Di sebelah hostel aku menginap telah wujud satu sekolah seni kebatinan. Tapi di kalangan kami ia lebih dikenali dengan black magic, sebab daripada berita yang aku dengar, tok guru tersebut pengamal ajaran songsang. Dan sebagai bukti kepada kata-kata tersebut, didapati hanya budak-budak nakal yang rock, berambut panjang dan muka hitam tak de cahaya keimanan dari hostel kami yang ramai di perguruan tersebut.
Nak jadi cerita, mentang-mentanglah mereka sudah masuk perguruan tersebut dan sudah dijampi serapah , maka perguruan satu malam sahaja cukup untuk menjadikan mereka handal, sudah pandai bersilat dan kebal. Dan ini menjadikan mereka samseng kampung dusun, membuat onar sesuka hati di hostel kami yang aman damai itu. Antara yang jadi mangsa ialah bebudak tingkatan satu yang dipaksa menjadi kunta-kinte kepada kumpulan samseng antisosial ini. Masa tu aku pun tingkatan satu sebenarnya.
Keadaan menjadi lebih parah apabila mereka beraja di mata bersultan di hati. Dunia ibarat mereka punya. Tapi cerita sisi gelap tinggal di hostel ini hanya berlegar di antara kami-kami sahaja. Tak sampai pun kepada warden. Lebih parah apabila hal ini melibatkan hal akidah!
Apabila keadaan sudah parah dan amat mendesak sekali. Muncul lah hero-hero yang lama menyembunyikan kuku dalam diam. Mereka berkumpul untuk menyusun strategi membanteras kerosakan dan membetulkan akidah yang tersilap itu.
Malam tersebut, 6 orang hero telah menyusun 2 barisan di hadapan hostel menyeru 6 jahanam di atas. Daripada seruan yang baik-baik bertukar menjadi panas. Aku hanya melihat dari corridor atas. Antara 6 jahanam itu, muncul 3 daripadanya untuk bertempur, tapi belum sempat bertempur mereka sudah lumpuh dibumi. Aku tak tahu angkara siapa diantara yang berenam itu.
Dalam sebegitu, turun pula 3 lagi kumpulan 6 jahanam untuk membantu kawan mereka. Tapi mereka pun terpaku disitu. Mesti ada seseorang yang hebat di antara berenam hero tadi. Kemudian terdengar seseorang menjerit meminta 6 jahanam memohon maaf dengan semua penghuni hostel, memohon maaf dengan tuhan dan berjanji tidak akan kembali ke perguruan magic itu lagi. 6 Jahanam akur dengan permintaan itu. Apabila sudah boleh bergerak mereka segera bermaaf-maafan dan berpelukkan. Suasana jadi hening.
Aku pun insaf dengan ilmu putih yang ditunjukkan!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
erkk.. ni cerpen ke based on true story ke fact?
ReplyDeleteTmukd : yup ini adalah salah satu kisah asam garam yang dilalui sepanjang duk hostel
ReplyDeletep/s: komen dimoderate dengan menggunakan iPhone 3g celcom broadband using GPRS connection Dari kg aku