Tuesday, June 30, 2009

Aku nak tengok kapal terbang

Kalau orang pergi muzium, orang nak tengok barang-barang lama. Kalau orang gi akuarium, mestilah orang nak tengok ikan. Kalau gi airport, at least ada lah jugak hajat nak tengok kapal terbang.

Tapi airport kat tempat aku nie, tak de langsung ciri-ciri panorama indah. Semua berdinding, hanya orang yang beli tiket sahaja yang boleh tengok kapal tebang di bilik menunggu. Tapi, untuk orang yang hantar, balik je lah, kalau tidak pun, pergi ke sebelah sana, pasti boleh tengok kapalterbang. Ah leceh lah! aku bukan nak ke seberang sana, aku nak hantar orang jer.

Sepatutnya, tinjauan dibuat ke atas airport-airport hebat di serata dunia. Setau aku, semua ada anjung tinjaunya. Contoh paling dekat ialah KLIA kita lah, ada anjung tinjau yang sangat luas dan lebar walaupun tak de kerusi. Sekurang-kurangnya, ada jugak hiburan kepada sesiapa yang cuma singgah untuk hantar orang naik kapalterbang.

Nampak dari luar cam gah, tapi tak visitor friendly langsung. Cam hangin satu badan jer aku rasa!

2 comments:

  1. loh. mungkin tak cukup bajet untuk membeli cermin yang cukup kuat

    baik tiada cermin dari cermin pecah masa pengunjung melihat kapalterbang naik

    ReplyDelete
  2. tak cukup bajet atau tak cukup untung! tak kan lah!

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...