Aku tidak pernah pergi ke kedai radiator. Mungkin tiada sebab untuk aku ke sana sebelum itu. Tapi hari ini selepas nasihat seorang pomen dan budget mencukupi dalam poket, pepagi lagi aku sudah sampai ke kedai yang dinyatakan oleh pomen aku itu. Kedai ini memang cekap, kerana seawal pukul 8 pagi, ketika kedai lain masih tutup, aku nampak tokey kedai dan seorang pekerja melayunya sedang tekun mengerjakan Besi radiator.
Tanpa lengah pekerja tadi bangun dan bertanya kepada aku. Tokey masih tidak berganjak pada tempatnya dan setia dengan kerjanya. Aku menerangkan hajat kedatangan ku disitu dan membiarkan mereka membuat kerja.
Aku dapati kedai ini memang fokus semata-mata kepada radiator. Tiada perkhidmatan lain yang disediakan kecuali yang berkait dengan radiator. Tidak banyak perlatan dan aksesori yang kelihatan dalam kedai kecuali beberapa jenama radiator luar negara untuk kereta buatan tempatan.
Aku terus memerhati lagi. Tiada juga kelihatan botol-botol coolant yang pelbagai jenis. Kecuali deretan botol-botol hijau lusuh dan usang. Tak kan kedai radiator tak jual coolant kata aku dalam hati. Rupanya sangkaan ku betul, mereka jual coolant yang dipack sendiri dalam botol hijau lusuh tadi. Entah jenama apa entah! Aku tak dapat menangkap jenis yang dsebut tadi, bahasa tranung cina ini memang sangat teruk!.
Dalam asyik memerhati, mata aku singgah ke susunan besi-besi dalam radiator, ada yang sebesar laptop ada yang sangat besar dan tebal. Aku agak-agak semestinya kepunyaan lori atau bulldozer. Tokey masih lagi ditempatnya mengerjakan sesuatu, apabila siap, beliau memanggil pekerjanya untuk mengangkat besi yang lain, dan memotong-mot0ng besi tersebut. Alangkah sibuknya tokey kedai radiator ini. Sehinggakan tiada masa berehat langsung.
Akhir masih lagi berfikir-fikir apa kerja tokey radiator sebenarnya, selain dari memberi servis radiator, dan menukar radiator atau motor kipas. Aku syak kedai radiator buat duit dengan menjual besi-besi terpakai radiator.
Moral of the story:
1. Jaga radiator dengan baik
2. Elakkan singgah di kedai radiator, kalau tersinggah jugak, pasti banyak duit akan terbang nanti
3. Benda rosak jangan sangka tiada nilai lagi
sebab itu aku amik balik motor aku yang diganti baru!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
Dekat mana kedai nya?
ReplyDeleteCabang Tiga!
ReplyDelete