1173.00
Mungkin Aku Sudah Terbang
Ketika ini mungkin aku sedang mencongak-congak apa yang akan menanti aku nanti
Ketika ini mungkin aku sedang menikmati pemandangan seperti seekor burung
Ketika ini mungkin aku sedang mencari zat-zat Allah di bumi kafir
...
Kedai Radiator
Tanpa lengah pekerja tadi bangun dan bertanya kepada aku. Tokey masih tidak berganjak pada tempatnya dan setia dengan kerjanya. Aku menerangkan hajat kedatangan ku disitu dan membiarkan mereka membuat kerja.
Aku dapati kedai ini memang fokus semata-mata kepada radiator. Tiada perkhidmatan lain yang disediakan kecuali yang berkait dengan radiator. Tidak banyak perlatan dan aksesori yang kelihatan dalam kedai kecuali beberapa jenama radiator luar negara untuk kereta buatan tempatan.
Aku terus memerhati lagi. Tiada juga kelihatan botol-botol coolant yang pelbagai jenis. Kecuali deretan botol-botol hijau lusuh dan usang. Tak kan kedai radiator tak jual coolant kata aku dalam hati. Rupanya sangkaan ku betul, mereka jual coolant yang dipack sendiri dalam botol hijau lusuh tadi. Entah jenama apa entah! Aku tak dapat menangkap jenis yang dsebut tadi, bahasa tranung cina ini memang sangat teruk!.
Dalam asyik memerhati, mata aku singgah ke susunan besi-besi dalam radiator, ada yang sebesar laptop ada yang sangat besar dan tebal. Aku agak-agak semestinya kepunyaan lori atau bulldozer. Tokey masih lagi ditempatnya mengerjakan sesuatu, apabila siap, beliau memanggil pekerjanya untuk mengangkat besi yang lain, dan memotong-mot0ng besi tersebut. Alangkah sibuknya tokey kedai radiator ini. Sehinggakan tiada masa berehat langsung.
Akhir masih lagi berfikir-fikir apa kerja tokey radiator sebenarnya, selain dari memberi servis radiator, dan menukar radiator atau motor kipas. Aku syak kedai radiator buat duit dengan menjual besi-besi terpakai radiator.
Moral of the story:
1. Jaga radiator dengan baik
2. Elakkan singgah di kedai radiator, kalau tersinggah jugak, pasti banyak duit akan terbang nanti
3. Benda rosak jangan sangka tiada nilai lagi
sebab itu aku amik balik motor aku yang diganti baru!
Tuesday, July 21, 2009
Tulang Anjing
Bawak kembali ke kedai tayar anak tokey kedai tayar asyik memperli aku kerana aku tidak beli yang ditawarkan tadi. x per, aku pekakkan je telinga.
Upah untuk pasang 35 dan upah untuk buat allignment 35.
jadi hari ni terbang lah RM200
jumlah semua : RM773 + Rm200
= RM 973.00
Sunday, July 19, 2009
Bicara Prof. Di Raja Ungku Aziz
***Di Salin dari Mingguan Malaysia 19/7/2009 ***
MINGGUAN: Apa pandangan Pak Ungku mengenai keputusan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan kembali menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar?
UNGKU AZIZ: Bagi saya ini adalah satu keputusan yang amat tepat dan mampu memuaskan hati semua pihak di negara ini. Sepatutnya tidak ada lagi mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah kerajaan lakukan kerana ia mengambil kira kepentingan negara dan kemahuan majoriti rakyat. Sebelum ini saya telah memberikan beberapa ceramah tentang perkara ini dan paling terbaru di Bankers Club. Apa kesan dan implikasinya terhadap sosial politik negara ini. Pada pandangan saya bagi mengukuhkan perpaduan kita perlu kembali pada satu bahasa yang boleh digunakan semua warganegara.
Selepas ceramah saya di Bankers Club di Bukit Bintang, saya keluar dari bangunan itu kita boleh dengar pelbagai bahasa yang diucapkan termasuklah bahasa Hokkien, Mandarin dan sebagainya termasuklah bahasa Melayu. Tapi kalau kita perhatikan di kawasan Bukit Bintang, mereka yang bercakap dalam bahasa Melayu ini tidak ramai, belum lagi di Jalan Petaling.
