Sebaik sajer masuk highway, hati menjerit keriangan, perjalanan smooth sekali dengan kelajuan saling bertukar kekadang 100 kekadang 110 kekadang 140 kerana tak sedar terlebih tekan minyak.
Menghampiri tol Senawang, aku dikejutkan oleh deretan kereta yang panjang dan kelajuan mulai menurun ke 90, 60 dan akhirnya mencecah 50km/j. Argh! tak sangka, atas highway pun jem. Ramainya orang pakai kete kat Mesia yang meriah ini.
Akhirnya, akibat perjalanan yang terhenti-henti itu, mata jadi mengantuk dan menurunkan tumpuan memandu ke aras 45%. Sebulat suara, kami bersetuju berenti di Perhentian Rehat Senawang.
Berehat di situ lebih kurang 45 minit. Macam-macam ragam dan telatah manusia aku tengok. Dari satu sumber yang sahih mengatakan, jem itu adalah perkara biasa di laluan tersebut pada petang ahad kerana marhaen warga KL berpusu-pusu kembali dari kampung masing-masing. Sumber mengatakan, boleh redah jer jem tersebut yang mungkin mengambil 30 hingga 45 minit ajer.
Setelah refreshment, kami pun kembali turut sama bersaing dalam jem tersebut. 45 minit masa berlalu, 1 jam masa berlaku, 1 jam setengah masa berlalu. akhirnya, kami tersangkut dalam gerakan perlahan itu hampir 2 jam rupanya. sebaik keluar ke persimpangan shah alam, masing-masing memecut seperti baru bebas dari penjara. laluan shah alam yang lebar, tapi kenderaan yang sikit membuatkan stress sedikit kurang.
Adik aku driver kete belakang call suruh berenti sebab dia nak muntah. Lantas berenti di satu ruang yang luas ditepi laluan tersebut, berkejar ke ketenya dan menolong memicit-micit bahu dan tengkoknya dan belakangnya. laluan dimana kami berenti itu ialah laluan utama, KL ke KLIA. Seme kenderaan amat laju! Argh KL, seme orang nak mencuri masa!
Akhirnya kami tiba di Shah Alam seksyen 28 pada pukul 12.30. Macam semalam jugak, aku terus tido, bangun pukul 3 terus mandi untuk jamak solat dan sambung tido kembali.
Esok perjalanan akan diteruskan ke Zoo Negara.
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment