Kami kumpulan yang berbapa dan beribu tiri di hostel tidak duduk diam. Cerita durian murah di bandar kuantan berlegar-legar di dalam hostel. Kemudian ada pulak cerita dari guru dalam bilik darjah yang dibawa ke arena sembang-sembang hostel.
Semua sudah jadi tak keruan bau durian buat mereka jadi ketagihan!
*****
Malam ini malam minggu. Perbincangan otai-otai telah membawa lembaran baru dalam sejarah hidup kami. Nafsu durian kami yang meluap-luap akan ditebus malam nanti. Masing-masing senyum menahan gelora panggilan durian!

Perancangan yang rapi ini hanya akan pecah di mulut tapi tidak di perut. Laluan tikus di pagar belakang yang sudah berlubang kini menjadi sasaran dan intipan. Comrade pengintip sudah melapurkan 'line clear'.
Mengejar bas terakhir di laluan teluk sisek, kami pun menyusup di laluan tikus itu, keluar di hadapan jabatan kimia dan menyusur ke JPJ. Di situ kami menunggu bas terakhir tidak lama. Sebagaimana perancangan, sejurus kami tiba, bas pun datang seperti menyambut kami. Hanya kami, drebar bas dan mr konduktor sahaja sehingga sampai ke Bas stand pokok buluh.
Sebagai pemanas badan, kami merayau-rayau sekitar bandar kuantan. Sedikit macam "gampang", macam gangster, kumpulan seramai lebih kurang 20 orang itu berjalan dalam bandar dengan baju warna hitam bercorakkan gambar hantu 'dio' dan hantu 'iron maiden' ( masa tu heavy metal sedang naik, banyak baju hitam yang bergambar hantu dijual ) sebijik macam kutu.
Hampir pukul 12 malam, kami berpecah kepada 2 kumpulan, untuk memudahkan operasi meng'tong'kan duit dan sudah tentu operasi makan durian dengan efficient dan lancar. Detik 12 malam di tunggu kerana ketika itu penjual durian sudah mengantuk dan mereka nak menghabiskan durian mereka secepat mungkin untuk balik tido. Jadi sudah tentu harga durian ada sedikit penurunan. :D
Setelah tawar menawar, kumpulan aku dapat satu harga yang bagus dan jumlah yang banyak. Kat situ jugak kumpulan aku, menghabiskan longgokan yang dibeli. Dengan lahapnya!.
Tanpa sedar, ada sepasang mata sedang melihat kami dari jauh!
Episod seterusnya ialah berjalan balik ke hostel dengan riangnya. Semua sudah memecat baju kerana kepanasan. Ada yang mengikat dikepala seperti serban, ada yang menutup kepala seperti ninja, ada yang letak di bahu, ada yang ikat di pinggang dan ada yang pegang ajer di tangan.
***
Hari itu hari selasa, sekolah aku mengadakan perhimpunan mingguan. Pada hujung perhimpunan, guru disiplin pun membuat pengumuman. " Kepada nama-nama berikut sila berdiri". Kemudian nama-nama pun disebut satu persatu, di antaranya ialah nama aku. Kami bangun dan tersenyum di antara satu sama lain. Kami sebenarnya tidak tahu apa salah kami.
Guru disiplin pun memaklumkan, "kamu semua di dapati bersalah kerana keluar hostel tanpa kebenaran, memanjat pagar dan berkelakuan tidah senonoh, dan yang lebih penting ialah kalau berlaku apa-apa kepada kamu, apa kami sebagai guru nak jawab? kamu semua diberi amaran pertama dengan surat pemberitahuan diedarkan kepada ibu bapa masing-masing"
Kami semua di 'boo' sambil bertepuk tangan. Tapi kami enjoy sebenarnya! Maafkan aku cikgu kerana jiwa mudaku waktu itu tidak memikirkan kesan dan akibat.

setiap kali musim durian tiba aku pasti akan teringat cerita ini.
boooooriannn !!
ReplyDeletehe he he he!
ReplyDeletex heavy metal la mkn durian...
ReplyDeletehahaha...
sliper_jepun : true la tu! = make it hot :D
ReplyDeletehaha...xsuke bile musim durian kat asrama..
ReplyDeletetoilet pun bau durian...huhuhu
syafia : itu sebab ditulis seperti ada perfume baru.
ReplyDeleteheavy metal mkn kulit durian skali...
ReplyDeletehehehe
skang tak heavy metal lagi tapi heavy weight!
ReplyDeletejgn ultra heavy weight champion dah la...
ReplyDelete