Wednesday, July 15, 2009

Satu Pagi di Six Stones

Pagi yang indah, langit sudah terang meminjam lirik lagu band HUJAN, aku sudah tiba di pekan SIX STONES. Tersasul tiba di situ kerana warung yang aku biasa singgah untuk makan tertutup rapat tanpa notis!

Keluar dari kereta, aku melihat seorang lelaki sedang menjolok tingkap sebuah kereta kancil layaknya seperti pencuri. Tanpa ditanya, lelaki itu berkata "Kunci tertinggal di dalam!", mungkin untuk mengelakkan prasangka buruk di kaca mata aku. Aku terus menghampiri. Apa yang boleh aku bantu? Aku bertanya diri sendiri, aku memang buta kayu dalam hal sebegini. Jadi, aku tolong membantu menolak cermin yang kelihatan pada pandangan aku membataskan ruang kerja lelaki tersebut. Itu yang aku mampu buat dengan kemahiran yang ada!

Lelaki itu terus berusaha, terus berusaha, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan lain yang melewati kawasan itu, bukan sahaja tidak senyum, berpaling pun tidak. Ah! Inilah dunia kapitalis yang kita huni.

Lelaki itu terus berusaha, aku terus menolak, sampai satu titik, lelaki itu berkata tak apa lah! Dia sudah selalu tertinggal kunci di dalam kereta. Aku memohon untuk pergi, meninggalkan lelaki itu dengan masalahnya dan aku pun mungkin berfahaman kapitalis!

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...