Wednesday, July 22, 2009

Radiator

2 3 menjak nie, temperature tiba-tiba naik melebihi separuh, Aku syak kereta aku nie ada masalah ngan radiator. Aku mulanya syak radiatir aku bocor. Selalunya bila berlaku begitu, aku akan memberhentikan kereta, dan menambah air untuk radiator. Selalunya, apa yang aku buat nie memberi kesan yang baik, temperature akan kekal dalam keadaan yang sepatutnya. Tetapi perkara yang sama akan berulang seminggu kemudian bila aku terlupa menambah air.

Jadi aku bawa kereta jumpa pomen radiator. Macam biasa, pelanggan akan ditanya apa masalah, aku jawab radiator bocor. Setelah diperiksa, didapati host air ada sedikit kebocoran, jadi dicadangkan supaya ditukar baru. Aku bersetuju.

Setelah bertanya itu dan ini dengan pomen radiator, aku pun bersetuju jugak untuk mencuci tangki air radiator.

Selesai semenya, pomen pun menguji. Didapati motor kipas tidak berfungsi. Disarankan tukar motor lain. Aku angguk je lah.

Aku tidak pasti sejak bila motor ini tidak berfungsi, tetapi biarlah asalkan aku dapat memandu dengan selesa dan selamat.

Dikira-kira, aku dicharge sebanyak RM205.00
Tapi aku mintak diskaun RM5.

Terbang lagi Rm200.00 nak buat camner

total sekarang ialah RM973 + 200

= Rm1173.00

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...