Mereka ini menggunakan bahasa Mandarin tetapi dalam banyak dialek dan kalau cakap Melayu pun dalam bentuk rojak dan bercampur-campur. Jadi bagi saya perkara utama yang saya ingin tekankan ialah perpaduan negara ini masih belum wujud dengan memuaskan. Maka definisi perpaduan negara ini cukup susah. Saya sendiri rasa kurang jelas. Apa yang dimaksudkan dengan perpaduan negara?
Kalau semua orang boleh bercakap bahasa Melayu, itu akan membantu usaha mewujudkan perpaduan negara. Tapi setakat ini ia belum menuju ke arah itu. Secara asasnya perpaduan negara ini hanya sekitar kita, misalnya tidak melihat pergaduhan antara kaum dan hidup dalam aman damai. Setakat ini toleransi yang ditunjukkan oleh orang Melayu tinggi berbanding kaum-kaum lain. Namun sama ada ia baik untuk orang Melayu menunjukkan toleransi sebegini ia masih menjadi persoalan. Jika tahap toleransi itu naik terlalu tinggi ia akan meletup. Kita kena ingat perkara ini sebagai orang Melayu dan ini yang berlaku ketika peristiwa 13 Mei.
Namun Alhamdulillah, toleransi orang Melayu sangat tinggi jika tidak ada banyak masalah. Kalau ada masalah terutama membabitkan politik orang akan menuding kepada pihak tertentu seperti MCA dan PKR. Orang kata kita tidak boleh cakap tentang kaum-kaum tetapi jika kita lihat senario sebenar kita akan nampak. Saya berpandangan Malaysia merupakan satu contoh baik negara yang wujud toleransi tetapi toleransi ini perlu wujud dalam bentuk yang kuat dan tidak hanya membabitkan satu kaum sahaja.
Kita ambil contoh di sekolah-sekolah matapelajaran diajar dalam bahasa Mandarin seperti yang diterima oleh Menteri Pelajaran. Namun mereka juga perlu bertutur dan bertukar-tukar fikiran dalam bahasa Melayu tanpa ada pilihan lain untuk asas perpaduan. Namun untuk memperoleh pengetahuan dan ilmu banyak yang kita boleh pelajari dengan menggunakan bahasa Melayu.
Universiti Malaya pernah melakukannya pada tahun 1974-1975 para pelajar boleh belajar dalam bahasa Melayu termasuklah pelajar jurusan kejuruteraan dan kedoktoran. Semua ini dilakukan dalam bahasa Melayu dan contoh lain kita boleh ambil Pusat Asasi Sains dan ia terbukti berjaya. Namun datang pula kelompok lain 10 tahun kemudian menukar sistem pembelajaran kepada bahasa Inggeris.
Setelah kita memberi masa enam tahun PPSMI berjalan, kepada Pak Ungku apa kelemahan ketara dasar ini?
UNGKU AZIZ: Sebenarnya semua ini bermula apabila arahan dikeluarkan supaya matapelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris oleh kepimpinan sebelum ini. Bagi saya ini seolah-olah ada satu magic untuk membolehkan pelajar-pelajar berbahasa Inggeris dengan lebih lancar dan mudah. Ketika itu semua orang akur dengan arahan dan tidak ada sesiapapun yang berani menolaknya termasuklah para menteri. Ramai yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini tetapi tidak ada yang berani melawan.
Saya telah diberikan satu kajian yang dijalankan Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) mengenai PPSMI. Tujuh universiti terlibat dalam kajian ini dan kajian ini telah diberikan kepada Menteri Pelajaran sendiri. Segala butiran yang dikeluarkan adalah berdasarkan fakta. Kajian ini mendedahkan semua kelemahan yang berlaku akibat dari pelaksanaan PPSMI selama enam tahun termasuklah kekurangan guru, serta kelemahan pelajar di desa.
