Tuesday, July 14, 2009

Abdul Malik Saiful Kamarul Zaman Abdul Rahman

Abdul Malik Saiful Kamarulzaman Abdul Rahman ini ialah rakan sekelas ketika aku berada di menengah rendah. Dari segi luaran lelaki ini samalah seperti manusia lain. Kelihatan amat biasa. Kadang-kala lebih luarbiasa kerana dia seorang kurus dan tinggi.

Tetapi kepada aku, lelaki ini adalah seorang yang hebat. Kehebatan beliau yang pertama ialah mempunyai nama yang panjang. Aku tidak pernah kenal lelaki lain yang punyai nama sebegini panjang. Supaya muat dengan ruang nama di buku tulis, beliau selalunya hanya menggunakan ringkasan A.M.S Kamarulzaman sahaja.

Lagak lelaki ini pula seperti kebingungan. Aku selalu jugak bertanya apa sebab dia jadi begitu, selalunya jawapan yang aku terima ialah ketika kecil dia selalu di dera oleh kakaknya. Deraan yang biasa dibuat ialah memaksa beliau menghafal kamus dan tidak dibenarkan berkawan atau bermain seperti budak-budak lain.

Tapi aku percaya beliau seorang penghafal kamus. Banyak vocab english yang ada dalam kepala beliau. Aku memang perasan hal itu. Tanyalah makna perkataan, beliau seperti kamus bergerak. Tapi beliau bukanlah seorang yang boleh berbahasa inggeris!

Lelaki ini juga dikelilingi kisah misteri. Satu lagi alasan untuk menghuraikan kebingungan beliau. Dikatakan beliau mempunyai ilmu dunia yang sangat tinggi. Lebih tinggi dari Naruto Sahabudin. Aura kesaktian itu jelas dilihat di urat saraf beliau yang timbul dan kehijauan. Tak padan langsung dengan budak kurus tinggi dan tidak tough. Tapi ada urat timbul?

Pernah satu hari, duster telah jatuh di koridor sebelah, di tingkat satu. Diberitakan, lelaki ini telah menghulurkan tangan melalui cermin nakoh, dan menyedut duster tersebut dengan menggunakan aura yang beliau ada. Sumber mengatakan duster itu terus terbang ke tapak tangan beliau.

Tapi sayang, aku tak gi sekolah hari itu, untuk turut sama jadi saksi.

Apabila aku bertanyakan tentang hal ini, sejujurnya beliau memberitahu beliau menuntut ilmu ini dengan putri di Bukit Bauk.

Dimanakah A.M.S Kamarulzaman sekarang?

1 comment:

  1. Al-fatihah aku sedakahkan, Semoga kamu aman disana. Cerita terakhir aku dengar beliau sudah kembali menemui Sang
    Pencipta

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...