Setelah berulang kali berlaku, gentleman di hostel sebelah (boys hostel) pun membuat perancangan rapi. Siasatan pun dibuat. Hasilnya amat mengejutkan! Apa yang berlaku sebenarnya ialah kejadian histeria berlaku apabila mangsa merenung objek yang berdiri di luar pagar supaya nampak dengan lebih jelas. Objek diluar pagar diberitahu oleh saksi-saksi merupakan seorang manusia lelaki yang bertelanjang bogel/bulat (bogel=bulat?) sambil bermain-main dengan %^&*$#. Siapakah lelaki tersebut?
Hasil dari penyiasatan serta sessi soal-jawab yang dibuat. Modus operandi lelaki misteri ini akhirnya dikenalpasti. "Sherlock Holmes" hostel menjangkakan Jumaat akan datang, lelaki misteri ini akan kembali bertandang untuk membuat onar. Jadi, rancangan untuk memerangkap lelaki misteri ini pun di atur!
***
Malam itu, sebaik sahaja sesudah Maghrib, kami sudah berada di tempat masing-masing di dalam semak dan hutan pokok gelam di belakang hostel. Sememanya di kawasan itulah lelaki misteri itu selalu muncul. Walaupun digigit nyamuk, tapi demi jannji yang telah diucapkan sewaktu hendak joint program ini dan demi gah seorang lelaki yang menjaga maruah wanita, kami semua diam memakukan diri di situ.
Seperti yang dijangkakan "Sherlock Holmes" kami, tiba-tiba bunyi skooter di matikan, dan kami kehilangan punca. Kami amat pasti lelaki misteri itu sudah ada di situ. Tetapi kami tidak tahu lokasi sebenarnya. Dan, isyarat yang ditunggu masih belum kedengaran.
Tiba-tiba suara jeritan pecah di udara, kami pun keluar menuju ke arah suara berkenaan. Semua menuju ke situ, tapi hampa, diberitakan lelaki itu telah bolos. Dengan langkah longlai kami menapak balik ke hostel melalui laluan tadi. Semua 'blur' tak tau apa yang sebenarnya terjadi. Termasuklah aku.
Dari kejauhan sebuah motosikal menyuluh terang ke arah kami, kami mengelak memberikan laluan kepadanya. Kami tidak mengesyaki apa-apa sehingga seseorang menjerit "kejar", sekali lagi kami mengejar. Tapi motosikal berkenaan sudah jauh meninggalkan kami.
Kami balik ke hostel dengan hampa. Tetapi selepas itu, tiada lagi histeria berlaku di hostel kami.
nota tambahan:
Pernah suatu ketika polis telah mengepung rumah lelaki misteri ini, risikan mengatakan lelaki ini memang ada dirumah ketika itu. Tetapi usaha polis gagal, ketika polis sudah hampir memasuki rumah, sayup-sayup kendengaran bunyi motosikal meninggalkan kepungan polis. Kalau polis pun gagal, apatah lagi kami yang dhaif ini!
Sumber lain berkata, lelaki misteri ini memang mempunyai ilmu hitam.
No comments:
Post a Comment