Kita ambil contoh matapelajaran Matematik, ia merupakan satu bahasa simbolik. Ia hanya membabitkan simbol sahaja dan tidak banyak menggunakan perkataan. Kita tidak gunakan perkataan tambah tapi simbol seperti juga simbol bahagi, Algebra dan sebagainya. Orang boleh membuat penilaian hanya berdasarkan simbol namun bagi mereka yang tidak tahu tentang simbol ini mereka tidak boleh membuat perkiraan Matematik. Oleh itu pelajar kena belajar tentang simbol dan bukan belajar bahasa dalam matapelajaran Matematik.
Bagaimana pelajar yang menggunakan bahasa simbol dalam Matematik boleh pandai bahasa Inggeris? Kita lihat orang Cina mahir dalam Matematik, ini kerana dalam penggunaan bahasa dan tulisan mereka banyak simbol daripada huruf. Maka jika para pelajar Melayu dipaksa belajar dalam bahasa Inggeris mereka ini akan lebih terbeban. Mereka perlu belajar Matematik misalnya tetapi pada masa yang sama mereka perlu belajar bahasa Inggeris.
Semasa saya menjadi Naib Canselor Universiti Malaya dahulu saya pilih budak kampung untuk ambil kursus Asasi Sains kerana tidak ramai yang hendak mengambil kursus ini. Mereka diajar selama dua tahun dalam bahasa Melayu dan selepas itu masuk ke fakulti. Dan terbukti mereka ini boleh belajar kursus seperti kejuruteraan dan sebagainya. Tidak ada masalah malah ramai kalangan mereka kini menjadi profesor dan mengajar anak-anak Melayu kita.
Apa pula masalah yang perlu ditangani segera selepas pengajaran dua mata pelajaran itu dalam bahasa Melayu?
UNGKU AZIZ: Dari segi kelengkapan tidak banyak masalah. Ini kerana banyak buku telah diterbit dan diterjemah ke bahasa Melayu. Ini termasuklah kamus-kamus seperti kamus biologi, kejuruteraan dan sebagainya. Bagi saya yang perlu ditekankan adalah pengajaran bahasa dan bukan mengajar bahasa dalam matapelajaran seperti Matematik dan Sains.
Kita ambil contoh kanak-kanak yang memasuki sekolah rendah, penguasaan kosa kata mereka tidak banyak. Tetapi mereka akan belajar lebih banyak dan mampu menulis ayat setelah bersekolah untuk beberapa tahun. Selepas itu mereka ini sudah berkeupayaan untuk bercakap dan selepas masuk sekolah menengah mereka sudah boleh bercakap tentang perkara- perkara yang abstrak. Ini kerana mereka telah belajar perkara-perkara ini secara beransur-ansur dan keupayaan mereka semakin berkembang setelah belajar. Pelajar ini perlu didedahkan dari awal penggunaan bahasa Melayu tidak kira mereka ini orang Cina, Melayu atau kaum lain.
Kita perlu faham bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah dua bahasa yang sangat berlainan. Tatabahasa Inggeris banyak diceduk dari bahasa Perancis, Jerman dan bahasa Scandinavia. Dan kemudiannya ia banyak diperbetulkan oleh pujangga agung mereka William Shakespeare kemudiannya barulah ada bahasa Inggeris yang sebenar. Shakespeare merupakan bapa kepada bahasa Inggeris moden dan ia berlaku sekitar kurun ke-17. Tetapi bahasa Melayu sudah ada pada masa itu. Bahasa Melayu sudah digunakan oleh orang Melayu di rantau ini serta di Fiji dan Madagascar. Saya sudah melawat tempat-tempat ini serta melihat buku mengenai nahu mereka dan banyak perkataan Melayu digunakan. Mengikut kajian saya bahasa Melayu sudah wujud lebih dari 1,000 tahun.
Jika kita lihat Angkor Wat di Kemboja, penduduk mereka telah menggunakan bahasa Melayu yang kebanyakannya diambil dari bahasa Sanskrit. Jadi, saya tidak nampak kenapa dengan menggunakan bahasa Melayu kita tidak boleh maju. Saya hairan kenapa kita perlu menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama pendidikan.
Apa akan jadi jika PPSMI ini diteruskan? Adakah sekadar pelajar kita bijak berbahasa Inggeris dan bahasa Melayu mereka teruk atau pelajar Melayu sendiri yang akan hancur?
