Monday, June 08, 2009

Zoo Negara 2009

Aku pernah sampai sekali di Zoo Negara. Aku dah tak ingat dah bila? Tapi desakan anak-anak memaksa aku membuat pusingan 'n' untuk masuk ke Zoo Negara. Bukan sahaja hati anak-anak tapi hati aku pun turut teruja untuk melihat binatang-binatang di situ. :D

Dengan selesanya aku memasuki kawasan parking A zoo negara. Hanya disambut oleh pintu pagar otomatik. Tiada apa-apa signboard. Dengan selesanya, aku mencari parking kerana pagi masih 'awal' untuk musim cuti-cuti sekolah, orang masih tak ramai pada jam lebih kurang pukul 11.00 pagi itu.

Tanpa berlengah kami pun terus menuju ke kaunter tiket. Kejutan pertama mula di terima. Terpapar dengan jelas disitu harga tiket masuk. Dewasa RM15, Bawah 12 - RM6, bawah 2 - percuma, video kamera rm15. Aku pun mengira-ngira di kepala. AKu dan isteri dan 1 anak adalah rm15 x 3 = 45, 1 anak rm 6, dan satu kamera rm15. Jumlah semuanya ialah RM66. Aku harus fikir sedalamnya untuk membelanjakan wang sebanyak itu. Argh! bukan jumlah yang sedkit. Dan aku bukan jutawan!

Ahli kumpulan yang lain mulai masuk dengan ahli keluarga yang lain. Tinggal aku dan keluargaku sahaja disitu. Anak-anak merengek cuba memujuk ku masuk. Alasan, lawatan hanya sekali, aku akhirnya tewas juga. Terbang RM 51 pagi itu setelah aku menolak kamera ku.

Di pintu masuk, pas masuk di lilit di lengan macam baby kat hospital. Tapi x de lah pulak penjaga tu tanya tentang video cam yang kendong di belakang. So aku buat selamba je lah!


Merayau di dalam zoo, argh! letih nya, jadi aku amik laluan utama sahaja, AKu tak nak citer lah menatang apa yang aku tengok. Tapi bab nak gelak memang ada. Apa ke hal kambing dan lembu pun ada dalam zoo. Tak teringin aku nak tengok. Kesian menatang 2 e kor tu!

Yang aku nak tengok sangat ialah singa, tapi sayang, hanya nampak dari kejauhan ajer, nasib baik singa tu mengaum kelaparan kerana aku pergi elok-elok je lunch time. Seronok lah jugak dapat dengar singa mengaum. Lepas tu sekor lagi menatang aku nak tengok ialah harimau, hanya seekor harimau jer yang suka menonjolkan diri, kejap-kejap masuk dalam air nak menyeberang ke bahagian penonton. Aku tengok gelisah semacam jer hari mau nie, aku sempat amik video kegelisahan harimau sekor nie. AKhirnya, aku jumpa jawapannya, rupanya nak melepas. Pun sempat masuk dalam phone aku.

Aku dengan penuh intergritinya tidak menggunakan video cam yang aku bawka masuk tapi tak bayar tu. Tapi amik jugak video guna phone camera. hehehehe

Fooh penat giler merendek kat dalam tu. Sampai ke starting point rasa nak beli air mineral. Alamak! ai mineral 500ml regenya 2.50. Terus tak jadi beli. Zoo negara nie memang cekik darah lah.

2 comments:

  1. owh.. baru diketahui...

    taraf orang dewasa adalah sama dengan satu mesin yang mampu merakam video


    RM15

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...