Tuesday, July 07, 2009

Cerita Tentang Rokok

Argh Rokok! Aku sudah berenti semenjak 9 tahun lepas. Dan, kalau ditanya apa rasa rokok? merokok? Sejujurnya aku akan menjawab rasanya pahit. Bukan itu yang aku ingin ceritakan sebenarnya.

Ketika aku seroang perokok, aku adalah perokok yang berhemah! Apa maksudnya? Maksudnya, aku tidak merokok sewenang-wenangnya, aku pilih tempat yang sesuai, cuba sembunyi dari dilihat oleh kanak-kanak, tidak membuang puntungnya merata-rata, tidak menghembus asapnya seperti mau bangga. Itu yang dimaksudkan dengan perokok berhemah.

Hari ini, tiada lagi perokok yang berhemah! Yang kerap terjadi ialah ketika aku memandu di malam hari, tiba-tiba pemandu depan mencampakkan puntung rokok mereka ke luar, jatuh ke jalan dan bara-bara api memercik ke udara. Aku pun brek dengan tiba-tiba untuk memperlahankan kereta dari melalui kawasan berapi itu. Kalaulah sebutir percikan itu hinggap di tempat yang berminyak dalam kereta ( aku tak pasti ada tak tempat berminyak tu dalam enjin cuma sekadar pemikiran berwaspada) pasti akan meletup kereta itu.

Sesungguhnya rokok juga bukti bahawa umat islam hari ini bukan lagi orang yang taat! Sudah lama Majlis Fatwa Kebangsaan mermuskan rokok adalah haram, berapa ramai umat islam yang hendak menerima fatwa tersebut dan terus berenti merokok! Tidak seperti sahabat nabi, yang menerima ayat arak itu haram semalam, dan dengan segera mereka berhenti dari meminumnya hari ini.

Juga kerana rokok, aku kena berjalan itik di asrama kerana warden asrama tetiba naik angin kerana terjumpa cebisan abu rokok dekat tong sampah. Hasilnya satu asrama kena jalan itik kerana tiada sesiapa pun mengaku membuat habuk tersebut. Juga kerana rokok jugak, aku kena saman kerana membuang puntungnya merata-rata di kawasan station bas di waktu subuh. Itu cerita sebelum aku jadi perokok berhemah.

Juga kerana rokok, aku dimasukkan ke wad selama 8 hari, disyaki ada bengkak di kepalaku. * hari dalam wad bagi orang yang sihat seperti terpenjara. Pelawat yang datang bertanya, "Adik sakit apa?, nampak sihat walafiat jer". Terpaksalah aku bercerita dari awal hingga akhir.

8 hari dalam wad, bermakna 8 hari aku tidak mendapat candu yang kekuningan itu. Hari yang ke 9, ketika berjalan keluar dari wad aku berazam untuk tidak lagi merokok, 8 hari lepas tanpa rokok adalah penguat semangat untuk aku melalui hari akan datang jugak tanpa rokok.

Tapi itulah, "kita adalah apa yang inginkan". Kalau mahu berenti merokok, kita lah yang menjadi perancangnya bukan orang lain. Dan aku mula tidak percaya kepada langkah-langkah lain yang selalu diberi kepada perokok tegar untuk berenti merokok antaranya hadkan bilangan batang rokok yang dihisap, jangan beli rokok. Daripada pengalaman aku ini, kalau NAK BERENTI MEROKOK, JANGAN HISAP ROKOK. Itu yang aku lakukan.

Tetapi azam ini tidak mudah. Setiap hari aku berkawan dengan perokok yang sentiasa berbuat baik menghulurkan aku rokok, dan aku dengan tegas memberitahu mereka dan juga aku sendiri, "maaf aku sudah berenti meroko". Ada suara sumbang berbunyi, "aku nak tengok selama mana dia boleh berenti". nah! sekarang tengoklah, sudah sembilan tahun, sekalipun aku tidak hisap, walau satu "pam" kata orang sekarang.

Dikelilingi oleh kawan-kawan perokok membuat aku juga menghidup asap rokok yang dilepaskan. Asap yang berbau manis! mengecurkan air liur. Tapi aku kuatkan semangat, sehingga pernah satu peringkat aku memegang-megang rokok dan mencium mengambil baunya! Ah. Aku masih lagi dapat bertahan.

Pokoknya diri sendiri mesti kuat dan berazam penuh.

Moral:

1. "we are what we think"
2. jangan hisap rokok
3. rokok rasanya pahit

5 comments:

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...