UNGKU AZIZ: Jika diteruskan orang Melayu akan hancur. Dalam kajian yang dilakukan oleh Pembina, kumpulan anak Melayu di kawasan desa (luar bandar) akan terus terpinggir dan ramai mereka akan berhenti sekolah dan mungkin berakhir hanya sebagai pemandu dan pekerja kelas bawahan. Itu pun mungkin susah. Ini kerana mereka tidak mampu untuk mengikut rentak perubahan yang ingin dilakukan melalui PPSMI. Mereka ini tidak berupaya untuk belajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dengan cepat seperti pelajar di kota apatah lagi dengan masalah-masalah lain seperti kekurangan guru dan peralatan. Maka bagi saya keputusan yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu keputusan yang berani dan tepat. Para pelajar akan tetap menggunakan kedua-dua bahasa cumanya ia akan diperbaharui.
Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kajian yang mendalam tapi ini tidak bermakna kita berundur ke belakang. Keputusan itu menunjukkan ada keseimbangan iaitu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pada masa yang sama kita memperkukuhkan bahasa Inggeris. Bagi saya PPSMI banyak merugikan anak-anak Melayu terutama yang tinggal di desa.
Kalau begitu, benarlah PPSMI adalah satu kesilapan besar yang pernah kita lakukan?
UNGKU AZIZ: PPSMI adalah satu kesilapan. Kita sebenarnya mampu dan boleh mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya telah melahirkan banyak pensyarah dalam pelbagai bidang yang kemudiannya mengajar di universiti lain dalam bahasa Melayu. Tidak ada masalah pun. Pengajaran PPSMI sebelum ini dilakukan dalam pelbagai masalah seperti kurang guru, peralatan dan sebagainya. Masalah juga berlaku akibat dari penambahan pelajar yang ketara berbanding guru yang berkemampuan mengajar dalam bahasa Inggeris. Maka dengan itu kualiti pelajaran dan pengajaran pastinya menurun.
Pelaksanaan bahasa Melayu ini tidak menyeluruh kerana di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina, pengajaran Sains dan Matematik digunakan dalam bahasa ibunda. Apa pandangan Pak Ungku?
UNGKU AZIZ: Kita kena faham tentang dialek dari orang Cina dan India tentang perkara ini. Pelajar Cina yang belajar di sekolah rendah mengikut sistem yang sedia ada sekarang belajar mengikut bahasa ibunda. Tapi saya ingin bertanya apakah yang dimaksudkan dengan “bahasa ibunda”? Bagi orang Cina bahasa mereka ialah Mandarin. Apakah bahasa Mandarin itu bahasa Cina? Sebenarnya tidak. Ia (istilah ‘Mandarin’) berasal dari bahasa Melayu.
Saya telah membuat kajian tentang perkara ini. Asalnya bila orang Portugis mahu ke China mereka mahu berjumpa dengan pegawai tinggi dan bertanya apakah status mereka. Jadi orang Portugis di Melaka menyatakan “menteri”. Tapi orang Portugis ketika itu tidak boleh bercakap bahasa Melayu dengan baik.
Jadi perkataan menteri itu disebut kepada “menterin” dan apabila mereka pergi ke negeri China untuk berjumpa dengan pegawai tinggi akhirnya perkataan “menterin” tadi bertukar kepada “Mandarin”. Saya telah menulis tentang perkara ini di dalam majalah Economist di London jadi tidak ada sebarang masalah tentang perkara ini.
Tetapi carilah dalam kamus Cina atau kamus apa sekalipun tentang maksud perkataan Mandarin. Maksud yang tertulis adalah limau mandarin, tidak ada makna lain. Oleh itu tidak ada bahasa Mandarin yang ada hanya bahasa Cina. Para pelajar Cina ini hanya belajar bahasa Mandarin di sekolah tetapi apabila balik ke rumah mereka akan bercakap dalam dialek lain dengan keluarga mereka seperti dialek Kantonis, Hokkien, Teochew.
Cuba kita tanya orang Cina apa bahasa ibunda mereka? Mungkin ada yang kata Kantonis dan sebagainya. Sekarang ini tidak ramai orang muda Cina yang boleh berbahasa Cina dialek Beijing. Begitu juga orang India ada pelbagai dialek seperti Tamil, Urdu, Punjab dan sebagainya. Jadi di mana bahasa ibundanya?
Yang bercakap bahasa ibunda yang betul ialah orang Melayu kerana mereka bercakap Melayu. Ini kerana ibu bapa, nenek dan ahli keluarga mereka semua bercakap bahasa Melayu.
Kalau begitu apa perlunya sekolah jenis kebangsaan kalau mereka juga bukan diajar dalam bahasa ibunda?
UNGKU AZIZ: Jawapannya mudah, ini kerana politik. Tetapi bagi saya untuk mengukuhkan perpaduan, yang perlu ada ialah satu bahasa. Ini kerana hanya dengan cara inilah akan menggalakkan lagi persefahaman dan memudahkan pergaulan antara semua kaum. Kerana itu untuk mengajar dan mencampuri bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris bagi saya ia sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
Bagaimana pula sikap sesetengah pihak yang terus mendesak supaya PPSMI dikembalikan? Adakah kemungkinan PPSMI dikembalikan?
UNGKU AZIZ: Saya sangat berharap tidak akan berlaku dolak dalih bagi memungkinkan pelaksanaan PPSMI dikembalikan. Maksudnya setelah keputusan ini diambil kerajaan tidak akan berundur ke belakang. Saya faham kerajaan mungkin menerima banyak tekanan dari pelbagai pihak supaya PPSMI ini dilaksanakan semula termasuklah dari orang Melayu sendiri. Saya tidak kata kita menolak penggunaan bahasa Inggeris sebab bahasa itu perlu untuk menjadikan negara ini maju. Tetapi saya mahu bahasa Melayu terus unggul di negara sendiri. Kita tidak perlu pinggirkan bahasa Melayu sebaliknya kedua-dua bahasa ini sama-sama naik.
Namun cabaran ini pastinya sangat hebat kerana ada di kalangan kaum lain dan juga sesetengah orang Melayu sendiri yang hanya mahukan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Kalau kita lihat contoh seperti mereka di Jamaica dan negara-negara di kepulauan Caribbean, mereka tidak ada bahasa kebangsaan. Adakah kita mahu jadi seperti itu? Orang Melayu mesti menghidupkan bahasa Melayu dan berbangga bertutur dalam bahasa Melayu. Namun pada masa yang sama demi kemajuan negara kita mesti mampu berbahasa Inggeris.
Thursday, July 16, 2009
Tidur Di Masjid
Wednesday, July 15, 2009
Satu Pagi di Six Stones
Happy Birthday
Tuesday, July 14, 2009
Abdul Malik Saiful Kamarul Zaman Abdul Rahman
Monday, July 13, 2009
Komplot - Episod 11 (Guru Sesat)
Tuesday, July 07, 2009
Cerita Tentang Rokok
Monday, July 06, 2009
Komplot - Episod 9 (Candu Percuma)
Pada pendapat aku, antara benda-benda eklusif tahap hostel selain dari ubat ketiak dan perfume sudah pasti yang seterusnya ialah rokok dan seluar jean. Dua perkara inilah yang menjadikan seseorang penghuni hostel seorang yang hebat dan digeruni. Jugak tak lupa, membuat si pemiliknya kaya macam Al-Capone.
Suatu pagi seperti orang normal lain , aku masuk tandas dan mempersiapkan diri. Tandas 3 bilik air itu aku tinjau kiri dan kanan, atas dan bawah. Sekali pandang atas, aku terperasan syiling tandas ini tiada penutup lubangnya. Aku tertinjau-tinjau, cuba melihat apa yang ada di dalamnya. Dalam duduk tertinjau-tinjau itu aku perasanlah ada sesuatu yang disembunyikan disitu, nampak cam berkilat-kilat, nampak cam kain buruk, tapi aku kena periksa betul-betul kata aku dalam hati.
Bilik air di tandas itu dicipta sebegitu rupa supaya orang sebelah boleh mengintai orang sebelah dari sebelah atas. jadi dengan menggunakan kelemahan senibina tersebut aku berjaya memanjat dan memasukkan kepala ke dalam ruang syiling yang terbuka tadi.
"wow" - Rupanya yang yang berkilat itu ialah salutan emas gaya, mutu dan keunggulan - sekarton rokok berjenama "bukit dun", aku tak mahu memberikan promosi percuma di sini. Sebelum apa-apa berlaku, aku menurunkan kotak tersebut yang mengandungi 11 kotak rokok, hanya sekotak yang baru digunakan, secepat mungkin dan menyimpannya di tempat lain. Aku cuma sekadar menyimpannya dulu, aku tak berniat pun nak mengambilnya.
Cepat-cepat aku menyelesaikan aktiviti sebenar yang terbengkalai tadi.
******
Hari itu merupakan sejarah dalam kehidupan aku kerana sepanjang hari itu aku asyik berulang alik ke bilik air tadi. Pantang aku dengar bunyi, pasti aku akan ke sana. Aku sebenarnya sedang mencari tuan empunya rokok-rokok tadi supaya dapat aku tentukan status rokok tersebut.
Usaha aku berjaya, pemiliknya sudah dikenalpasti dan aku baru berniat untuk menjadikan rokok tersebut hakmilik aku mungkin kerana dendam dan status tidak menjadi darah dagingnya.
******
Minggu-minggu yang berlalu adalah minggu yang mewah bagi seorang aku. Paling banyak boleh hisap dalam sehari hanyalah 4 batang kerana masa untuk bersantai di hostel ini amat sedikit. Itu pun selepas mengambil kira breakfast, lunch, dinner dan supper. Selain daripada selepas event ini aku tak merokok. Pakcik kaya!
*****
Ketidakhadiran aku berjumpa Al-Capone untuk beli rokok menimbukan tanda-tanya. Aku syak, Al-Capone yang mengeluarkan isu ini, kerana sorang pelanggannya sudah hilang. Hilang pelanggan bermakna hilang duit. Sebab itu, dia membicarakan isu ini.
*****
Tetapi membayangkan rokok yang sangat lambat untuk dihabiskan, aku memberitahu cerita ini kepada sorang kawan yang sangat rapat, supaya rokok tidak dimasuki angin. Beliau memberitahu seorang kawan rapat yang lain, juga memberitahu seorang kawan yang lain. Akhirnya, setiap kali lepas makan, mereka mencari aku. Stok untuk sebulan hanya tahan 5 hari. Tokey balak pun kena pergi pajak gadai macam nie. Apa lagi aku.
Akhirnya aku jatuh miskin semula.
****
Moral Cerita:
Jangan percaya ke orang!
Saturday, July 04, 2009
Komplot - Episod 10 (Putih Bertemu Hitam)
Nak jadi cerita, mentang-mentanglah mereka sudah masuk perguruan tersebut dan sudah dijampi serapah , maka perguruan satu malam sahaja cukup untuk menjadikan mereka handal, sudah pandai bersilat dan kebal. Dan ini menjadikan mereka samseng kampung dusun, membuat onar sesuka hati di hostel kami yang aman damai itu. Antara yang jadi mangsa ialah bebudak tingkatan satu yang dipaksa menjadi kunta-kinte kepada kumpulan samseng antisosial ini. Masa tu aku pun tingkatan satu sebenarnya.
Keadaan menjadi lebih parah apabila mereka beraja di mata bersultan di hati. Dunia ibarat mereka punya. Tapi cerita sisi gelap tinggal di hostel ini hanya berlegar di antara kami-kami sahaja. Tak sampai pun kepada warden. Lebih parah apabila hal ini melibatkan hal akidah!
Apabila keadaan sudah parah dan amat mendesak sekali. Muncul lah hero-hero yang lama menyembunyikan kuku dalam diam. Mereka berkumpul untuk menyusun strategi membanteras kerosakan dan membetulkan akidah yang tersilap itu.
Malam tersebut, 6 orang hero telah menyusun 2 barisan di hadapan hostel menyeru 6 jahanam di atas. Daripada seruan yang baik-baik bertukar menjadi panas. Aku hanya melihat dari corridor atas. Antara 6 jahanam itu, muncul 3 daripadanya untuk bertempur, tapi belum sempat bertempur mereka sudah lumpuh dibumi. Aku tak tahu angkara siapa diantara yang berenam itu.
Dalam sebegitu, turun pula 3 lagi kumpulan 6 jahanam untuk membantu kawan mereka. Tapi mereka pun terpaku disitu. Mesti ada seseorang yang hebat di antara berenam hero tadi. Kemudian terdengar seseorang menjerit meminta 6 jahanam memohon maaf dengan semua penghuni hostel, memohon maaf dengan tuhan dan berjanji tidak akan kembali ke perguruan magic itu lagi. 6 Jahanam akur dengan permintaan itu. Apabila sudah boleh bergerak mereka segera bermaaf-maafan dan berpelukkan. Suasana jadi hening.
Aku pun insaf dengan ilmu putih yang ditunjukkan!
Thursday, July 02, 2009
Terjemah Sijil Lahir / Certificate of Birth Translation
Salah satu keperluan aku untuk buat visa ialah menterjemah Sijil Lahir / Surat Beranak supaya mudah difahami oleh orang asing yang tak reti cakap melayu.
Aku tidak tahu sebenarnya dimana harus aku terjemahkan sijil ini. Aku cuma diberitahu oleh seorang kawan, penterjemahan boleh dilakukan di Mahkamah. Jadi aku pergi ke Mahkamah membawa salinan dokumen berkenaan. Tetapi sampai di sana, staf di sana minta disertakan surat rasmi permohonan untuk menterjemah dokumen berkenaan. Jadi aku tanpa berlengah balik rumah dan menaip surat rasmi berkenaan dan kembali semula ke mahkamah. Oleh kerana translator sibuk dengan kes mahkamah, aku diberitahu mungkin minggu depan baru siap. Lebih kurang seminggu lah untuk disiapkan penterjemahan tersebut.
Seminggu kemudian aku di beritahu pernterjemahan sudah siap dan aku boleh mengambilnya pada bila-bila masa pada waktu pejabat.
Ketika inilah masalah timbul, aku dikenakan charge sebanyak RM10 ringgit bagi satu dokumen. Bukan masalah bayaran, tetapi masalah resit. Apabila aku mintak resit, mereka berkata, pernterjemahan dibuat secara personal. Jadi tiada resit kerajaan yang dikeluarkan. Bagaimana aku nak claim kalau tak ada resit?
Sebaliknya duit tersebut akan masuk poket penterjemah tadi mungkin adalah komisyen untuk tukang tandatangan. Bagaimana pula kes penterjemah charge sehingga 20 dan 30 satu dokumen? hendak tak nak terpaksalah amik dokumen sebab nak guna? Kalau tak berguna tak mahu aku gi buat penterjemahan nya?
Pada aku, translation sangat mudah, template dokumen berkenaan sudah siap, cuma memasukkan biodata data sahaja, lagi pun ia dicetak di atas kertas A4 biasa.
Jadi aku terpaksa membayar kepada penterjemah yang menggunakan masa pejabat , ruang pejabat kerajaan dan duit masuk poket sendiri. Adil kah? Sedangkan mereka dibayar untuk menjadi penterjemah.
Satu lagi, aku wonder siapa yang sepatutnya layak menterjemah? Apakah sijil yang membolehkan beliau menterjemah?
Dan siapakah pula yang layak sain? Sebab dalam kes aku, tukang sain bukan tukang penterjemah. Jadi siapa yang lebih berkuasa dalam hal ini?
Atau pun tukang sains pun dapat komisyen jugak.
Elok lah bende nie seme mahkamah jadikan sebagai fail meja, dah memang tugas penterjemah untuk menterjemah, dan tukang sain sebagai supervisor kepada penterjemah, memeriksa kerja penterjemah, jadi tak adalah double standard.
Aku memang tak faham!! Orang mahkamah tolong lah check perkara ini.
Kerana B***..
Tukar Wallpaper Randomly
Installation sangat mudah, lebih mudah dari makan kacang kuda!
1. Open synaptic ,
2. cari dan tanda Wallpaper-tray
3. click on apply
now you are done! , tapi program nie nak kena start manually guna terminal, so, open your terminal and then type $ wallpaper-tray. Kalau nak mudah boleh masukkan program nie ke dalam application menu, bab nie akan diroyak kemudian.
bila dah start dari terminal, wallpaper-tray akan dipaparkan, so boleh lah beritahu folder apa yang mengandungi wallpaper yang nak ditukar-tukar ( kalau nak mudah create jer folder mywallpaper untuk simpan semua wallpaper yang ada) dan jangan lupa setkan jarak masa untuk setiap penukaran.
supaya kehidupan jadi mudah, pastikan wallpaper dihidupkan sewaktu komputer on. caranya macam biasa pergi ke menu system -> Preferences -> Sessions
Wednesday, July 01, 2009
Komplot - Episod 8 (Makan Durian)
*****
Malam ini malam minggu. Perbincangan otai-otai telah membawa lembaran baru dalam sejarah hidup kami. Nafsu durian kami yang meluap-luap akan ditebus malam nanti. Masing-masing senyum menahan gelora panggilan durian!
Mengejar bas terakhir di laluan teluk sisek, kami pun menyusup di laluan tikus itu, keluar di hadapan jabatan kimia dan menyusur ke JPJ. Di situ kami menunggu bas terakhir tidak lama. Sebagaimana perancangan, sejurus kami tiba, bas pun datang seperti menyambut kami. Hanya kami, drebar bas dan mr konduktor sahaja sehingga sampai ke Bas stand pokok buluh.
Sebagai pemanas badan, kami merayau-rayau sekitar bandar kuantan. Sedikit macam "gampang", macam gangster, kumpulan seramai lebih kurang 20 orang itu berjalan dalam bandar dengan baju warna hitam bercorakkan gambar hantu 'dio' dan hantu 'iron maiden' ( masa tu heavy metal sedang naik, banyak baju hitam yang bergambar hantu dijual ) sebijik macam kutu.
Hampir pukul 12 malam, kami berpecah kepada 2 kumpulan, untuk memudahkan operasi meng'tong'kan duit dan sudah tentu operasi makan durian dengan efficient dan lancar. Detik 12 malam di tunggu kerana ketika itu penjual durian sudah mengantuk dan mereka nak menghabiskan durian mereka secepat mungkin untuk balik tido. Jadi sudah tentu harga durian ada sedikit penurunan. :D
Setelah tawar menawar, kumpulan aku dapat satu harga yang bagus dan jumlah yang banyak. Kat situ jugak kumpulan aku, menghabiskan longgokan yang dibeli. Dengan lahapnya!.
Tanpa sedar, ada sepasang mata sedang melihat kami dari jauh!
Episod seterusnya ialah berjalan balik ke hostel dengan riangnya. Semua sudah memecat baju kerana kepanasan. Ada yang mengikat dikepala seperti serban, ada yang menutup kepala seperti ninja, ada yang letak di bahu, ada yang ikat di pinggang dan ada yang pegang ajer di tangan.
***
Hari itu hari selasa, sekolah aku mengadakan perhimpunan mingguan. Pada hujung perhimpunan, guru disiplin pun membuat pengumuman. " Kepada nama-nama berikut sila berdiri". Kemudian nama-nama pun disebut satu persatu, di antaranya ialah nama aku. Kami bangun dan tersenyum di antara satu sama lain. Kami sebenarnya tidak tahu apa salah kami.
Guru disiplin pun memaklumkan, "kamu semua di dapati bersalah kerana keluar hostel tanpa kebenaran, memanjat pagar dan berkelakuan tidah senonoh, dan yang lebih penting ialah kalau berlaku apa-apa kepada kamu, apa kami sebagai guru nak jawab? kamu semua diberi amaran pertama dengan surat pemberitahuan diedarkan kepada ibu bapa masing-masing"
Kami semua di 'boo' sambil bertepuk tangan. Tapi kami enjoy sebenarnya! Maafkan aku cikgu kerana jiwa mudaku waktu itu tidak memikirkan kesan dan akibat.
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...